BAB 22

1.8K 83 4
                                    


"Bye umi, nanti Nas balik sini lagi yea" Nasuha terus menyalam Puan Yasmin. Sungguh dia rasa berat mahu meninggalkan uminya. Rindunya masih ada.

"Hmmm, nanti kerap kerap sikit balik sini yea" Nasuha tersenyum dan terus memeluk erat tubuh uminya.

"Bye umi, assalamualaikum" Nasuha terus menuju ke kereta milik Aleya. Kereta kancil yang pernah dia ada diberikan semula kepada Farhana. Sudah lama dia tak dengar berita tentang Farhana.

"Wei, nak terus balik rumah kau ke?" soal Aleya sebaik sahaja Nasuha memasuki ke dalam keretanya. Nasuha hanya menganggukkan kepalanya.

"Ibu kau masih tak tahu lagi ke?" soal Aleya yang fokus dengan pemanduannya. Nasuha menggelengkan kepalanya.

Masing masing terus mendiamkan diri. Aleya yang fokus dengan pemanduannya manakala Nasuha pulak hanya termenung sendirian.

"Assalamualaikum" Nasuha terus masuk ke dalam rumahnya selepas membaca doa masuk ke dalam rumah.

Tiba tiba kedrngsran lagu deen assalam dari Nissa Sabyan. Nasuha terus mencari telefonnya di dalam beg tangannya. Simbol telefon yang berwarna hijau terus ditekan.

"Hello, assalamualaikum" Nasuha melekapkan telefon di telinganya.

"Waalaikumussalam. Awak dah sampai rumah ke?" Amier terus duduk di sofa yang berhadapan televisyen. Dia memerhati sekeliling. 'Fuh nasib tak ada sapa sekarang ni' bisik Amier.

"Ha'ah, saya baru jer sampai. Kenapa?" soal Nasuha. Dia terus melabuhkan punggungnya di atas sofa.

"Er saya balik malam ni. Takpa ke awak tinggal sorang sorang kat situ?" soal Amier. Matanya masih liar memerhati sekeliling.

"It's so key lah. Okeylah, saya nak masak pulak ni. Bye assalamualaikum" Nasuha terus memutuskan talian selepas Amier menjawab salamnya.

Amier terus bersiap siap. Dia memandang jam di pergelangan tangannya. Dia perlu balik ke rumahnya. Risau pulak dia membiarkan Nasuha sendirian.

Sewaktu ingin keluar Amier teru memandang langit bila kedengaran bunyi guruh dan kilat.

"Nak hujan la pulak. Ma, Mier pergi dulu eh. Assalamualaikum" malam ni dia hanya perpakaian biasa dengan seluar jean dan baju t-shirt putih dipadankan dengan jeket warna hitam. Dia terus masuk ke dalam keretanya dan terus meluncur laju menuju ke rumahnya sendiri.

"Azsalamualaikum" pintu rumah terus dibuka selepas Amier membaca doa memasuki rumah. Dia kelihatan sedikit pelik bila melihat rumahnya gelap gelita. 'Bukan Nas dah balik ke?. Tapi tengok rumah macam tak ada orang. Baru pukul 8:30 lebih. Awal lagi kalau dia nak tidur' bisik Amier. Dia terus membuka suis tapi tak berjaya. Mungkin elektrik terputus kot.

"Nas?" Amier memerhati sekeliling. Dia terus menuju me ruang tamu beberkalkan lampu dari telefonnya. 'Tak ada la pulak' bisiknya dan terus menuju ke dapur. Lampunya terus terhala ke bawah. Kelihatan serpihan pinggan yang pecah. Tiba tiba dia terdengar bunyi esakkan. Amier pantas menuju ke hujung penjuru dapur. Kelihatan Nasuha yang menutup telingannya sambil menangis teresak-esak. Nasuha kembali memeluk lututnya bila tiada lagi bunyi guruh. Amier pantas menuju ke arah isterinya.

"Kenapa sayang?" soal Amier lembut. Entahlah macam mana perkataan sayang tu boleh keluar dari mulutnya.

Nasuha kembali memejamkan matanya. Kenangan silam dahulu mula bermain di mindanya.

"Abi, bangunlah abi. Abi, Maira ada kat sini. Please bukak mata abi. Abi janganlah main main dengan Maira" Nasuha menepuk nepuk pipi ayahnya yang audah berlumuran darah. Nasuha mengesat air mata yang mengalir.

Nasuha pantas merangkul tubuh ayahnya yang sudah kaku. Kecederaan yang dialami Nasuha tak diperdulikan. Guruh yang berdentum dan kilat yang memancar ditambahkan lagi dengan hujan yang lebat tidak diperdulikan Nasuha. Yang dia tahu cuma ayahnya.

