BAB 63

1.4K 65 3
                                    

    P/S: sambil ii baca tu dgr lah sekali dgn lagu nih...hihihi😆 Semoga x menitiskan air mater lah yerrr....

     "Assalamualaikum Rauhah, ha dah sampai, ouh kejap lagi Nas turun okey tunggu" terus Nasuha menyimpan telefonnya di dalam beg sandangnya. Dipandang sekeliling bilik itu. Tak terlepas walaupun satu inci.

Nasuha tersenyum dan terus meletakkan satu surat di atas katil. Kesemua baju kameja milik suaminya turut siap diseterika. Terus dicapai bagasinya lalu keluar dari bilik tersebut. Fikirannya mula mengimbas kembali pagi tadi.

      "Kejap lagi saya nak cakap dengan awak yer. Tunggu saya balik" ujar Amier. Pergerakan Nasuha terus berhenti. Dia memandang suaminya sambil menganggukkan kepala.

        "Tapi bukan abang dengan Qalisya ke hari nih??" soal Nasuha. Amier mengeluh.

         "Alah, tunggu jer abang malam nih. Abang nak cakap something" ujar Amier. Malam nih dia akan jelaskan segalanya. Biarlah kepada Nasuha sama ada ingin terima dia lagi ke tak.

    Terus Nasuha memeluk erat suaminya. Kepalanya diletakkan di dada suaminya itu. Amier kaku.

     'Maafkan abang sayang' rintihnya sayu. Dia rindukan belaian gadis itu. Dia rindukan gelak ketawa gadis itu. Dia rindukan segalanya tentang gadis itu. Dia rindu Nasuha yang mendengar segala masalah serta memberi sokongan kepadanya.

   Pelahan lahan tubuh Nasuha dipeluknya. Kepala gadis itu turut diusap pelahan lahan. Terus dicium ubun ubun isterinya.

        "Amier" panggil Nasuha sebaik sahaja Amier keluar. Lelaki itu terus memandang isterinya. Terus Nasuha merapati suaminya. Diraih tangan lalu diciumnya dengan penuh syahdu. Mungkin ini kali terakhir tangan nih disentuhnya. Amier tersenyum lalu mengusap kepala isterinya dan terus berlalu pergi.

     "Nas" lamunan Nasuha terus terpadam serta merta. Dia tersenyum memandang Puan Sri Rina yang berada di ruang tamu. Wanita itu tidak pergi ke majlis akad nikah. Hanya Tan Sri Azan dan Amira sahaja yang menjadi wakil kepada Amier. Ammar pulak ada kerja yang perlu dilaksanakan di pejabat.

     "Dah nak pergi ke??" soal Puan Sri Rina. Nasuha menganggukkan kepalanya. Dia terus menuju ke arah ibu mertuanya. Dicapai tangan lalu disalam. Pipi Puan Sri Rina turut diciumnya.

    "Nas dah nak pergi. Bagi surat nih dekat Ammar sekali. Ouh ya, Nas dah masak makanan kegemaran masing masing. Makanan kegemaran mama pun ada jugak" ujar Nasuha. Puan Sri Rina tersenyum.

     "Jaga diri elok elok. Kalau dah sampai sana telefon mama ye. Kalau dah dapat ketenangan tu bawaklah balik cucu mama sekali" ujar Puan Sri Rina cuba menceriakan keadaan. Nasuha tergelak kecil sambil menganggukkan kepalanya.

    "Bye mama. Assalamualaikum" Nasuha memeluk tubuh Puan Sri Rina dan terus keluar dari rumah itu.

   Puan Sri Rina memandang kelibat Nasuha yang sudah meloloskan diri ke dalam sebuah kereta.

     "Dah settle semua?" soal Rauhah. Nasuha menganggukkan kepalanya.

      "Aku nak pergi pejabat sekejap. Nak bagi surat berhenti dekat bos" ujar Rauhah. Nasuha menganggukkan kepalanya.

       "Wei, aku mengantuklah. Nak tidur kejap. Sampai airport kejut aku ye" ujar Nasuha. Rauhah menganggukkan kepalanya tanpa memandang ke arah Nasuha yang sudah terlelap.

      "Hah? Berhenti?" Ammar memandang gadis di hadapannya. Anggukan dari gadis itu membuatkan Ammar mengeluh.

      "Sebab apa??" soal Ammar. Rauhah tersengih.

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now