Nasuha tersenyum. Membiarkan sahaja wajahnya terkena angin yang terbuai lembut itu. Pelahan lahan dia memejamkan matanya.Entah kenapa semalam dia merasakan yang lelaki itu seseorang yang dahulu dia rapat. Tapi...
Dia bergitu senang dengan sikap lelaki itu yang kelakar dan mempunyai sikap yang selamba saja. Tapi kenapa dia merasakan lelaki itu dan dia mempunyai satu perkara.
Perkara yang dia sendiri tak tahu. Perkara yang dia sendiri tak dapat rungkaikan.
Siapa Amier yang sebenarnya pada dia??
"Maira" terus Nasuha beralih memandang umminya. Senyuman kecil diukirkan.
"Kenapa ummi??" soalnya. Dia terus menepuk tempat kosong di sebelahnya. Terus ummi nys melabuhkan punggung di sebelahnya.
"Maira sembang apa dengan Amier semalam??" soal Puan Yasmin. Dipandang wajah anaknya itu. Sedikit hatinya gusar apabila anaknya tak banyak bercakap tadi. Jadi, dia ambil keputusan untuk bertanya.
"Ouh, macam biasalah ummi. Sembang pasal kerja je. Sampaikan Am dengan Ain bosan dengar. Last last diorang ajak borak benda lain" ujar Nasuha dan tergelak kecil apabila mengenang balik apa yang terjadi semalam. Teringat lagi hidung Amierul yang merah dicubit Amier.
"Ouh...yang tu je ke" ngumam Puan Yasmin sendirian. Sedikit lega di hatinya. Segala kebarangkalian yang bermain di mindanya tadi terus ditepis.
"Kenapa ummi tanya??" soal Nasuha. Puan Yasmin tersenyum kecil.
"Ouh, takdelah. Saja tanya" ujar Puan Yasmin.
"Ummi, Maira nak tanya sikit" ujar Nasuha. Dia terus menghadap ke arah ummi nya.
"Maira dengan Amier dulu rapat sangat ke??" soal Nasuha.
"Dulu Maira rapat dengan Ammar. Lepastu korang bertiga. Macam macam yang Maira, Amier dan Ammar buat" ujar Puan Yasmin. Geli hatinya apabila teringat kenangan yang dahulu. Di mana Amier memanjat pokok mempelam tapi tak pandai turun.
Dan di mana Nasuha di kejar dengan angsa jiran. Bergitu juga Ammar. Kepalanya terkena buah kelapa yang gugur dari pokok.
Memang benjol seminggu jugak lah.
"Eh ummi nih, ada ke patut kita tanya dia gelak gelak" balas Nasuha. Terus dia memuncungkan mulutnya. Puan Yasmin tergelak kecil.
"Alah, ummi teringat waktu Maira kecil dulu. Macam macam saja perangai dulu" balas Puan Yasmin. Nasuha terengih.
"Eh, dah nak masuk zohor nih. Dah jom sembahyang dulu. Lepastu kita pergi makan pula" ujar Puan Yasmin dan terus berlalu pergi. Sempat lagi dia mengusap kepala anaknya itu.
"Esok kita balik kan??" soal Nazira memecahkan kesunyian di meja makan itu.
"Ha'ah" jawab Nazril pendek. Sibuk melayan telatah anak kembarnya. Ye lah, si isteri sedang melayan anak ketiga mereka. So, akibat kesian dekat isteri, dia tawarkan diri untuk menyuap anak kembarnya makanan.
Uish! Calon suami idaman nih. Sumpah limited edition.
"Amierul nak apa??" soal Nasuha apabila anak lelakinya itu menarik lengan bajunya.
"Esok kita balik ke??" soal Amierul. Nasuha tersenyum lalu menganggukkan kepalanya pelahan.
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...