"Assalamualaikum, umi" Nasuha terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Dia melambaikan tangannya di hadapan telefonnya. Terubatlah sedikit rindunya terhadap ibunya"WaalaikumussalamNas sihat" soal Puan Yasmin. Nasuha memandang ibunya yang tersenyum di sebalik telefonnya. Dia menganggukan kepalanya.
"Umi sihat tak?" soal Nasuha. Puan Yasmin menganggukan kepalanya.
"Zira, meh sini. Ni akak Nas telefon cepat" panggil Puan Yasmin. Nazira yang sedang mwnghadap buku terus meluru ke arah ibunya yang sedang melipat kain.
"Akak Nas" Nazira tersenyum keriangan. Dia melambaikan tangannya ke arah Nasuha.
"Akak Nas. Nak tahu satu rahsia tak?" soal Nazira. Nasuha menganggukan kepalanya. Nazira memandang sekeliling dan kembali memandang skrin telefon.
"Apa dia?" soal Nasuha. Nazira memandang sekeliling takut alongnya dengar.
"Along bawak balik akak Ilah. Diorang datang haritu. Zira tengok akak Ilah tu cantik. Sepadan dengan along" suaranya dipelahankan sedikit.
"Along tu kata tak nak kahwinlah, tak ada orang nak lah. Tup tap tup tap bawak balik calon menantu" omel Puan Yasmin yang berada di sebelah Nazira. Dua beradik itu terus tergelak.
"Umi" Nazira terus memverikan telefon kepada Puan Yasmin.
"Ye?"
"Nas takkan balik lagi sebab seminggu lagi Nas ada kem. So Nas akan stay dekat sini seminggu. Selepas kem baru Nas balik" terang Nasuha. Puan Yasmin menanganggukan kepalanya.
"Zira mana?" soal Nasuha. Puan Yasmin terus memberikan telefon kepada Nazira pula.
"Study ke tak ni. UPSR lagi beberapa hari je ni. Kalau Zira dapat semua A akak akan bagi hadiah untuk Zira. Zira mintak je apa hadiah tu. Boleh tak Zira dapat 6 A?" Nazira pantas menganggukan kepalanya. Nasuha mengakat ibu jarinya. Mereka bertiga terus ketawa.
"Dah dah pergi masuk tidur. Esok nak kena pergi sekolah. Nas ada kerja lagi ni Umi. Bye assalamualaikum" Nasuha terus menamatkan Vc nya bersama ibunya. Dia terus melangkah menuju ke biliknya.
"Hmm...apa yang dia buat eh sekarang ni?" soal Nasuha pelahan sambil memerhati pintu bilik Amier. Tiba tiba kelihatan tombol pintu dipulas dari dalam. Nasuha terus laju masuk ke dalam biliknya yang berada di sebelah bilik Amier.
Amier memandang sekeliling. Matanya terus memandang ke arah pintu bilik Nasuha. Bibirnya pelahan lahan mengukirkan senyum. Dia kembali masuk ke dalam biliknya."Eh awal bangun nampak" Amier terus menuju ke arah Nasuha. Dia terus duduk di atas kerusi. Dia menongkat dagunya sambil memandang Nasuha yang ralit memasak.
"Eh bila bangun?" soal Nasuha sambil tersenyum. Dia terus menutup api dapur selepas siap memasak.
"Orang tu memang tak perasan kalau dia ralit sangat masak. Bukannya nak nampak kita ni" balas Amier sambil memuncungkan mulutnya. Nasuha tergelak.
"Sorrylah, tak perasan. Awak boleh tolong keluarkan Comot dari dalam sangkar tak. Kesian dia. Kemarin saya lepaskan dia sekejap saja" Amier menganggukan kepalanya dan terus menujuke arah sangkar Comot yang berada di luar.
"Hey Comot, Comel. Amboi korang berdua ni kalau dilepaskan mulalah nak berkepit yea. Eloklah tu Comot jantan Comel betina." Amier terus mengeluarkan Comot dan Comel. Sangkar dua ekor kucing tu hanya bersebelahan.
"Awak meh makan" Amier terus melabuhkan punggungnya di hadapan Nasuha. Dia mencapai pinggan. Nasuha terus mengambil pinggan Amier dan terus mencedok bihun goreng. Dia menyuakan semula pinggan kepada Amier. Amier tersenyum.
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...