"Assalamualaikum..." Nasuha terus melangkah masuk ke dalam rumah. Dia memandang Nazril yang tenang sahaja duduk di atas sofa. Walaupun wajah abangnya tenang tapi dia tahu apa yang ada dalam diri abangnya itu. Matanya terus memandang Yassin yang berada di hadapan abangnya."Bila abang balik?" soal Nasuha dan terus mencapai tangan Nazril untuk disalam. Nazril terus menghembuskan nafasnya.
"Nasuha...duduk" Nasuha terus melabuhkan punggungnya di atas sofa. Dia memandang wajah Nazril.
"Sejak bila..." soal Nazril. Dia memandang Nasuha. Matanya tajam menikam anak mata Nasuha. Nasuha kelu.
"Macam ni ceritanya...." Nasuha terus menceritakan dari A hingga Z. Satu pon tak dilepaskan. Nazril mengeluh.
"Apa kita nak cakap kalau benda ni tersebar. Okey...abang dah buat keputusan. Mari adakan majlis kahwin Nas. Abang akan berbincang dengan Uncle Azan" balas Nazril. Nasuha diam. Dia memandang Yassin yang hanya diam di atas sofa. Satu patah apa pon tak keluar dari mulut Pak Su nya ni.
"Dah lah abang nak kena pergi ni. Abang 'on call' sekarang ni. Assalamualaikum" Nasuha menyalam tangan Nazril. Nazril mengusap kepala Nasuha dan terus berlalu pergi.
Nasuha terus mencari telefonnya apabila mendengar bunyi mesej masuk.
Amier
Assalamualaikum, macam mana? Okey ke?...Nasuha
Waalaikumussalam, allhamdulillah, semua okey lagi.Amier
Baguslah, ^.^Nasuha
Dahlah bye. Saya nk pergi mandi pulak. Shuh...shuhAmier
Halau saya ek...takpelah. Sape lah nk kt kite ni ='(Nasuha
-_- adakah saya sdg chat dgn suami saya ni??Amier
Yelah sayang~<3 takkanlah awak sdg cht dgn orang lain plkNasuha
Hari dah 3 kali awak panggil saya sayang-_-Amier
Eh, awak ingat ke? Ouch, ni mesti dah jatuh cinta dgn saya ni sampai kira brpa kali saya panggil awak sayang ;)Nasuha
Eeiii, serious arh. Dahlah. Mls lyn awk. Bye bye^,^ assalamualaikummm...."Hahahahah..." Amier tersenyum.
"Oit, kau dah kenapa?" soal Fareez. Amier memandang Fareez sambil menggelengkan kepalanya. Senyumannya terus terpadam.
"Tak de apa apa pon. Dah lah wei. Jom oder makanan" balas Amier dan terus memanggil pelayan.
"Hey you, lambatnya sampai. You tau tak lama I tunggu you" Ammar terus menarik kerusi di hadapan Raiqa dan terus duduk.
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...