BAB 50

1.8K 66 9
                                    


    "Nas, dah siap?" soal Puan Sri Rina. Dia memandang Nasuha yang berada di atas katil.

   "Ha'ah, cuma nak pakai purdah jer. Pastu siaplah" balas Nasuha. Puan Sri Rina melemparkan senyuman dan terus berlalu pergi. Nasuha menilik dirinya di hadapan cermin. Rasa gemuruh terus hinggap.

    "Okey ke nih?" soal Nasuha. Dia masih belum merasa yakin dengan dirinya. Dia memandang dua sahabatnya.

    "Nasuha, kau dah cantik dah. Tak ketat pun baju nih. Sesuai dengan kau" balas Aleya. Rauhah terus menganggukan kepalanya tanda setuju denga Aleya. Aleya menghampiri Nasuha dan terus memegang kedua belah bahu sahabatnya.

    "Cantiklah. Tak ada apa pun yang tak okey. Perfect semua" balas Rauhah pula.

    Nasuha tersenyum ke arah Rauhah. Dia masih belum merasa yakin dengan dirinya. Dia hanya mengenakan gaun warna biru langit yang menyerupai jubah. Di bahagian pinggang dihiasi dengan permata yang berasal dari London. Tengok gaun yang dipakai dah tentu memcecah ribuan ringgit. Sungguh cantik apabila dipakai oleh Nasuha. Dan dibahagian lengan jugak dihiasi dengan corak bunga dan juga batu permata dari London.

    "Nah, purdah kau, hati hati pakai. Nanti tudung kau tak terbentuk elok pulak" balas Aleya dan terus menyerahkan purdah yang berwarna biru langit kepada Nasuha. Nasuha tersenyum dan menyambut huluran Aleya. Dia terus memakai purdahnya dan Rauhah memakaikan crown ke atas kepala Nasuha.

"Dah siap. Meh aku pakaikan benda alah nih" Aleya terus memakaikan kain net ke atas kepala Nasuha.

"Dah jurmm" Nasuha memepemerkan senyuman yang tawar. Sungguh dia cukup gementar.

Mereka bertiga terus keluar dari bilik yang ditempah di hotel untuk menyiapkan Nasuha.

Keluar sahaja dari bilik matanya terus bertentang dengan Amier yang kebetulan baru keluar dari bilik juga. Segak sahaja si suaminya mengenakan baju kurta yang dijahit khas oleh pereka fesyen ternama iaitu Syamiera yang mempunyai butik yang cukup dikenali ramai iaitu Syamiera's Designss.

     Macam nama aq (korek hidung dengan muka bangga)

"Eh eh, dah dah. Kau Amier jangan tenung lama sangat si isteri kau nih. Alah taulah si Nasuha nih cantik. Lepas majlis nanti kau tenung lah lama lama. Tak pergi mana pun si isteri kau nih" tegur Aleya. Amier terus menggaru keningnya sambil memandang ke arah lain.

"Dah siap, let's go my princess" balas Amier dan terus menghulurkan tangannya. Nasuha menyambut huluran tangan Amier. Aleya, Fareed, Rauhah dan Ikhwan hanya tersenyum melihat merpati sejoli itu.

"Tuan tuan dan puan puan, dipersilakan dua merpati sejoli masuk ke dalam" semua mata terus memandang ke arah pintu dewan sebaik sahaja pintu dewan itu dibuka. Kelihatan Amier dan Nasuha berjalan seiringan bersama senyuman yang menghiasi di wajah mereka berdua.

Semua tetamu terus menepuk tangan dan ada yang bersorak tak lain tak bukan si Yassin, Nazril dan kawan kawan Amier tu. Mereka bukan ada muka malu.

"Author kau jangan sampai kami kejar kau"

Aku tak kisah pun-_-

"Kau jaga nanti"

"Key dah dah"

"Cantiklah awak malam nih" puji Amier. Nasuha terus beralih memandang suaminya yang sudah duduk di sebelahnya.

"Awak pun hensem malam nih. Tak kurang jugak" balas Nasuha.

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now