"Amacam dah ready?" soal Nadia. Izian terus berdiri. Dia memandang ke arah Nadia. Rasa gemuruh sudah mula dirasainya."Takut lah" ujar Izian. Uish, first time dia rasa gugup semacam nih. Dia terus menerus memebelek dirinya di hadapan cermin. Rasa macam tak percaya jer ni diri dia.
"Ilah dah ready? Kejap lagi akad nikah" balas Datin Zira. Dia menjenguk memandang Izian. Senyuman manis dilemparkan kepada anak perempuannya.
"Ilah takutlah" jawab Izian. Datin Zira tersenyum lantas memeluk Izian.
"Biasalah pengatin rasa gugup bila nak kahwin. Jangan risaulah. Semua okey. Tu yang nak lagi teruk gugup dia dekat bawah tu" ujar Datin Zira.
"Lepasni Ilah bukan lagi atas jagaan kami. Tak sangka dah besar dah anak mama nih. Lepas nih dengar cakap suami tau. Tak elok kalau isteri tinggikan suara dekat suami. Dengar sini pesan mama, walau apa pun arahan suami Ilah kena patuh. Tak boleh ingkar" pesan Datin Zira. Dia memandang anak mata Izian sambil tersenyum.
"Eh, jom turun. Majlis dah nak mula dah" ujar Datin Zira. Majlis akad nikah akan diadakan sekali dengan majlis persandingan di hotel mereka.
"Sedia Naz?" soal Datuk Zainal. Nazril pelahan lahan menganggukkan kepalanya. Terus dia mengenggam tangan Datuk Zainal. Seketika itu sempat dia mengerling ke arah Izian yang bersimpuh di atas pelamin tak jauh darinya."Muhammad Arill Nazril Harris bin Ahmad Lee, aku nikahkan kau dengan anak perempuan aku Nur Iziana Nabilah binti Zainal dengan mas kahwin bernilai 300 ringgit, berwalikan bapanya"
"Aku terima nikahnya, Nur Iziana Nabilah binti Zainal dengan mas kahwin bernilai 300 ringgit" dengan sekali lafaz akhirnya Nazril bergelar suami buat Izian.
"Sah"
"Sah"
"Alhamdulillah" ucap Datuk Zainal dan yang lain turut menadahkan tangan. Nazril mula membacakan doa dengan kusyuknya. Selesai membaca doa, dia terus menuju ke arah Izian.
Pelahan lahan sebelah tangannya diletakkan di ubun ubun Izian dan sebelah tangannya diangkat untuk membaca doa. Doa semoga rumah tangga mereka kekal dan doa supaya Izian menjadi isteri yang solehah.
Beberapa lensa kamera mula menangkap gambar beberapa babak mereka. Izian terus menyarungkan cincin di jari Nazril dan terus mencium tangan lelaki itu. Nazril turut menyarungkan cincin di jari manis Izian. Pelahan lahan dia mencium ubun ubun Izian dengan lama.
"Farisya mana? Tak nampak pun?" soal Izian pada Nazril. Lelaki itu hanya mengakat bahu. Izian terus mencebik."Nak panggil apa lepas nih?" soal Izian pada Nazril.
"Hurmmm...kau panggil aku abang. Aku panggil kau Ana? Deal??" soal Nazril.
"Okey, not bad lah" jawab Izian. Mereka terus turun dari pelamin untuk beramah mesra dengan tetamu.
"Along!" terus Nazril beralih ke arah suara yang memanggilnya.
"Ya Allah! Nasuha!" pantas Nasuha mencium tangan Nazril. Nazril tersenyum. Sempat lagi dia menggosok kepada adik kesayangannya itu. Nasuha meraih pula tangan kakak iparnya lalu diciumnya. Dia terus memeluk Izian.
"Amier mana??" soal Nazril apabila menyedari kelibat adik iparnya tak kelihatan.
"Ouh Amier ada kerja. Dia kata tak dapat datang. Dia suruh kirim salam dan ucap tahniah untuk along" ujar Nasuha dan mengawal riak wajahnya.
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...