BAB 45

1.6K 60 7
                                    


"Wei, aku nervous gila nih" Izian terus bangun. Dia berjalan dan berpatah balik. Nadia hanya memerhati Izian yang mundar mandir di hadapannya

"Alah rilek lah, turun bawah sarung cincin habis arh" balas Nadia.

"Kau ni jangan sampai tombol pintu ni melekat kat muka kau" balas Izian. Nadia tersengih.

"Ilah, meh turun. Diorang dah sampai dah tu tengah tunggu dekat bawah dah" Izian dan Nadis terus beralih memandang Fiqha, kakak sepupu Izian. Izian menganggukan kepalanya.

"Rilek. Kau tarik nafas pastu hembus" balas Nadia. Izian terus menuju ke hadapan cermin. Dia memandang dirinya yang hanya mengenakan baju kurung moden warna biru langit. Dipadankan dengan tudung selendang warna putih suci.

"Okey dah lah. Dah jom turun bawah cepat" Izian terus keluar dsri bilik bersama Nadia. Mereka terus turun dari bawah.

"Uish, cantiknya puteri kita nih" sakat Pak Lang Ari, bapa saudara Izian. Izian tersengih dan terus duduk di atas kusyen yang disediakan khas untuknya.

"Malangnya putera tak ada sekali" sakat lagi seorang. Izian hanya diam. Seusai semuanya, Puan Yasmin terus menghampiri Izian. Dia terus duduk di hadapan bakal menantunya.

Izian menghadiakan senyuman semanis mungkin. Puan Yasmin tersenyum.

"Wei apa lagi, hulurlah tangan" bisik Nadia. Izian terus menghulurkan tanganya dan Puan Yasmin terus menyarungkan cincin di jari manis Izian. Dia terus memeluk Izian.

"Umi harap Ilah dapat jaga makan pakai Naz sebaik mungkin dan dapat layan segala karenah Naz" bisik Puan Yasmin.

"Insyaallah Umi. Ilah akan jadi isteri yang yang terbaik buat Nazril" bisik Izian. 'Why aku rasa macam tgh kahwin sekarang nih sedangkan baru ja bertunang??' bisik Izian. Puan Yasmin terus melepaskan pelukkan.

"Umi, Abang Naz dah sampai" beritahu Nasuha. Puan Yasmin menganggukan kepalanya.

Nazril terus keluar dari keretanya. Dia terus mencapai songkok yang berada di dalam kereta lalu disarung ke kepalanya. Lengan baju terus dibetulkan. 'Ni semua umi punya pasal. Malasnya nak datang' bisiknya lalu membetulkan baju kurta warna biru langit itu. Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah dengan salam.

Matanya terus terpandang Izian yang tersenyum di atas sofa warna putih yang dihias cantik. Izian mempemerkan senyuman yang manis apabila diminta bergambar.

"Hoi, jangan pandang lama lama sangat" bisik Yassin. Nazril terus tersedar. Dia terus menyentuk tengkuknya menghilangkan rasa malu.

"Mmamaa...mana ada...aakk... aku tengok dia pun" balas Nazril. Yassin mencebik sambil menyiku lengan Nazril.

"Dah, jom tangkap gambar dengan tunang kau tu" ajak Yassin.

"Kalau tak nak boleh tak?" soal Nazril.

"Arh...takde takde. Jom" Yassin terus menarik lengan Nazril dan terus menyuruh Nazril duduk di sebelah Izian. Nazril terus duduk di sebelah Izian. Izian menjarakkan sedikit dirinya dari Nazril.

"Bila sampai? Kata tak nak datang?" bisik Izian.

"Terpaksa, lagipun malas nak datang. Dah umi paksa nak bust macam mana. Anyway, catik pulak kau hari nih" bisik Nazril.

"Well, tengok sapa nih" balas Izian sambil tersenyum lebar. Nazril mencebik.

"Kau pun sama. Kacak jugak" balas Izian.

"Tengoklah tunang sapa" balas Nazril. Senyuman Izian terus mati. Dia menjeling ke arah Nazril sambil mencebik. Yassin tersenyum dan terus menangkap beberapa gambar mereka.

"Okeyh cun" balas Yassin. Izian dan Nazril terus beralih memandang Yassin sambil mengepal penumbuk.

      "Wei, kau nak masuk kerja bila?" soal Nazril. Dia menyandarkan dirinya ke keretanya.

       "Entahlah, tak tahu lagi bila aku masuk kerja" balas Izian. Nazril menganggukan kepalanya.

     "Youu!!!" Nazril dan Izian terus beralih ke empunya suara.

     "Yes me?" soal Nazril dengan wajah selambanya. Nasib semua dah balik dan hanya tinggal mereka berdua sahaja di luar rumah.

     "Kenapa you buat I macam ni?" soal Farisya.

     "Buat apa dekat you?" soal Nazril.

      "Ni semua mesti sebab perempuan nih kan. Dasar perempuan murah" tanpa sempat mengelak pipi Izian terus menjadi mangsa tamparan Farisya.

     "You ni dah melampau!!" Nazril meninggikan suaranya tapi masih dikawal agar keluarga Izian tak dengar.

      "Sabar wei. Aku okey" balas Izian sambil memegang pipinya yang kelihatan merah. Dia memebetulkan baju t-shirt labuh yang dipakainya. Nasib dah tukar baju.

     "Excuese me..cik Farisya Alexendra. Buat pengetahuan you lah kan, Nazril ni tak cintakan you dan tak sukakan you. Please lah sedar diri tu sikit" balas Izian. Dia menolak bahu Farisya dengan jari terlunjuknya.

     "Ha, I tak murah tapi you tu yang murah. Biasalah wanita zaman sekarang. Nak popular hanya tayang body jer kan" tambah Izian sambil tersenyum senget. Dia terus menolak bahu Farisya sehinggalah perempuan itu terjatuh.

      "Ops, I so so so sorry. You terjatuh. Meh I tolong" balas Izian dan terus menghulurkan tangannya. Belum sempat Farisya menyambut huluran Izian, Izian kembali menarik tangannya.

      "I lupa, you mahal kan so I tak boleh sentuh you" balas Izian.

     "Korang berdua tengoklah nanti. I akan hancurkan korang berdua" balas Farisya. Dia memandang tajamke arah Nazril dan Izian. Dia terus berlalu pergi.

     "Wow!!..amazing lah kau nih" balas Nazril dan terus menepuk tangannya.

     "Tengoklah sapa" Izian mendabik dadanya dengan riak dibuat bangga.

     "Dah lah, aku 'on call' sekarang nih. Aku pergi dulu" Nazril terus masuk ke dalam kereta dan injin kereta terus dihidupkan.

     Izian tersenyum sambil melambaikan tangannya ke arah Nazril sehinggalah kereta itu lenyap dari pandangannya.

    Pelahan lahan senyuman terukir di bibirnya. Senyuman yang penih makna sebelum hilang kembali. Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah.

  Heyyioooww, assalamualaikum. Semua !!!! Sorry sbb lama da x aktif author sibuk dgn exam. Dan dgn dukacitanya author nk maklumkam yg novel ini terpaksa di stopkan sekejap disebabkan exam. Minggu dpn baru author mula menulis semula. I am so so so sorryyyy......

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now