BAB 44

1.6K 62 1
                                    


       "Assalamualaikum..." Amier dan Nasuha terus melangkah masuk ke dalam rumah. Puan Sri Rina yang berada di dapur terus menuju ke ruang tamu. Nasuha tersenyum dan terus menyalam Puan Sri Rina.

      "Ha, sampai pon" balas Puan Sri Rina. Amier dan Nasuha terus tersengih.

       "Dah, dah korang berdua pergi naik atas bersihkan diri dulu baru turun makan. Lagi setengah jam lagi nih sebelum makan" Amier menganggukan krpalanya dan terus mengakat bagasi milik dia dan Nasuha.

     "Err...awak nak masuk dulu ke?" soal Nasuha. Dia memandang Amier yang sudah berada di atas katil.

   Amier yang sedang menutup mata terus membuka matanya memandang Nasuha.

      "Awak nak masuk duku, masuklah. Saya nak rehat kejap" balas Amier dan kembali memejamkan matanya. Dia menelan air liurnya. Imej Nasuha yang tak berpurdah dan bertudung menggugat keimanannya. Dia perlu tahan.

    Nasuha terus masuk ke dalam bilik air. Beberapa minit kemudia kedengaran bunyi pancuran air dari dalam. Amier terus terlelap dalam keletihan.

  
     "Ha, turun pun. Meh duduk makan" Nasuha dan Amier terus menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya.

     "Kejap lagi papa nak cakap kejap" balas Tan Sri Azan. Amier terus berhenti mengunyah. Dia memandang Puan Sri Rina. Puan Sri Rina mengakat bahunya tanda tak tahu apa apa. Amier kembali makan.

     Nasuha memerhati sekeliling. Dia memandang sekeliling. Sunyi gila. Masing masing tak bersuara.

      "Err...rasanya Nas tak terlibat kut. Nas naik dululah. Rasa macam tak sedap badan sikit. Assalamualaikum" Nasuha terus menyalam tangan tangan Puan Sri Rina dan Tan Sri Azan. Dia memandang Amier. Amier menganggukan kepala dan Nasuha terus naik ke atas.

     "Okey semua dah ada?" soal Tan Sri Azan.

     "Err...Sya dengan Am baru je otw balik" balas Puan Sri Rina. Tan Sri Azan menganggukan kepalanya.

     "Assalamualaikum..." mereka bertiga terus memandang ke arah pintu. Ammar dan Amira terus duduk ke atas sofa. Mereka terus memandang Tan Sri Azan.

     "Okey, papa rasa syarikat perlukan Am dan Mier" Amier yang hanya memandang bawah terus memandang Tan Sri Azan. 'What?, serius arh' bisik hatinya.

      "Papa akan membuat majlis pelantikkan Am dan Amier sekali dengan majlis perkahwinan Amier. Ina, nanti jemput keluarga Nasuha datang rumah kita. Nak bincang pasal majlis mereka berdua nih" Puan Sri Rina menganggukan kepalanya.

      "Papa akan melantik Ammar sebagai naib CEO dan Amier sebagai pengarah syarikat" balas Tan Sri Azan.

       "Tapi pa, Mier tak layak lah" balas Amier. Ammar mencebik memandang Amier. 'Banyaklah lakonan kau' bisik Ammar. Amira yang menyedari pandangan jengkel Ammar terus saja dia mencubit paha Ammar memandangkan abangnya berada di sebelahnya.

     Ammar menggosok pahanya. Dia terus menjegilkan matanya ke arah adiknya yang berada di sebelahnya. Amira terus memandang ke arah lain.

       "Tak ada tapi tapi, keputusan papa muktamad. Mier tak boleh tolak. Bermulanya esok Am dan Mier akan ikut papa ke ofis" balas Tan Sri Azan. Amier terus memandang bawah.

        "Okeylah tak ada apa apa dah kan, Mier naik dulu" balas Amier dan terus menyalam tangan Puan Sri Rina dan Tan Sri Azan dan kemudian disalam Amira. Dia tersenyum lalu mengusap pelahan lahan kepala Amira yang ayu bertudung.

    Dia melangkah tangga menuju ke biliknya. Tak ada mood nak naik lif.

    Pelahan lahan pintu bilik dibuka. Dia memandang sekujur tubuh yang terlena di atas katil yang diterangi lampu tidur. Amier terus mencapai bantal lalu menuju ke sofa. Dia terus membaca tiga qul, ayat kursi dan doa tidur sebelum melelapkan matanya.