Tiba tiba dia terasa teramat sakit di bahagian kepalanya. Dia terus menyentuh kepalanya dan kelihatan darah di telapak tangannya. Pandangannya semakin kabur dan dia terus rebah.

"Cik..." suara yang terakhir dia dengar sebelum dunianya menjadi kelam.

"Nas, awak okey ke tak?" soal Amier. Risau pulak dia melihat keadaan Nasuha yang masih menangis dan kadang kala menutup telingannya apabila terdengar bunyi guruh.

"Saya takut" balas Nasuha sambil menggigil. Amier terus duduk di sebelah isterinya. Dia teragak agak ingin menepuk bahu isterinya. Dia terus menepuk pelahan lahan bahu isterinya.

"Shhh...saya ada dengan awak. Dah jangan takut" bisik Amier lembut. Dia terus memeluk Nasuha dan menepuk pelahan lahan belakang isterinya. Nasuha tidak membantah. Dia hanya menangis dan badannya masih menggigil.

"Shhhh" Amier terus menepuk pelahan lahan belakang isterinya. Tiba tiba suasana senyap sunyi. Tiada lagi bunyi tangisan. Lampu kembali menyala. Amier terus memandang isterinya yang berada di dalam pelukkannya.

Senyuman kecil terus terukir di bibirnya bila melihat mata Nasuha yang sudah tertutup rapat dan kedengaran dekuran kecil Nasuha. Amier teru mencepung isterinya menuju ke bilik Nasuha.

Dia terus meletakkan isterinya di atas katil. Nasuha mengeliat kecil tetapi matanya masih tertutp. Amier terus menyelimut tubuh Nasuha hingga paras dada. Dia terus mencium dahi Nasuha dan terus keluar dari bilik.

"Ahhh, apa yang buat dia takut sangat?" soal Amier. Dia terus mengutip serpihan pinggan kaca yang pecah di atas lantai. Serpihan kaca itu terus dibuang ke dalam tong sampah.

Suis lampu dapur terus ditutup. Dia terus menuju ke biliknya untuk mengulang kaji memandangkan peperiksaan semester akhir semakin hampir. Lagi sebulan mereka akan menamatkan pengajian mereka selama 4 tahun di universiti.

"Assalamualaikum. Good morning. Awalnya bangun" sapa Amier saat terlihat Nasuha yang sibuk menyiapkan sarapan. Nasuha tersenyum disebalik purdahnya. Amier membalas senyumannya walaupun tak kelihatan.

Amier terus menarik kerusi di hadapan Nasuha. Dia memandang tepat mata isterinya.

Nasuha yang sibuk mengunyam roti terus memandang Amier bila terasa dirinya dipandang.

"Eh, tetiba pulak usya saya ni. Ada apa apa ke?...atau awak ni terpikat dengan saya?" usik Nasuha.

"Eh, mana adalah" Amier memandang ke arah lain cuba menutup rasa malu. Pipinya terus menjadi merah.

"Eh merahlah pipi awak tu" usik Nasuha lagi. Amier terus menutup pipinya dan membuatkan Nasuha ketawa. 'So cutelah' bisik Nasuha. Amier tersenyum bila mendengar Nasuha ketawa. Entah kenapa hatinya terasa tenang saat terdengar ketawa Nasuha.

"Eh, awak dah lewatlah. Cepatlah gi kelas. Nanti prof awak marah" balas Nasuha. Dia terus menolak lembut tubuh Amier. Amier terus mencapai beg galasnya.

"Okey okey, tapi saya nak kiss dulu" usik Amier dan membuatkan Nasuha mencubit lengannya.

"Aduh aduh, bisanya boleh bengkak 2 3 bulan ni" usik Amier dan terus mengelak saat Nasuha ingin mencubitnya.

"Awak" panggil Nasuha. Amier terus memberhentikan langkahnya dan terus beralih memandang Nasuha.

Nasuha pantas mencapai tangan Amier lalu menciumnya. Amier terus mencium dahi Nasuha dan terus berlalu pergi.

Nasuha terkedu. Dia memegang dahinya yang masih terasa kucupan Amier. Nasuha tersenyum. Dia terus menutup pintu.


**********************

Yessss!!!hohohohoh. Alhamdulillah syukur. Akhirnya dapat pon tulis sehingga melebihi 1000 patah perkataan buat sekelian kalinya. Syukur jugak. Hahaha. Bahagian ni tak beberapa nak best. Tapi author yakin selepas bab diorang balik kem tu memang bersemut habis. Nanti nantikan yer bye. Assalamualaikum

P/S: abaikan typo

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now