"Haih" terus Nasuha merebahkan dirinya ke atas katil di dalam biliknya. Matanya berkelip kelip. Dia kembali bangun dari pembaringannya. Matanya liar memerhati sekeliling biliknya. Cantik dan teratur. Tak terlalu bersepah.Secara tiba tiba matanya terpandang satu buku yang berwarna biru yang terselit di celah celah buku buku miliknya. Buku yang berwarna royal blue itu menarik perhatiannya. Terus dia mencapai buku itu.
Dibelek belek buku yang seakan akan pernah dilihatnya satu ketika dahulu. Tapi dia tak ingat.
Dibuka pelahan lahan buku itu. Sambil matanya menatap kulit buku itu. Kelihatan sedikit usang. Mungkin sudah lama tak dilihat.
"Maira!!" terus Nasuha bangun dari katilnya apabila terdengar suara ummi memanggilnya. Matanya tertoleh pula ke arah jam dinding yang berwarna biru itu.
"Dah nak makan" teru dia menyarung tudung hitammnya. Labuhlah juga tapi tak selabuh tudung tudungnya yang berada di dalam almari dulu. Labuh sehingga mencecah lutut pun ada.
Seusai siap menyarung tudung dia terus keluar dari biliknya lalu terus menuju ke bawah.
🌹🌹🌹
"Amier dah balik??" terus Puan Sri Rina meluru laju ke arah Amier yang dipangku oleh Ammar. Keadaannya tak beberapa okey sikit.
"Mama, Amier tak sihat. Tolong jangan kacau" ujar Amier. Dia memeberi isyarat kepada Ammar untuk naik ke atas.
Terkedu Puan Sri Rina mendengar kata kata yang baru keluar dari mulut Amier. Hati kecilnya sedikit terusik tapi dipujuk disebabkan dia tahu keadaan Amier yang macam mana.
"Mama, Am bawak abang naik atas dulu eh" ujar Ammar lalu membawa Amier naik ke bilik. Amier perlukan rehat yang secukupnya.
"Kau rehatlah dulu, kalau ada apa apa panggil aku yea" ujar Ammar. Amier menganggukkan pelahan kepalanya pelahan. Tetus dia menutup matanya pelahan lahan.
"Mama??" Ammar liar mencari kelibat mamanya. Di ruang tamu tak ada? Di dapur pun tak ada juga?? Di taman tak ada??...
Bilik??
Terus langkahnya laju menuju ke bilik mamanya. Dia tahu mamanya berkecil hati tadi dengan kata kata Amier. Dapat dia lihat riak wajah mama yang berubah tadi.
"Mama?" terus Ammar laju menuju ke arah sekujur tubuh yang sedang menghadap jendela. Walaupun bilik itu gelap dapat dia lihat dengan jelas tubuh wanita itu yang terhinjut hinjut.
Terus dipeluk bahu wanita itu cuba meredakan tangisan.
"Mama bersalah Am, mama tipu dia Am" terus Puan Sri Rina menangis lagi. Ammar tersenyum hambar. Dipeluk mamanya itu sambil mengusap belakang mama.
"Mama tak sanggup lagi Am" ujar Puan Sri Rina tersedu sedu. Dipeluk anaknya itu.
"Sabar mama, ujian mama. Allah nak uji kesabaran kita tahap mana mama" pujuk Ammar lembut. Dia mengusap pula kepala mamanya itu dan terus mencium ubun ubun mamanya.
Hatinya sedikit terusik jikalau dia melihatan mamanya menagis. Dia cukup lemah apabila melihat wanita yang dia sayang menangis atau terluka.
"Mama, mama mesti penatkan. Mama tidur dulu, kalau ada apa apa nanti panggil Am yea" ujar Ammar. Dia terus membaringkan wanita itu lalu menyelimuti tubuh wanita itu. Sempat dia mencium dahi wanita itu sebelum keluar dari bilik itu.
Terus dia menuju ke sofa lalu dilabuhkan punggungnnya. Lelah dilepaskan. Sungguh dia cukup terbeban sekarang ini. Banyak perkara yang menimpanya.
Dia perlukan seseorang untuk diluah. Pantas telefon yang berada di dalam poket dikeluarkan lalu dicari satu nombor dan terus diail nombor itu.
🌹🌹🌹
Rauhah tersenyum kecil apabila lukisan yang dilukisnya cukup cantik. Dicapai telefonnya untuk mengambil gambar tersebut.
Sebaik sahaja kamera dibukan satu panggilan terus masuk. Hampir terlepas telefon itu dari pegangannya.
Mengomel kecil dia seraya memandang nama si pemanggil.
Pak cik Am👴 is calling...
Terus simbol telefon hijau itu ditekan lalu telefon itu ditekapkan di telinganya.
"Hello, assalamualaikum Am..?" balas Rauhah. Berkerut wajahnya apabila suara si lelaki itu langsung tak kedengaran. Sunyi sekali.
"Am..." terus terhenti apabila telinganya terdengar bunyi esakkan. Cemas mula beraja di hati.
"Eh, Am kenapa dengan awak??" soal Rauhah. Risau jika sesuatu terjadi di lelaki itu.
"Rauhah...I need you now..." sayu sahaja suara lelaki itu kedengaran di telinganya.
"Okey, saya datang sekarang...tapi awak dekat mana sekarang nih??" soal Rauhah.
"Rumah" ujar lelaki itu. Terus panggilan yang bersambung tadi terus diputuskan. Terkebil kebil Rauhah memandang skrin telefonnya yang sudah gelap.
"Ya Allah, selamatkan lah dia" ujar Rauhah pelahan. Terus dia mencapai tudung bawal yang disangkut dan terus disarung ke kepalanya. Kunci kereta turut dicapai sebelum dia menuju ke keretanya.
Sebaik sahaja pintu pagar rumahnya dikunci terus dia menuju ke arah keretanya lalu dipandu menuju ke rumah Ammar.
🌹🌹🌹
"Am?? Ammar??" soal Rauhah sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah itu. Matanya terus menangkap satu figura yang sedang berada di sofa.
Terus kakinya laju melangkah ke sofa itu. Pelahan lahan dilabuhkan duduknya di sebelah lelaki itu.
"Am...are you okey??" soal Rauhah lembut. Belum pernah dia melihat lelaki ini menangis. Sedikit sayu di hati apabila esakan Ammar kedengaran di cuping telinganya.
"Saya penat awak...saya penat dengan semua ni" ujar Ammar. Rauhah terus mengusap belakang lelaki itu.
Jika diikutkan hati nak sahaja dia memeluk lelaki itu menyalurkan sedikit kekuatannya. Tapi dia sedar jarak batasan antara dia dan lelaki itu. Mereka belum sah lagi.
"Saya penat awak" rayu Ammar.
"Awak kena sabar Am, ini ujian Am. Saya masih ingat lagi kata kata awak. Semakin banyak kita bersabar semakin tinggi darjat kita di sisi DIA" ujar Rauhah lembut.
"Sandarlah dulu dekat sofa tu. Saya tahu awak penat dengan semua nih. Dan saya akan selalu ada dengan awak. Saya akan menjadi kekuatan awak" ujar Rauhah sambil tersenyum kecil. Dia memandang sepasang anak mata yang berwarna hazel itu.
Pelahan lahan Ammar meletakkan kepalanya di sofa itu. Buat sementara waktu. Kelopak matanya pelahan lahan ditutup. Dia penat. Biarlah dia rehat buat sementara waktu.
Heyy sorry sbb lama x update. Sibuk sikit buat masa nih. Tambah ii lagi author jarang top up sekarang nih. Hahaha
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...