BAB 25

1.8K 74 5
                                    


     "Awak dah nak pergi masjid dah ke?" soal Nasuha. Amier menganggukkan kepalanya.

     "Awak dah ambik air sembahyang?" soal Nasuha lagi. Amier mengerutkan wajahnya sambil menganggukkam kepalanya.  Nasuha tersenyum. Dia pantas menyentuh jari Amier.

     "Awak ni kan?" Amier terus menarik pelahan lahan kedua telinga Nasuha yang berlapikkan tudung yang dipakainya.

     "Okey okey, janji tak buat lagi. Huhuhu...sakitlah awak" balas Nasuha sambil mengakat tangan kanannya seakan akan bersumpah. Amier tersenyum.

     "Betul awak tak buat lagi?" Amier mendekati isterinya. Hanya beberapa inci sahaja hidung mereka akan bersentuhan tapi nasib Nasuha memakai purdah. Amier merenung mata isterinya dengan wajah yang dibuat garang.

    Nasuha diam. Pipinya sudah berona merah. 'Apa dia ni buat' soal Nasuha.

     "Dah saya dah lambat ni. Awak punya pasal lah ni. Jaga ye nanti"  bisik Amier di telinga Nasuha. Nasuha memandang suaminya yang kelihatan seperti tersenyum jahat.

    Amier terus tergelak besar. Nasuha mengurutkan dadanya. 'Kus, ingat apalah dia nak buat. Bukan boleh percaya sangat ni' bisik Nasuha.

  Nasuha tersenyum memandang Amier yang sudah keluar untuk menuju ke masjid yang tak beberapa jauh dari rumah mereka.

      
    " Wei, kita ada pembedahan dalam kul 8 japgi kan?" soal Nazril dan terus menolak pintu bilik Izian. Izian yang sedang terlena di atas kerusinya terus terjaga.

     "Hoi, tak boleh ke ketuk dulu pintu bilik aku. Buatnya aku sakit jantung dekat sini. Kau jugak masuk penjara" marah Izian. Matanya tajam merenung Nazril.

     "Suka hati akulah, aku yang bos dekat sini bukannya kau" balas Nazril sambil menunjukkan muka menjengkelkan.

      "Apa apalah, ya. Memang kita ada pembedahan kul 8 satgi. Kenapa?" soal Izian dengan malas.

     "Ha, sekarang kau tengok jam pukul berapa?" Izian memandang jam di pergelangan tangannya.

    "So?" soalnya selamba.

    "Cepatlah, diorang kata nak mula awal sikit" balas Nazril. Izia  terus mencapai kot putihnya. Kebetulam dia masih memakai baju bedah memang tak jadi masalahlah untuk dia menyalin baju.

     Mereka berdua terus menuju ke bilik bedah selepas membasuh tangan dengan sebersih bersihnya.

     "Dah?" soal Nazril setelah siap memakai penutup rambutnya, penutup muka dan hidung dengan sarung tangan getah. Izian menganggukan kepalanya. Mereka terus menjalankan pembedahan.

      "Izian, kau tolong jahit" Izian menganggukan kepalanya. Nazril terus keluar. Dia terus menuju ke biliknya.

   
      "Doktor Nazril,  sorang pesakit sedang kritikal. Nadinya tetiba terhenti. Sekarang ni kami perlukan doktor" balas Jururawat yang bernama Lisa. Nazril yang baru ingin ke biliknya terus menuju ke arah pesakit yang disebut oleh Losa

     Dia terus memeriksa mata pesakitnya. Dia pantas menekan dada pesakitnya berulang kali.

    "Lisa, siapa doktor kepada pesakit ni?" soal Nazril.

    "Doktor Izian" jaeab Lisa terketar ketar.

    "Lisa, panggil doktor Izian sekarang!" arah Nazril lantang. Lisa terus pergi mencari doktor Izian.

      "Kau buat apa tadi ha? Pesakit kau kritikal pun kau tak tau. Kau ni doktor ke apa?" Nazril memandang tajam ke arah Izian yang sudah tertunduk.

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now