And I'll hold your hand untill we reach the gates of jannah..._____________________________________________
• • •
"NAS, keluarkah kejap. Kita perlu berbincang" Farhana mengetuk pintu bilik Nasuha. Tak lama kemudian pintu dikuak dari dalam. Kelihatan Nasuha yang hanya memakai baju t-shirt lengan panjang bersama seluar track suit. Farhana tersenyum.
"Nak bincang apa?. Bincang dekat sini. Aku ngantuk ni" balas Nasuha.
"Aku nak mintak maaf weh. Aku berdosa. Please maafkan aku. Aku kalah dengan hasutan syaitan" balas Farhana. Dia tak sanggup kehilangan kawan sebaik Nasuha. Nasuha memandang Farhana yang menangis sambil menggelengkan kepalanya.
"Please maafkan aku,Nas" Farhana cuba melutut di kaki Nasuha tapi dihalang Nasuha.
"Buat apa kau nak mintak maaf dekat aku. Kau perlu mintak maaf dekat pencipta kita. Semua manusia tak pernah lari dari kesilapan. Aku pun pernah buat silap" balas Nasuha sambil tersenyum. Dia menyapu air mata yang mengalir di pipi Farhana dengan ibu jarinya. Farhana terus memeluk Nasuha. Erat.
"Dah lah. Drama nangis nangis ni dah tamat. Esok aku ada kelas. Byee. Aku ngantuk. Tidur awal tau" balas Nasuha dan terus menutup pintunya selepas dipeluk Farhana.
"Weh bro. Kau sihat?" soal Fareed sambil menghampiri Amier. Mereka terus membuat treadmark mereka sendiri. Sapa kata budak U takda treadmark sendiri.
"Alhamdulillah. Aku sihat walfiat" balas Amier sambil membetulkan songkoknya.
"Hensemlah kau hari ini. Songkok, baju kurta dengan seluar slack hitam longgar sikit. Patutlah orang panggil dekat kau ustaz. Muka dah nak dekat macam korea. Ramailah yang cair" puji Fareed sambil tersenyum. Amier menjeling ke arah rakannya sambil menyimpan kunci keretanya di dalam poket. Dia menggalas beg.
"Kau kalau puji aku mesti nak mintak tolong apa apa ni" balas Amier yang sudah mengagak. Dia sudah kenal Fareed lama dah bukan baru kemarin.
"Weh, Leya merajuk lagi dengan aku. Entahlah sebab apa" balas Fareed sambil mengeluh. Amier tersenyum.
"Come on ah Fal, kau kan lelaki melaya yang pandai bab perempuan ni. Takkan bab pujuk ni kau tak reti" balas Amier yang tersenyum.
"Kau perli aku ke kau puji aku?" Fareed menjeling ke arah rakannya yang berada di sebelah.
"Dah jom masuk kelas. Nanti lewat pulak" ajak Amier. Mereka terus mengambil tempat. Mata Amier terus menangkap kelibat seseorang yang menonjol. Hanya dia seorang sahaja yang berpakaian begitu.
"Kau tengok sapa tu, Mier?" soal Fareed bila melihat Amier ralit memandang seseorang.
"Tak, tak takda apa apa pun" Amier kembali memandang buku notanya. Wajah Fareed berkerut tanda kehairanan dengan rakannya.
"Far tak ada tempat lain ke?" soal Nasuha. Matanya liar mencari tempat tapi hampa kerana tempat lain sudah penuh.
"Ha ada, depan ustaz tu" tunjuk Farhana. Nasuha memandang ke arah dua kerusi kosong yang berada di hadapan Amier.
Gulp!
Takkan lah nak kena duduk depan mamat ni. Hish macam mana ni. Fikir fikir, Nasuha memandang ke arah Farhana. Farhana terus menarik lengannya bila melihat Nasuha mengelamun.
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...