PROLOG

2.4K 73 8
                                    

5 bulan kemudian.....

       "Amierul! Ain! Cepat nanti kita lambat!" laung Nasuha. Ditilik jam di pergelangan tangannya.

        "Kejap mama!" terus Nasuha mencekak pinggang. Tajam matanya memandang kedua dua anaknya yang tersengih.

         "Dah jom....eh papa mana??" soal Nasuha.

          "Sini" terus Nasuha beralih memandang belakang. Diurut urut dadanya.

           "Abang nih kan. Nak saya ada sakit jantung ke?" soal Nasuha. Dicubit lengan suaminya itu.

     Terus Amierul dan Ain tergelak memandang wajah berkerut papa mereka.

           "Dah jom nanti lewat" ujar Amier. Terus mereka beriringan masuk ke dalam kereta.

🌹🌹🌹

       "Assalamualaikum ummi" terus Nasuha mencium kedua belah pipi umminya.

        "Waalaikumussalam. Jomlah masuk. Lama dah diorang tunggu" ujar Puan Yasmin. Terus diajak anak menantu dan juga cucunya masuk ke dalam dewan.

 
         "Yo bro!" terus sahaja mata Ammar meliar mencari seseorang. Seketika kemudian terbit senyuman manis di bibirnya.

            "Assalamualaikum" ujar Ammar sebaik sahaja Amier mendekatinya.

             "Amboi engkau" terus ditumbuk pelahan lahan bahu adik lelakinya itu. Tergelak besar Ammar kerana dapat mengenakan abangnya.

             "Gelak besar nampak" ujar Amier. Ammar tersenyum. Ain yang berada di atas dukungan Amier menjadi perhatiannya. Dicubit pipi Ain yang tembam itu.

         "Orang tengah kahwin mestilah bahagia terlebih" ujar Nasuha yang sedang memimpin Amierul.

         "Eh kenapa pengatin perempuan diam semacam je??" usik Nasuha. Dipandang Rauhah yang berada di sebelah Ammar.

          "Mana ada lah" unar Rauhah. Pipinya yang berona merah lagi bertambah merah. Mau tak malu dari tadi lagi si suaminya memegang pinggangnya. Tak dilepaskan langsung.

          "Eh cheh buat malu pulak" balas Amier. Terus tergelak mereka bertiga apabila terpandang wajah cemberut Rauhah.

          "Selamat pengatin baru wahai sisturr ku" ujar Nasuha lalu memeluk tubuh Rauhah.

           "Aku mintak maaf Nas atas semua yang aku buat dekat kau" ujar Rauhah. Nasuha tersenyum kecil.

           "Aip...tak mahu dah cakap pasal benda yang dah lepas. Sekarang kita mulakan hidup yang baru. Mulakan kisah yang baru..." ujar Nasuha lembut.

         "Nas! Rauhah!" terus dua wanita itu beralih memandang suara yang rasa rasanya mereka kenal...

         "Aleya!!" terus Rauhah memeluk tubuh sahabatnya yang bergitu dirindui. Ye lah kawan baru balik dari luar negara.  7 bulan pulak tu menetap dekat sana. Sapa tak rindu.

          "Eh Leya!" terus tubuh Aleya dipeluk mereka berdua.

        "Oitt..dah dah lemas aku nanti. Naya si Fareed jadi duda.." ujar Aleya. Terus tersembur gelak mereka bertiga.

          "Mana suami kau??" soal Rauhah. Terus Aleya memuncungkan mulutnya ke arah 3 orang lelaki yang sedang bergelak sakan.

          "Sampai sampai sini terus berpisah dengan aku nak jumpak Amier dengan Ammar" ujar Aleya. Dibetulkan dukungan Anisya di ribanya.

         "Eh eh comelnya" terus Rauhah mencuit cuit pipi Anisya yang tembam dan kemerah merahan itu.

         "Mestilah comel tengoklah siapa maknya" ujar Aleya. Terus Rauhah mencebik. Nasuha hanya tergelak kecil. Kelakar dengan mimik muka Rauhah.

🌹🌹🌹

      
       "Jom ambik gambar!" laung Nazril.

       "Jom!!" ujar Ammar. Rauhah hanya mendiamkan diri. Entah kenapa dia pula yang terasa malu sekarang nih. Dulu dia yang selalu mengusik Ammar. Tapi sekrang terbalik pula.

     Secara tiba tiba dirinya terasa ringan. Hampir pengsan dia bila dirinya tiba tiba sahaja didukung oleh Ammar.

        "Awak!!!!" Tergelak masing masing dengan gelagat tak matang Ammar itu. Haih....

        Nasuha tersenyum kecil. Dipandang pasangat bahagia itu. Secara tiba tiba bahunya dipeluk seseorang. Senyuman manis terus dihadiahkan ke arah suaminya itu.

        "Alhamdulillah...selesai juga majlis hari nih" ujar Amier. Nasuha tersenyum.

         "Walaupun kisah kita tak sehebat kisah Muhammad dan Khadijah...walaupun kisah kita juga tak sehebat kisah Romeo dan Juliet. Tapi abang bersyukur. Sebab mempunyai seseorang yang menjadi sahbat, yang menjadi isteri, yang menjadi ibu untuk abang" ujar Amier.

         "Maaf sebab Nas tidak sempurna" ujar Nasuha.

          "Abang pun tak sempurna. Dan sama samalah kita sempurnakan kisah kita ini" ujar Amier.

           "Mama!!"

           "Papa!!"

           "Dengan kehadiran permata dalam hidup kita...." ujar Amier pelahan. Nasuha menganggukkan kepalanya pelahan. Dilambai ke arah anak anaknya itu.





       Semoga senyuman manis ini kekal sampai bila bila.....

         

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now