And I'll hold your hand untill we reach the gates of jannah...
_____________________________________________
• • •
"FUYOOO, bro. Dah lama tak nampak rupa kau macam ni" Iqwan tersenyum. Amier menggosok tengkuknya dengan tangan kiri manakala bahu kanannya menggalas beg. Rasa tidak selesa datang apabila beberapa pasang mata mulai memandang dirinya.
"Baju kurta aku lupa basuh" jejaka itu membalas seraya ketawa kecilnya dilepaskan.
"Jom pergi dari sini cepat cepat, ada beberapa mata macam mana makan aku" bisik Amier, seram dengan pandangan orang orang di sekelilingnya memandang dirinya.
"Sebab rupa kau macam jimin dark web. Memanglah ramai yang pandang kau" Fareed membalas. Senyuman senget terbit di bibirnya, bertuah betul dapat kawan muka hensem ni.
"Abang Amier" bulu roma di tengkuk Amier terus berdiri. Dia terus beralih ke belakang. Ha sudah, nuklear dah datang!!
"Hai abang Amier. Abang apa khabar?" sorot mata Amier jatuh pada seorang gadis yang tersipu sipu malu di hadapannya itu.
"Alhamdulillah saya sihat seperti yang Izrin tengok" balas Amier sambil mempemerkan senyuman terpaksa. Sumpah dia meremang gila sekarang ini, dia perlu letak tanda bahawa dia anti dengan gadis di hadapannya itu.
"Hye, Mier" suara Farhana membuatkan Amier sekali lagi meremang. Digosok gosok tengkuknya itu, ini mesti balik nanti dia demam.
"Err...hye" balas Amier. Senyuman tidak ikhlas terpamer di wajahnya.
"Wah Amier, you nampak seksilah. Tergoda I" Amier memandang Fareed di sebelahnya. Iqwan sudah berlalu pergi untuk kelas yang mula lebih awal.
Diberikan pandangan meminta tolong pada Fareed. Jejaka itu sekadar menahan ketawanya.
"Amier boleh I jadi girlfriend you. I teringin sangat nak ada boyfriend" Amier mulai mengelak beberapa sentuhan tangan yang ingin memegang dirinya.
"Wo wo jangan pegang pegang, kalau terkena nanti aku kena basuh pakai tanah merah" Amier bersuara. Membuatkan beberapa gadis yang mendekatinya mencebik namun tetap mengendahkan kata katanya.
"Eh mana boleh, Amier sayang milik I saje" Izrin mulai bersuara. Semua terus bertengkar. Amier segera mengambil peluang itu untuk keluar dari mereka semua.
Fuh kalau macam ni hari hari lebih baik dia balut kain kafan je dekat badan ni. Cepat cepat jejaka itu menarik Fareed untuk segera menjauhi tempat itu.
Masak dia kalau Nasuha nampak!!
• • •
"Nas, kau nampak tak tadi?" soal Aleya. Nasuha mendiamkan dirinya. Sepatah kata langsung tidak keluar dari mulutnya. Sorot mata kelabu itu diam memerhati beberapa gadis yang masih tiak henti henti bertengkar yang berada tidak jauh darinya itu.
Seketika padangan dialihkan lalu bertembung dua mata dengan suaminya. Amier menayangkan wajah kasihan kepada dirinya.
Nasuha menahan ketawanya dari meledak. Amier sering menjadi rebutan beberapa gadis di kampusnya. Hatinya geli memandang wajah cuak suaminya sebentar tadi.
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...