BAB 18

1.9K 87 1
                                    


And I'll hold your hand untill we reach the gates of jannah...

_____________________________________________

•            •            •

    LANGKAH diatur pelahan menuju ke bilik sebelahnya, Nasuha menarik nafas. Pintu bilik diketuk.

      "Amier, bangun sahur" Nasuha bersuara. Sunyi, tiada sahutan dari Amier. Jejaka itu masih tidur lagi ke?? Hati Nasuha tertanya tanya.

   Diketuk pintu bilik buat kali ke dua, masih sunyi. Nasuha menarik lagi nafasnya. Tombol pintu dipulan, bilik yang gelap gelita itu dilangkah masuk. Dalam kegelapan Nasuha membuka langkahnya menuju ke arah suaminya yang masih lagi tidur.

    "Awak bangun. Sahur" Nasuha menepuk pelahan bahu Amier.

    Amier mengeliatkan tubuhnya. Dalam mamainya segera dia bangun, wajah Nasuha dalam kegelapan dioandnag.

    "Kenapa?" soal Amier yang masih dalam mamai. Nasuha mengerutkan dahinya.

    "Sahur. Hari ni kan first puasa" balas Nasuha.

    "Ye ke??" Amier menyoal lagi. Dia masih lagi separuh sedar dan separuh tidak sedar. Mungkin terlalu lewat tidur semalam membuatkan dia masih lagi mengantuk.

      "Ish, Amier. Sekarang sahur, hari ni hari first kita puasa, sayang" pipinya dipegang secara tiba oleh Nasuha.

    Terus segar bugar mata itu, pandangan matanya bertembung dengan anak mata isterinya itu.

       "Dah, pergi gosok gigi lepastu turun sahur" rambut Amier diusap sebelum ketawa halus Nasuha kedengaran. Gadis itu segera melangkah keluar dari bilik suaminya.

    Seketika Amier terkebil kebil, pipinya disentuh. Tangan hangat Nasuhaasih terasa di pipinya. Wajah diraup kasar, telinga merah menahan malu. Segera langkah dibuka menuju ke bilik air lalu segera dia menggosok giginya.

   Usai menggosok gigi, dibasuh pula wajahnya bagi menghilangkan rasa ngantuknya itu.

    Penghawa dingin di dalam bilik ditutup sebelum Amier keluar dari biliknya. Langkah diatur menuju ke dapur.
  
    "Ha, turun pun. Ingat tak turun"  Nasuha bersuara. Gadia itu kepihatannya sudah siap menghidangkan segalanya di meja.

    Amier tersengih. Segera dia menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya di hadapan isterinya.

    "Awak bangun pukul berapa?" soal Amier sambil menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya.

    "Tiga pagi" pendek Nasuha menjawab. Amier menganggukkan kepalanya. Suasana kembali menjadi senyap kerana tiada lagi topik yang mahu diborakkan bersama.   

    Usai makan, Amier segera menawarkan dirinya untuk membasuh pinggan. Disuruh Nasuha ke ruang tamu, tubuh isterinya ditolak keluar dari dapur.

     "Lagi 5 minit nak masuk subuh. Hmmm..." Nasuha terus duduk di atas sofa. Dicapai telefonnya yang berada di atas meja sejak tadi.

       "Hari ini ada kelas ke??" Amier menyoal. Jejaka itu melabuhkan duduk di sisi Nasuha.

        "Tak ada, hari ni cuti. Awak??" Nasuha pula menyoal. Jejaka itu menggelengkan kepalanya tanda dia juga tidak ada kelas pada hari ini.

         "Kita keluar buka puasa dekat luar ke macam mana kejap lagi??" Amier menyoal.

         "Ish awak ni, azan subuh pun tak masuk lagi dah nak buka puasa" bahu Amier ditampar lembut. Jejaka itu tersengih kecil.

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now