"Er Rauhah" terus Ammar mendekati gadis itu."Eh Ammar" terus terbit senyuman di bibir Rauhah.
"Tak sangka jumpa lagi" ujar Rauhah. Ammar tersengih.
"Nak cakap sikit boleh tak??" soal Ammar. Digaru keningnya.
"Apa dia??" soal Rauhah. Senyumannya masih lagi tak lekang di bibir.
"Err...boleh tak datang rumah saya hujung minggu nih?" soal Ammar. Dia terus memandang ke arah lain.
"Err....saya memang free dan boleh je datang. Tapi sebab apa yea??" soal Rauhah dengan reaksi blurnya. Ammar tersengih.
"Adalah. Nanti awak tahu juga. Er...nanti saya jemput awaklah. Oley tu saja. Bye!" terus Ammar berlalu pergi. Meninggalkan Rauhah di situ.
"Dia suruh datang tapi tak beritahu sebab apa. Aih...nasib aku sayang je...eh apa yang aku merapu nih" terus Rauhah berlalu pergi.
💐💐💐
"Nas..." seru seseorang. Nasuha terus memandang sekeliling. Setiap dekorasi di dalam rumah itu ditelitinya. Macam pernah nampak tapi dekat mana, desisnya.
"Nas, nih saya" ujar seseorang. Nasuha kembali memandang sekeliling.
"Suara tu, macam pernah dengar juga" ngumam Nasuha. Terus hatinya disapa perasaan yang aneh. Entah macam mana dia boleh ada di rumah yang tak berpenghuni ni.
"Ada orang tak??" soal Nasuha. Suaranya dikuatkan.
"Nas, nih abang. Suami Nas...baliklah abang rindu Nas" rintih suara itu lagi. Ketakutan mula melanda hatinya.
"Siapa tu??" soal Nasuha. Entah kenapa hatinya menyruh dia naik ke tingkat paling atas. Terus kakinya melangkah memijak tangga.
"Nas...abang mintak maaf, pulanglah dekat abang kembali. Maafkan abang" rintih suara itu lagi.
Terus Nasuha memulas tombol pintu suatu bilik. Pelahan lahan dia memandang ke arah seorang lelaki yang membelakanginya. Dipandang lelaki yang sedang berdoa dengan rintihan yang cukup sayu.
"Siapa tu??" soal Nasuha pelahan. Dia memandang belakang lelaki itu. Terus hatinya simpati dan sedih dengan lelaki itu.
Pelahan lahan sebutir mutiara menitik di pipinya tanpa dia sedari.
"Eh? Aku menangis ke??" soal Nasuha pelahan. Dia terus menyeka air matanya.
Kenapa dia menangis?? Kenapa dia macam kenal rumah nih??? Siapa lelaki itu?? Kenapa gelarkan dia Nas?? Apa yang terjadi nih?!!!!
Terus Nasuha terduduk. Kepala tiba tiba terasa berat. Sakit!!!
"Ya Allah!!" terus dia bangun dari pembaringannya. Diurut dadanya yang berdebar. Jantungnya berdegup dengan kencang sekali.
"Apa yang terjadi tadi??" soalnya sendirian. Diraup wajahnya dengan kasar. Argh!!!
"Sekarang pukul berapa??" soalnya sendirian. Terus dicapai jam yang berada di sebelah katilnya.
"Pukul 3 pagi. Hurm...solat tahajud lah. Dah lama tak buat" ngumamnya dan terus menuju ke bilik air.
"Ya Allah ya tuhanku...kau berilah kesihatan kepada ibuku serta semua ahli keluargaku. Ya Allah, ku pohon apakah mimpi yang ku alami sebentar tadi. Apakah pertunjuk yang kau berikan kepadaku ya Allah" doanya sayu. Entah kenapa hatinya terasa bergitu sebak. Seakan akan dia sudah jauh dari Sang Pencipta.
"Ya Allah, kau berilah kekuatan dan ketabahan kepadaku untuk menghadapi segala dugaan dan ujianmu ya Allah...Amin" terus diraup wajahnya. Senyuman kecil terus terukir di bibirnya. Hatinya sekarang nih terasa sangat tenang. Tenang setenang air di kolam yang langsung tidak bergelora.
