BAB 9

2.3K 110 1
                                    


And I'll hold your hand untill we reach the gates of jannah...

_____________________________________________

•            •            •


     "WEH, Nas. Kenapa kau tak cakap dekat aku yang kau dah pindah?" soal Farhana lalu menghampiri Nasuha. Nasuha terus beralih memandang Farhana.

    Pandangannya jatuh pada pakaian yang dipakai oleh Farhana sekarang. Kening Nasuha berkerut sedikit.

     "Kau tolong tutup dada kau dengan rambut kau sekarang" Nasuha membalas. Dia tunduk memandang bawah. Farhana terus menutup dadanya dengan rambut yang sudah dia warnakan perang.

     "Farhana kenapa kau jadi macam ni?" soal Nasuha. Dia memandang rakannya. Dia perasan kumpulan budak lelaki yang berada di hujung memerhatikan Nasuha. Farhana mengerutkan wajahnya tanda tidak faham dengan soalan Nasuha.

    "Tak ada apa apalah. Kau tanya apa tadi?" soal Nasuha.

    "Ouh ya, asal kau pindah dari rumah?" soal Farhana.

    "Tak ada apa apa, saja jer aku pindah. Lagipun kalau tinggal dekat rumah tu aku rasa macam tinggal sorang sorang" balas Nasuha dan terus berdiri. Dia memandang Farhana di hadapannya.

    "Kenapa pulak?" soal Farhana.

    "Kau asyik dekat date kau jer setiap masa. Selalu je keluar. Tak macam dulu. Pakaian kau pula dah semakin mengikut trend. Tolonglah, tinggalkan semua ni. Kau tak kesian ke dekat mak ayah kau" Nasuha membalas pelahan.

PANGGG!!!!!!

  Nasuha memegang pipinya yang pedih. Semua pelajar terus beralih ke arah mereka berdua. Aleya di sebelah Nasuha terus bangun. Dia memandang Farhana dengan tangan yang menggengam penumbuk. Tiba tiba ada sentuhan lembut di tangannya. Dia memandang Nasuha yang menggelengkan kepala.

   "Sorry kalau aku ada sakitkan hati kau tadi. Aku tak berniat untuk sakitkan hati kau, Farhana. Aku nak kau yang dulu. Kalau kau kata aku ni acah acah alim untuk memikat lelaki, aku bukan macam itu" Nasuha berhenti seketika. Cuma menenagoan dirinya.

       "Aku tutup aurat ni kerana ni suruhan Allah, kalau kau kata aku ni sengaja buat ceramah untuk tunjuk yang aku ni baik, sorry aku bukan yang macam tu, aku cuma nak umat islam menjaga diri mereka" tangannya menggeletar. Dia tahu satu hari hubungannya dengan Farhana akan jadi begini. Adakah tindakannya berkawan dengan Farhana untuk mengubah gafis itu jadi lebih baik adalah langkah yang salah??

        "Oh ya lagi satu, aku ingat lagi kau hampir mencurahkan asid dekat aku. Tapi, adakah aku balas semua yang kau buat dekat aku. Tak, aku tak balas sebab kau sahabat aku. Aku ikhlas kawan dengan kau, Farhana" balas Nasuha pelahan tapi masih dapat didengari semua pelajar. Amier yang baru masuk selepas pergi ke tandas terus memandang seisi dewan kuliah yang senyap.

   Farhana tersentak. Kata katanya sebelum ini. Macam mana Nasuha dapat tahu.

   "Aku dah tegur setakat yang aku mampu, Farhana. Assalamualaikum" Nasuha terus berlalu pergi. Dia terselisih dengan Amier sewaktu ingin keluar dari dewan kuliah. Amier dapat melihat dengan jelas air mata Nasuha ingin mengalir. Cuma tunggu masanya sahaja.

   Pantas Amier mengejar langkah Nasuha. Dia tersentak memandang taman yang berada di hadapannnya.

  
     Tangisan esak Nasuha kedengaran. Amier datang menghampiri isterinya.

    Dilabuhkan duduknya di sebelah Nasuha. Matanya memandang Nasuha yang masih menangis.

      "Kenapa ke sini??" Nasuha menyoal pelahan.

       "Nak teman isteri saya la" Amier membalas lembut. Senyuman manis diukirkan di bibir sebaik sahaja Nasuha memandang dirinya.

        "Awak nak saya pergi ke??" Amier menyoal pelahan.

      Nasuh menggeleng kepala pelahan. Senyuman melebar di bibir Amier.

        "Wanna hug??" soal Amier. Tangan jejaka itu sudah didepakan

       "Boleh ke??" Nasuha menyoal pelahan. Jejaka itu menganggukkan kepalanya.

      Nasuha memeluk Amier. Tangisannya kembali kedengaran.

        "Saya tak pandai tau pujuk orang menangis. Tapi yang saya tahu, awak tak salah pun. Saya tahu awak berkawan dengan Farhana sebab nak ubah dirinya. Tapi awak kena tahu, ada sesetengah orang itu susah untuk berubah" Amier membalas pelahan. Belakang Nasuha ditepuk pelahan.

       "Dan jalan yang awak ambil tak salah. Awak dah tegur, awak dah ajak dia buat kebaikan, kembali kepada Allah pun dah cukup, Nas. Terakhir, cuma terletak pada dirinya untuk ambil ajakan awak atau abaikan ajakan awak, Nasuha" nasihat lembut Amier menyusup masuk ke dalam gegendang telinganya.

       "Terima kasih Amier" Nasuha membalas.

        "Tak ada masalah, isteriku. Saya kan suami awak. Saya akan ada dengan awak kalau awak dalam kesusahan. Kita hadap semua sama sama, yea" Amier membalas. Dia mengusap kepala Nasuha pelahan.
   
        "Dah, jangan nangis nangis lagi. Isteri saya ni tak chomel la kalau nangis" Amier membalas lalu ketawa kecil. Sapu tangan biru dikeluarkan lalu dia mengelap air mata di mata Nasuha.

        "Muah!" satu kucupan di dahi diberikan. Nasuha sedikit tersentak.

        "Okeyh, saya dah salurkan rasa gembira. Lepasni awak tak sedih sedih dah" Amier membalas. Nasuha ketawa kecil.

        "Hmm, nak ponteng kelas hari ni tak??" Amier menyoal pelahan.

        "Boleh ke??" Nasuha menyoal.

         "Boleh je. Lagipun lepas ini, kelas Prof Fauziah. Dia bukanmya kisah kita ni tak ada dalam kelas dia" Amier ketawa kecil.

        "Kita nak pergi mana??" Nasuha menyoal.

        "Hmmm, kita pergi main nak tak?? Haritu ada buka pusat permainan. Dalam tu kita boleh main macam macam  game, macam permainan boling ada. Lepastu ada macam macam lagi. Jom?" Amier membalas.

        "Yela, jom" Nasuha membalas.

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now