BAB 4

2.6K 105 2
                                    

And I'll hold your hand untill we reach the gates of jannah...

_____________________________________________

•            •            •

    "Yeah, takde class. I am free" Nasuha bernyanyi sendirian dan terus menuju ke bilik air di dalam biliknya. Dia terus mengeringkan rambutnya yang panjang paras pinggang. Rambut yang sedikit koko ikal mayang diwarisi dari ayahnya.

   "Far tak bangun lagi. Takpalah. Aku dah mandi, solat and sekarang siapkan sarapan" Nasuha terus menuju ke dapur untuk menyiapkan sarapan.

     "Eh, kejap?. Dia dah solat ke belum?" soalnya sendirian. Nasuha terus menuju ke bilik Farhana dan terus mengetuk pintu bilik rakannya.

     "Ada apa?" soal Farhana dengan rambutnya yang serabut. Nasuha menahan gelak. 'Aih, tak baik gelak dekat orang' tegur hatinya. Dia berehem beberapa kali.

     "Kau solat ke belum lagi?" soal Nasuha.

     "Aku 'cuti' lagilah" balas Farhana dalam keadaaan mamai.

     "Sekarang pukul enam. Aku dah siapkan sarapan. Nanti kau turun" balas Nasuha sambil tersenyum. Dia terus berlalu untuk memberi makan kepada kucing belaaannya.

•            •            •

   "Hye Comot" Nasuha terus mengeluarkan kucing kesayangannya. Comot terus mencium hidung mancung milik tuannya.

      "Jom kita masuk rumah. Hmmm...kau ni aku tengok makin gemok. Makan apa?" Nasuha tersenyum. Comot cuba duduk dan sebelah tangannya diletakkan di perut.

      "Mot, ni nah tengok upin ipin. Saya  nak gi tanam benih yang baru beli ni" Nasuha terus berlalu ke belakang rumah selepas menyarungkan tudung. Dia terus mengambil peralatan menanam.

     'Dulu ada sorang juga yang jaga taman ni. Lelaki. Tapi tulah, lepas nampak girlfriend dia curang terus dia tak jaga taman ni....'

  Kata kata Mak cik Sobah kembali terngiang ngiang di telinganya. Dia tersenyum puas memandang taman yang dihasilkan olehnya sendiri.

      "Tak rugi Far tolak pemberian ayah dia ni. Bagus jugak dapat taman yang luas ni. Far bukan mahu datang tolong aku ni" Nasuha memandang laman yang luas di belakang rumah Farhana. Rumah banglo yang diduduki mereka kepunyaan ibu bapa Farhana. Mereka serahkan rumah tersebut kerana telah mengambil keputusan untuk terus menetap di korea.

    "Miawww~" Nasuha terus memandang ke arah kakinya. Dia pantas mendukung Comot.

  Rumah banglo dua tingkat yang mempunyai taman yang luas. Maklumlah ibu Farhana dulu gemar menanam pokok. Mempunyai kolam renang dan 4 buah bilik. Bilik tersebut dilengkapi bersama bilik air. Di hadapan juga terdapat laman yang luas dan tempat parking kereta.

•            •            •

    "Petang ni nak masak apa eh?" Nasuha menggosok dagunya dan dibiar Comot bermain dengan air di kolam renang. Dilihat jam di pergelangan tangannya.

    "Pukul 12 dah ni. Farhana keluar date lagi. Bosanlah kalau macam ni" Nasuha mendapat idea. Dia terus menyarung baju t-shirt muslimah bewarna unggu dan seluar longgar warna hitam dipadankan dengan purdah serta tudung yang sama warna. Dia pantas mengurung Comot kembali dan terus mencapai kunci kereta.

    Kereta kancil hitam dirobos masuk. Segera enjin dihidupkan lalu pedal minyak ditekan. Gadis itu mula memandu keretanya menuju ke sebuah pasaraya yang berdekatan.

•            •            •
  

   "Hmmm...nak masak apa eh. Ha aku tahu" Nasuha tersenyum sambil menolak troli memasuki tempat yang menjual barang basah.

    "Eh?" Nasuha berpaling memandang ke arah pemilik suara. Asal macam fimiliar je suara ni? soalnya di dalam hati.

     "Awak buat apa dekat sini?" soal Amier sambil menolak troli. Dia tersenyum. Hanya memakai baju t-shirt biasa.

     "Beli rumah" jawab Nasuha selamba. Amier terdiam. Bibirnya kembali mengukir senyuman.

     "Oh ya. Assalamualaikum. Ibu saya dah panggil. Bye. Jumpa nanti" Amier terus berlalu pergi ke arah Puan Sri Rina.

   "Tumpang tanya, dekat mana ada jual biji benih pokok?" soal Nasuha kepada salah seorang pekerja perempuan di situ.

    "Eh, awak melayu ker?" soal pekerja itu. Nasuha menggangguk. Pekerja itu terus menunjukkan tempat di mana biji benih dijual.

    "Siapa tu Mier?" soal Puan Sri Rina. Amier tersengih.

    "Kelas sekali. Saja tegur" balas Amier.

    "Oh ya, ma. Petang ni Mier balik semula dekat apartment. Mier duduk sekejap je dekat rumah Ma tu. Kawan dekat apartment tu kesian sorang sorang" beritahu Amier sambil memandang ibunya meminta persetujuan.

     "Yelah yelah" balas Puan Sri Rina. Amier tersenyum. Perempuan yang lalu lalang kebanyakannya memandang Amier maklumlah jejaka itu mempunyai raut wajah yang lumayan.

     "Eh abang, ma, buat apa dekat sini?" soal Amira sambil menghampiri abangnya dan ibunya. Kawan di sebelahnya turut menyalam Puan Sri Rina.

    "Berlakon" balas Amier dengan selamba. Amira terus mencubit tangan abangnya yang sedang memegang troli. Muka Amier terus mengerut menahan sakit.

    "Sya buat apa dekat sini?" soal Puan Sri Rina.

   "Sya..."

   "Apa lagi kalau bukan shopping jer kerja dia" potong Amier. Amira tersengih seperti kerang busuk.

   "Oh ya ni kawan Sya, Iryana. Ir, ini ibu dan abang aku Rayyan Amier" beritahu Amisya.

    "Hye" balas Iryana sambil tersenyum. Bohonglah dia tak terpikat dengan Amier.

    "Sya dengan Iryana pergi dulu eh. Bye" Amira dan Iryana terus berlalu pergi. Amier hanya memerhati adiknya yang bertudung berlalu pergi bersama gadis yang berambut perang.

   " Dah jom pergi. Semua dah beli. Jom balik" dua beranak itu terus berlalu pergi.

   

   

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now