"Siapakah lelaki tu??" ngumamnya sendirian. Matanya terus menangkap senaskah Al-Quran. Terus dicapai Al-Quran tersebut. Pelahan lahan air matanya menitik dan terus mengenai kulit Al-Quran tersebut.
Pelahan lahan tangannya menyapu habuk yang terlekat di kulit kitab itu.
"Bertapa lamanya aku tinggal dia. Maafkan aku yea" bisik dia pelahan dan terus membuka helaian pertama kitab itu.
"Bismillah...."
Puan Yasmin tersenyum sendirian. Dia mula merasakan kehangatan di tubir matanya.
"Ya Allah...dah lama ummi tak nampak Nas yang macam nih" bisik Puan Yasmin dan terus berlalu pergi.
💐💐💐
"Hye good morning" sapa Nasuha sambil tersenyum. Dia terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
"Kenapa tiba tiba dalam rumah pakai tudung??" soal Nazril. Jangan kata yang adiknya sudah tak hilang ingatan. Nasuha tersenyum.
"Entahlah, Maira rasa macam lain je kalau tak pakai tudung dalam rumah" jawab Nasuha tenang. Nazril hanya mendiamkan diri dan kembali menyuapkan bihun goreng ke dalam mulutnya.
"Hye you alls!" sapa Nazira dengan riangnya. Dia terus mengambil tempat di sebelah kakaknya.
"Bangun lambat" balas Nazril. Nazira terus mencebik. Siap dihadiahkan jelingan lagi kepada abangnya itu.
"Ouh ya lupa nak tanya. Abang Yas macam mana sekarang nih?? Lama dah Maira tak dengar khabar??" soal Nasuha.
"Dah kahwin" ujar Nazril pendek.
"Hah??! Dah kahwin. Dengan siapa??" soal Nasuha.
"Dengan seorang gadis lah" ujar Nazril.
"Loyar buruknya kau" balas Nazira. Terus disuapkan bihun goreng ke dalam mulutnya.
"Heh...lantak lah dekat aku" balas Nazril lagi. Dihadiahkan jelingan tajam ke arah adik perempuannya.
"Eh eh...dah dah. Korang berdua nih kan. Jangan sampai ummi ikat korang nih dekat pokok belakang rumah. Kamu tu Naz, perangai mengalahkan budak budak je. Anak dah tiga orang tapi perangai tak pernah macam ayah orang. Kamu juga Zira, asyik asyik bergaduh je dengan abang kamu....dari dulu lagi. Ummi tak tau lah apa masalahnya" terus dan terus Puan Yasmin membebel.
Pelahan lahan Nasuha mencuit lengan adiknya.
"Kenapa??" soal Nazira pelahan.
"Jom bangun cepat. Jangan sampai telinga kita cair sudah" bisik Nasuha. Pelahan lahan mereka berdua bangun dari kerusi.
"Ha kamu berdua tu!" terus berhenti langkah Nasuha dan Nazira. Pelahan lahan mereka berdua beralih memandang belakang. Tersengih mereka berdua.
"Nak pergi mana??" soal Puan Yasmin sambil mencekak pinggangnya.
"Nak basuh pinggan lah ummi" ujar Nasuha. Nazira terus mengiakan sahaja apa yang dicakap kakaknya. Terus mereka berdua berlalu ke dapur sebelum Puan Yasmin membebel lagi.
💐💐💐💐
"Ma" panggil Amier. Terus dia melabuhkan punggungnya di sebelah mamanya.
"Ma, ma ada sembunyikan sesuatu ke dari Amier?" soal Amier.
"ssemm...sembunyi apa Mier? Mama tak faham" ujar Puan Sri Rina. Dia tersenyum untuk menghilangkan gugup di hati.
"Nasuha mengandung ke sebelum nih??" soal Amier. Dipandang mamanya yang hanya berdiam diri.
"Mama!" terus Puan Sri Rina memandang anaknya.
"Okeylah macam nih. Mama akan berotahu segalanya dan semua tentang Nasuha yang Amier tak tahu. Dan juga tentang macam mana Nas boleh hilang ingatan" ujar Puan Sri Rina. Ditarik nafas pelahan lauan sebelum memulakan segalanya.
"Sebenarnya....."
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...