And I'll hold your hand untill we reach the gates of jannah...
_____________________________________________
• • •
"YOU, apa kata lepas kita minum ni jom kita menari nak tak?" balas Ezrina. Dia memeluk tubuh Ammar yang sasa.
Ammar tersenyum. Dia memandang pakaian Ezrina yang hanya memakai baju ketat potongan V dan skirt paras paha yang juga ketat.
"Kejap" jejaka itu membalas pelahan. Wajahnya yang tampan memang menjadi kegilaan ramai wanita. Begitu juga dengan senyuman yang menawan mampu mencairkan wanita yang tak kuat iman.
"One night" bisik Ammar dengan menggoda. Peranan Ezrina terus bermula. Akhirnya dua manusia ini tewas dalam hasutan syaitan. Mereka hanyut dibuai nafsu manakala syaitan sudah bersorak kerana berjaya menghasut mereka.
Ammar membuka matanya akibat terkena sinaran cahaya matahari. Dia tersenyum memandang Ezrina yang enak dibuai mimpi. Dia bingkas bangun dari katil lalu mengutip pakaiannya yang berada di lantai."You nak pergi mana?" soal Ezrina yang terjaga dari tidur. Dalam keadaan mamai dia memerhati Ammar yang baru memakai pakaian.
"I perlu balik rumah. Nanti papa I marah. Jumpa you malam ni eh. Bye. Ni you punya bayaran untuk malam tadi" balas Ammar sambil meletakkan beberapa keping duit RM 100 di atas katil.
• • •
"Kau pergi mana sekarang baru nak balik?" soal Amier. Dia sengaja singgah ke rumah ibunya kebetulan dia melalui kawasan rumah ibunya.
"Suka hati akulah nak pergi mana pun. Kau buat kerja kau, aku buat kerja aku" balasan kasar Ammar membuatkan jejaka itu ingin sahaja memberikan tumbukan di muka kacak itu.
"Kau kalau dah keluar tu tolong balik awal eh? Apa kau ingat nih hotel yang kau tempah tiap tiap hari tu. Keluar masuk keluar masuk, hari hari maksiat" suara Amier membuatkan langkah dia berhenti di tangga.
"Kau jangan cabar aku Mier" Ammar membalas. Renungannya tajam menikam wajah Amier.
"Apa, kau terasa?? Padanlah dengan muka kau yang hari hari rosak kan perempuan" Amier membalas. Senyuman sinis terukir di bibir.
"DIAM LA SETAN!" jerkahan Ammar membuatkan senyuman Amier semakin melebar.
"Eh, apa ni. Sampai ke dapur mama dengar suara" Puan Sri Rina datang bersama senduk di tangan.
Wajah Puan Sri Rina dijeling. Ammar segera berlalu pergi.
"Ammar masih sama Ma, dia masih belum terima kenyataan yang sebenar" balas Amier bila dia nampak ibunya menghampiri. Amier membalas pandangan Puan Sri Rina dengan senyuman manis.
"Ma, Mier singgah sekejap jer ni. Lepas ni Amier ke singgah suatu tempat. Kirim salam dekat papa tau. Bye, sayang mama" Amier tersenyum. Dia terus menyalam Puan Sri Rina.
Pintu dihentak kuat. Ammar berbaring ke atas katil. Melihat wajah Amier membuatkan mood dia rosak sahaja.
• • •"Assalamualaikum" Amier terus meletakkan kunci kereta ke tempat khas yang disediakan. Dia melangkah masuk dengan kaki kana. Matanya liar memerhati sekeliling. Kelibat Nasuha langsung tak kelihatan.
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...