BAB 41

1.6K 73 4
                                    


      Nasuha terus duduk di atas meja batu yang berada berdekatan dengan pohon yang sedikit rendah dan lebat dengan daun. Dia terus memakai earphone lalu mendengar lagu terbaru dari Nissa Sabyan. Mata dipejamkan lalu menghayati lagu tersebut.

     Pelahan lahan air matanya mengalir. Dia terus menangis.

      "Ya Allah, ya Rabb. Sunggu aku bukan hamba yang kuat. Kau berikan lah kekuatan kepada ku ni, seorang hamba yang hina" ucap Nasuha pelahan. Dia terus mengelap air matanya apabila telefonnya berbunyi tanda ada yang menelefonnya.

        "Hello, assalamualaikum. Ye?" soal Nasuha sambil membetulkan suara yang serak serak sedikit.

        "Awak free tak hari ni?" soal Amier. Dia tersenyum mendengar suara isterinya. Terubatlah sedikit kerinduannya.

        "Ye, saya free hari nih. Kenapa eh?" soal Nasuha. Dia terus mendukung comot yang menghampirinya. Diletakkan comot di pahanya lalu diusap sehinggalah kucing bertompok hitam itu terlena.

       "Kalau macam tu, saya jemput awak yea" beritahu Amier.

       "Pergi mana?" soal Nasuha. Dahinya berkerut mendengar apa yang dicakap suaminya.

       "Adalah, just ikut saja saya esok" balas Amier.

       "Okey, bye assalamualaikum" Nasuha terus menamatkan panggilannya selepas Amier menjawab salamnya.

      "Pergi mana eh?" soal Nasuha sendirian. Dia terus bangun dan menuju ke dapur untuk membantu ibunya.

        "Dah jom, nanti kita lambat" balas Amier. Nasuha terus menyalam Puan Yasmin dan terus masuk ke dalam kereta Amier.

        "Bye ibu, kami pergi dulu. Assalamualaikum" Puan Yasmin melambaikan tangannya sehingga kereta Amier hilang dari pandangannya.

     "Cer beritahu kita nak pergi mana ni?" soal Nasuha. Dia memandang ke arah Amier yang sedang memandu.

      "Lek, lek, lek. Saya beritahu. Kita nak pergi rumah ibu saya. Diorang ajak awak" beritahu Amier.

       "What?!"

      "Nas, saya dekat sebelah awak jer bukan belakang ni" balas Amier. Nasuha terus mencubit paha Amier. Amier mengaduh kesakitan.

      "Ha, rasakan. Kenapa tak beritahu awal awal. Okey tak tudung saya?" soal Nasuha. Dia membetulkan purdahnya. Amier tersenyum.

       "Sayang, awak pakai purdah tak pernah tak jadi. Cantik dah pon Nasuha ni" balas Amier sambil mencuit hidung. Maklumlah Nasuha membuka purdahnya untuk membetulkan tudungnya.

      "Sakitlah" balas Nasuha sambil mengosok hidungnya. Dia kembali memakai purdahnya.

       "Padan muka" balas Amier pelahan. Dia tersenyum dan kembali fokus pada pemanduannya. Nasuha mencebik.

     
       "Dah jom" Nasuha memandang Amier.

       "Dah sampai ke?" soal Nasuha.

       "Tak belum lagi sayang. Kita masih lagi dekat jalan raya nih" jawab Amier sambil menayangkan senyuman menyindir. Bibir Nasuha terus menayangkan senyuman jengkel.

       "Assalamualaikum, ma pa. Amier dah balik" Nasuha terus memegang hujung baju Amier. Amier terus beralih memandang Nasuha yang berada di belakangnya.

         "Awak saya takut lah" bisik Nasuha.

        "Alololololo....dia takut eh. Meh sini. Don't worry lah. Mak ayah saya tak makan orang lah" bisik Amier. Dia mengenggam tangan Nasuha sambil tersenyum.

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now