TOK TOK TOK"Masuk!" Ammar terus memandang ke arah gerangan yang baru memasuki biliknya.
"Yes Lailah. Kenapa?" soal Ammar. Kepala diangkat lalu matanya tepat memandang wajah Lailah.
"Er...sebenarnya...sebenarnya saya nak letak jawatan" ucap Lailah lalu meletakkan sampul putih ke atas meja Ammar. Dia tak sanggup memandang wajah bosnya yang sorang itu.
"Kenapa?" soal Ammar.
"Tunang saya kata lepas kahwin dia suruh saya berhenti kerja" jawab Lailah jujur. Ammar menganggukan kepalanya.
"Okey" jawab Ammar. Ringkas. Lailah terus mmandang wajah lelaki di hadapannya. Senyuman menghiasi bibir. Dia terus keluar dari bilik Ammar. Sempat lagi dia ucapkan terima kasih.
"Hai, assalamualaikum" Nasuha tersenyum memandang gerangan yang baru duduk di hadapannya.
"Ha, sampai pun" balasnya. Rauhah tersenyum.
"Amacam, dapat tak cari kerja?" soal Nasuha. Secara tiba tiba wajah Rauhah bertukar mendung.
"Tak dapat lagilah. Tak tau dah nak cari dekat mana. Hurmmm...." balas Rauhah. Nasuha tersenyum.
"Janganlah macam tu, insyaallah Nas doakan Rauhah dapat kerja lepas nih" balas Nasuha. Rauhah tersenyum.
"Amin...!" ujar Rauhah. Mereka terus tergelak.
TOK! TOK! TOK!
"Masuk" arah Amier. Dia terus menutup fail di hadapannya. Pandangannya diangkat memandang gerangan yang baru sahaja memasuki biliknya."Qal...." Amier terus berdiri. Dia terpaku memandang gerangan yang berada di hadapannya. Kaku. Diam tanpa sepatah suara.
"Sorry bos, saya dah halang dia tadi" ucap Intan. Wajahnya resah. Dia takut kena marah. Risau pulak melihat raut wajah Amier.
"Tak apa Intan. Awak boleh keluar sekarang"arah Amier. Matanya masih kaku memandang gadis di hadapannya.
"Abang..." gadis bertudung itu tersenyum memandang Amier di hadapannya.
"Qalisya buat apa dekat sini?" soal Amier. Kenapa! Kenapa dia perlu muncul sekarang?!!!
"Qal rindu abang" ucap Qalisya. Dia kembali tersenyum. Amier diam.
"Maaf abang bukan untuk Qal lagi" ujar Amier.
"Apa kata kita cakap dekat kedai lah senang sikit. Qal nak cakap something" pinta Qalisya. Amier menganggukkan kepalanya. Mereka terus menuju ke cafe yang berdekatan. Sempat lagi Amier memaklumkan kepada PA nya bahawa dia keluar.
"Qal nak cakap apa? Cepatlah" balas Amier. Dia menghirup sedikit minumannya.
"Abang macam tak suka jer nak cakap dengan Qal" ujar Qalisya. Amier terdiam. Nampaknya gadis di hadapannya sudah berubah. Dia sudah bertudung.
"Mula mula, Qal nak cakap Qal nak mintak maaf sebab kianat abang. Qal sedar lepas Qal tinggalkan abang Qal sebenarnya cintakan abang" ujar Qalisya pelahan. Amier memandang jam di pergelangan tangannya. Nampaknya jam sudah berganjak ke pukul 6: 30 pm. Waktu untuk dia balik.
"Boleh tak kita bersama kembali?" soal Qalisya. Pantas mata hazel itu tepat memanah anak mata gadis itu. Betulkan apa yang dia dengar nih???
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...