And I'll hold your hand untill we reach the gates of jannah...
_____________________________________________
• • •
"OKEY semua boleh hantar kerja assignment groups itu. Kerja ni mempunyai markah tambahan untuk ujian nanti" beritahu Prof Aina. Nasuha terus menyerahkan assignment group itu kepada Amier untuk dihantar.
"Nas, lepasni kau nak pergi mana?" soal Aleya. Nasuha terus memandang Aleya di hadapannya.
"Er, Rumah Nur Kasih. Kenapa?" soal Nasuha semula.
"Dengan siapa?" soal Aleya. Nasuha mengerutkan dahinya. Eh, kenapa dengan sahabat dia nih??
"Er, tak tahu lagi. Kalau Amier sudi hantar aku okey je. Kenapa??" soal Nasuha. Aleya menggelengkan kepalanya sambil tersengih.
Sengihan Aleya membuatkan gadis itu dilanda kehairanan.
• • •
"Assalamualaikum" Nasuha memerhati sekeliling."Waalaikumussalam,eh. Nasuha. Marilah masuk" Nasuha terus menyalam Puan Azira, adik tiri kepada abinya.
"Mak Usu sihat?" soal Nasuha.
"Alhamdulillah, Mak Usu sihat walfiat" Nasuha melabuhkan punggungnya ke atas sebuah kerusi batu.
"Oh ya, Ilham mana?" soal Nasuha. Kelibat anak kecil yang berusia 4 tahun dicarinya.
"Ilham ada jer. Kejap eh, mak Usu panggil dia" Puan Azira terus berlalu pergi. Nasuha memerhati sekeliling. Dia tersenyum.
Tut...tut...tut..
Nasuha terus mengeluarkan telefonnya.
Awak dkt mana?
Saya dekat rumah anak yatim. Sorry tak beritahu awak awal awal. Saya mintak maaf.
Jgn pulang lewat tau. Bahaya untuk gadis macam awak. Take care yourself. Lain kali kalau nak pergi mana mana beritahu saya. Awak buat saya risau.
Nasuha mengerutkan dahinya. Dia membaca mesej itu berkali kali.
"Sejak bila dia risau pasal aku ni?" soal Nasuha sendirian.
Okey. Thanks you. Sorry again. Assalamualaikum.
Waalaikumussalam, nanti nak balik call saya tau
Nasuha kembali menyimpan telefonnya di dalam tas tangan. Dia mengatur langkah menuju ke tempatnya tadi.
"Akak Nas" Nasuha beralih memandang kanak kanak lelaki yang dicarinya. Tangannya melambai ke arah kanak kanak lelaki tersebut. Puan Azira tersenyum dan kembali menolak kerusi roda.
"Ilham sihat tak?" soal Nasuha. Ilham menganggukkan kepalanya dengan laju sehingga membuatkan Nasuha ketawa kecil.
"Dah makan ubat?" soal Nasuha sambil mengusap kepala Ilham. Kanak kanak kecil itu tersenyum riang.
"Akak, kalau Ilham makan ubat Ilham boleh sembuh ke?" soal Ilham sambil memandang kakinya yang lumpuh sejak kemalangan yang mengorbankan semua ahli keluarganya.
"Insyaallah, kalau Ilham berdoa kepada Allah SWT supaya kaki Ilham yang lumpuh itu dapat sembuh" balas Nasuha.
"Mak Usu, syarikat ALee tu siapa yang uruskan?" soal Nasuha. Sejak ayahnya meninggal, dia belum tahu siapa yang menguruskan syarikat itu.
"Pak long dengan anak dia, Fayyadh. Hospital tu, pak long suruh Yassin dengan Nazril sebab mereka berdua tu memang mahir bidang dalam bidang perubatan" beritahu Puan Azira.
"Sebenarnya, ayah ada suruh kepada Nas supaya mengurus Syarikat itu. Tapi Nas tak tahulah. Nas tak mahir dalam bidang perniagaan ni" balas Nasuha.
"Nas cuba belajar dari mula atau Nas nak ikut jejak abang Nas. Jadi doktor dan urus hospital itu dengan dia" Nasuha memandang Puan Azira
"Entahla. Nas tak tahu" balas Nasuha. Nasuha melihat jam di pergelangan tangannya.
"Mana yang lain?" soal Nasuha.
"Ada main dekat atas. Nas nak pergi tengok ke?" soal Puan Azira. Nasuha menganggukkan kepalanya. Dia terus bangun dari tempat duduknya dan menolak pelahan lahan kerusi roda Ilham.
Mereka masuk ke dalam rumah banglo 3 tingkat yang dibina oleh Encik Lee untuk anak anak yatim.
"Assalamualaikum semua" pandangan semua tertumpu pada Nasuha yang berada di pintu.
"Akak Nas!!" semua meluru ke arahnya. Masing masing terus menyalamnya.
"Akak nak kena balik. Nanti kita jumpa lagi eh. Assalmualaikum, jaga diri masing masing tau. Jangan buat masalah dan susahkan ummi tau" masing masing menyalam Nasuha selepas mereka berbual dengan Nasuha.
"Baikk akak Nas" ketawa kecil Nasuha kedengaran.
"Nas balik naik apa?" soal Puan Azira sewaktu Nasuha menyalamnya.
"Err, ha, ada kawan datang ambik. Nas dah telefon dia. Bye, assalamualaikum, mak usu. Nanti ada masa Nas datang melawat lagi yea. Jaga diri mak usu tau" Nasuha terus keluar dari rumah itu. Dia menuju ke arah pondok menunggu teksi yang berdekatan.
"Jom" Nasuha memandang empunya suara dari luar kereta yang berhenti. Amier tersenyum. Nasuha terus memboloskan diri ke dalam kereta suaminya. Kereta milik Amier meluncur laju.
"Awak buat apa dekat situ?" soal Amier tanpa memandang Nasuha yang berada di sebelahnya. Nasuha memandang suaminya.
"Lawat Ilham" jawab Nasuha pendek. Amier terdiam.
"Siapa tu?" soal Amier.
"Kanak kanak yang berumur 4 tahun. Lumpuh dari pinggang sehingga kaki akibat kemalangan. Seluruh keluarganya terkoban di sana jugak" jelas Nasuha hampir membuatkan Amier tergelak. Ketawa Amier terus meletus. Nasuha memandangnya dengan kehairanan
"Apasal awak gelak?" soal Nasuha. Jelas kelihatan kerutan di dahinya.
"Saya tanya siapa dia, just beritahu nama dengan umur sudahlah. Tak perlulah nak terang panjang lebar macam tu sekali" beritahu Amier.
"Tadi dia tanya siapa Ilham. Aku beritahulah. Now, dia kata just beritahu nama dengan umur pulak" omel Nasuha sambil memandang kirinya.
"Nasuha, I can hear" balas Amier terus memberhentikan Nasuha mengomel. Amier tersenyum.
Pipi yang ditutupi purdah dicubit Amier. Amier ketawa apabila isterinya itu menampar lembut tangannya.
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...