BAB 19

1.8K 84 0
                                    

And I'll hold your hand untill we reach the gates of jannah...

_____________________________________________

•            •            •

     NASUHA pantas menutup telefonnya yang berbunyi. Sebelum turun dari katil dia sempat mengucapkan rasa syukur terhadap illahi kerana diberikan peluang untuk hidup di bumi ini. langkah diatur menuju ke bilik airnya.

    Usai keluar dari bilik air, segera dicapai telekung yang terlipat elok di kerusinya. Sejadah dihamparkan, lalu gafis itu mulai menunaikan solat tahajudnya.

     Salam diberi, tanda dia sudah selesai menunaikan solat tahajud. Senyuman kecil terukir di bibir mungilnya itu. Hatinya tenang, perasaan di dadanya terasa lapang sekali.

     Nasuha meraupkan wajahnya. Dia menghela nafasnya. Bibirnya lancar berzikir kepada penciptaNya.

     "Lagi 4 minggu yang tinggal untuk sem akhir ni" Nasuha bersuara pelahan. Dia menadahkan tangan untuk membaca doa.

      Ditanggalkan kain telekung dan melipatnya kembali lalu diletakkan di kerusinya.

   Rambutnya yang masih basah segera dikeringkan, jam di telefon dipandang sekilas sebelum Nasuha segera mencapai tudung lalu disarungkan ke kepalanya.

     Segera Nasuha turun ke bawah bagi memasak, dia tidak ingin mengejutkan jejaka itu lagi, lagi senang jika dia memasak sendirian.

    Senyuman kecil terukir di bibir sebaik sahaja dia selesai memasak, Nasuha mengerling sekali lagi jam di telefonya sebelum membuka langkah meninggalkan dapur.

   Langkah diatur menuju ke bilik Amier yang bersebelahan dengan biliknya sahaja itu, pintu bilik diketuk.

      "Awak, bangun sahur" Nasuha bersuara. Tiada sahutan, keluhan kecil dilepaskan.

     Baru ingin mengetuk sekali lagi, pintu terbuka. Wajah Amier terjegul di hadapan pintu. Terkebil kebil mata bulat Nasuha.
 
      "Baru bangun ke??" Nasuha menyoal. Amier menggeleng.

       "Lama dah bangun, awak?" Amier melangkah keluar dari biliknya. Nasuha beralih menatap wajahnya.

       "Lama dah bangun, saya turun masak" Nasuha membalas.

        "Lah, kenapa tak panggil saya. Boleh saya tolong apa apa yang patut" Amier membalas, wajahnya kelihatan cemberut. Ketawa kecil Nasuha terlepas.

        "Takpa, hari lain ye nak tolong saya" Nasuha membalas.

       "Awak masak apa?" soal Amier sewaktu menuruni tangga. Nasuha beralih memandangnya.

       "Sambal udang dan masak lemak cili api" balas Nasuha.

       "Wah, jom tak sabar nak makan ni" Amier terus menuruni tangga dan tanpa sedar dia menarik lengan isterinya.

   Gadis itu tersentak tapi dia diamkan sahaja. Tidak langsung menarik kembali lengannya semula.

     Amier segera melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Nasuha mengambil tempat di hadapan Amier. Bibirnya pelahan lahan mengukirkan senyuman.

Mereka diam menjamah makanan sendiri. Tiada topik yang mahu diborakkan.

•                •                •

     "Awak, saya tak balik rumah tau sebab saya ada kelas lepas maghrib tu. Awak boleh tak makan dekat luar??" wajah Amier yang baru ingin masuk ke dalam kereta dipandang.
 
      "Ye ke, okey" Amier membalas. Senyuman terbit di bibirnya.
    
       "Saya pergi dulu yea" Amier membalas. Seketika tubuhnya berhenti, kepalanya berpaling memandang Nasuha di muka pintu.

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now