And I'll hold your hand untill we reach the gates of jannah..._____________________________________________
• • •
ALLAHHUAKBAR...ALLAHHUAKBAR...
Nasuha membetulkan jubah yang berwarna biru tua yang tersarung di badannya. Dia memandang susuk tubuh dirinya cermin di hadapannya. Berasa berpuas hati, gadis itu mengorak langkahnya keluar dari biliknyam
"Hmmm, okey lah ni. Umi" Dia mengumam pelahan, segera kakinya dilangkah menuruni tangga dan mula mencari kelibat uminya.
"Ya kenapa Nas?" soal Puan Yasmin. Wanita itu muncul dengan dulang besar di tangan yang terletak beberapa balang kuih raya. Dibawa dulang itu ke meja kecil di ruang tamu lalu disusun di sana pula.
"Zira mana?" soal Nasuha yang masih mencari kelibat adiknya.
"Ada je kat depan tu. Dia tengah bermain dengan abang" balas Puan Yasmin.Nasuha terus berlalu menuju ke luar rumah. Kelihatan Nazril menggosok kepala Nazira dengan kasar.
"Abang Ril. Nanti adik beritahu umi!" Nazira menepis tangan Nazril. Jejaka itu hanya tertawa kecil dengan wajah cemberut Nazira. Semakin adik kecilnya itu cemberut, semakin dia suka lagi mengusik.
Nazira mula memutarkan bola matanya, menyedari kakaknya berada di muka pintu terus dia melangkah menuju ke arah Nasuha. Hanya Nasuha bail dengannya, tak macam alongnya yang hanya tahu menyakat dia.
"Akak Nas. Tengok abang Ril ni buli adik. Adik dah lah nak ambil peperiksaan pula nanti. Ish! nanti hanis keluar semua ilmu" rungut Nazira.
Dilangkah kaki terus menuju ke Nasuha dan bersembunyi di belakang kakaknya itu. Tudung Nasuha yang labuh di belakang sehingga lutut terus ditarik menutupi kepalanya. Hanya kelihatan wajahnya. Mata Nazira tajam merenung wajah abangnya.
"Huish, seramlah abang bila adik tenung macam tu" sakat Nazril lagi dan terus ketawa kecil. Nasuha turut tertawa kecil, gelagat dua beradik itu menghiburkan hatinya.
"Akak tengok abang ni" Nazira sudah muncung sedepa.
"Alololololo...adik akak ni merajuk pula ye. Nanti kita ambil Comot tau. Abang kan takut kucing. Nanti kita kenakan dia balik tau" balas Nasuha yang sudah tunduk memandang adik kesayangannya. Dia tersenyum kecil, memujuk rajuk Nazira, adik kecil ini kalau sudah merajuk, alamatnya seminggu bermasam muka di rumah ini.
Senyuma lebar terbit di bibir Nazira, gadis kecil pantas menganggukkan kepalanya. Ibu jari diangkat lalu ditunjukkan kepada Nasuha.
Nasuha tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit di pipinya itu.
"Ha along tunggu apa lagi?? Cepat bersiap, nak pergi masjid pula ni. Cepat!" Nasuha terus menolak belakang badan Nazril menyuruhnya bersiap.
"Abang cepatlah, dah pukul berapa dah ni. Hish, bersiap mengalahkan Nas lah pula" Nasuha sudah mula membebel, dirinya itu siap menunggu di luar sambil berselipar. Kerana pada awal pagi seperti ini di pagi raya, mereka sekeluarga akan ke masjid untuk solat raya bersama.
"Dah jom" tidak perlu menunggu lama untuk Nazril bersiap, kerana jejaka bujang tua itu hanya menyarung baju melayunya. Mereka terus menuju ke masjid dengan menaiki kereta milik Nazril.
• • •
"Mana la pula abang ni. Lamanya nak keluar masjid je pun" Nazira terhendap hendap mencari kelibat Nazril dalam masjid. Sesudah selesai solat raya, mereka bertiga perlu pula menunggu ai jejaka teruna terlajak tua itu.
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...