     Nasuha terus membuka matanya. Dia memandang suaminya yang tidur di sofa berdekatan. Dis terus mencapai selimut lalu menyelimuti tibuh suaminya. Dia memandang raut wajah suaminya.

    'Hmm...kacak jugak suami aku nih. Macam...siapa tah...penyanyi korea tuh...arh lupakan lah' pelahan lahan dia membelai rambut Amier lalu mengucup dahi suaminya sebelum dia menuju ke katil lalu tidur semula.

    Nasuha terus terjaga apabila mendengar bunyi azan yang sayup sayup. Dia memandang jam di meja sebelah katil. Dia terus bangun dan mengeliat beberapa kali. Tangan terus ditadahkan lalu dia mengucapkan syukur terhadap illahi.

    Dia terus bangun dari katil lalu mencapai kain tuala dan terus menghilangkan diri di sebalik pintu bilik air. Hari ni dia tak bangun untuk solat tahajud kerana penat sangat.

      Seusai mandi, Nasuha terus mencapai telekung yang sedia dibawa dalam beg dan kemudian dicapai sejadah yang memang sedia ada dalam bilik itu. Dihamparkan sejadah mengikut arah kiblat lalu dia terus menyarungkan telekung untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba.

     Selepas sahaja habis membaca doa. Dia memandang Amier yang sedang duduk di atas katil.

       "Kenapa pandang saya macam tu?" soal Nasuha. Pelik bila Amier memandangnya dari tadi.

       "Saja" balas Amier pendek.

       "Nak guna ke?" soal Nasuha. Amier menganggukan kepalanya. Nasuha terus bangun lalu menanggalkan telekungnya dan disangkut di suatu tempat. Dia terus mencapai tudung lalu disarungkan ke kepalanya. Nasuha terus keluar dari biliknya.

      "Assalamualaikum, mak Som" Nasuha terus melangkah menuju ke dapur. Dia menyapa Mak Som yang sedang menyiapkan sarapan.

      "Boleh Nas tolong apa apa yang patut?" soal Nasuha.

        "Eh, tak payahlah Nas. Nanti apa kata yang lain pulak" balas Mak Som.

        "Takpe, Mak Som nanti Nas teranglah kalau ada yang salah faham" balas Nasuha yang tetap berdegil. Dis tak mahu dilayan seperti anak raja yang hanya tahu duduk sahaja.

         "Hmm...yelah" balas Mak Som.

         "Sarapan dah siap. Cuma nak kena hidangkan jer" balas Mak Som.

        "Meh Nas tolong hidangkan" balas Nas lalu terus mengakat mangkuk yang diisi drngsn nasi goreng.

          "Ehh, Nas awalnya bangun hari nih" tegur Tan Sri Azan. Nasuha terus beralih ke arah Tan Sri Azan yang baru sahaja turun dan lengkap berkemeja. Dia tersengih.

         "Sekali sekala papa" balas Nasuha. Dia kembali menuju ke dapur lalu membawa pinggan dan sudu ke meja makan manakala Mak Som  membawa air kopi dan teh.

      
      "Saya pergi dulu. Jaga diri tuh" pesan Amier. Nasuha tersenyum. Dia meraih tangan Amier lalu mencium tangan itu. Amier mengusap kepala isterinya dan terus berlalu pergi. Ammar terus mencebik lalu terus masuk ke dalam kereta vellfire.

       "Amboi bukan main suwweet lagi dia tuh" usik Puan Sri Rina. Nasuha tergelak.

      "Apa ni mama. Mana ada" balas Nasuha. Dia terus duduk di atas sofa.

       "Nas tak busy?" soal Puan Sri Rina. Nasuha menggelengkan kepalanya.

        "Kalau macam tu jom ikut mama pergi butik" ajak Puan Sri Rina. Nasuha menganggukan kepalanya dan terus berlalu untuk bersiap.
     

        "Wah, cantiknya baju baju dekat sini. Semua menutup aurat" balas Nasuha. Dia memandang ke arah gaun yang berwarna putih berlengan panjang dan mempunyai labunci di keliling pinggang. Pelahan lahan dia menyentuh gaun tersebut. Dia terus beralih ke arah gaun yang lain. Kagum sungguh melihat gaun yang cantik cantik.

      Dia kembali mengikut langkah Puan Sri Rina yang jauh di hadapannya.

  Heyyoooo...sorry sbb lama dah x update. Tah berhabuk dah pa...author memang busy sgt sgt sampai x ada masa nak tulis. Sorry buat yang lain tunggu..huhu
Nanti author update lagi...sorry..

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now