"Abang malam nih jom keluar tengok wayang nak tak?" soal Nasuha. Dia memandang Amier yang baru pulang."Sorry Nas. Abang malam ni ada hal. Tak boleh. Kita tengok wayang hujung minggu nih nak tak?" balas Amier lembut. Takut menguris hati isterinya itu.
"Okey jer. Malam nih abang balik pukul berapa?" soal Nasuha sambil tersenyum. Dia tahu suaminya itu takut di dia terasa hati. Dia okey je lah.
"Not sure lagi" balas Amier.
"Okeylah, dah abang pergi naik atas sembahyang pastu kita makan sesama" balas Nasuha. Amier terus menuju ke biliknya tanpa berkata apa apa. Nasuha memandang suaminya sehinggalah kelibat itu hilang dari pandangannya. Dia terus menuju ke dapur untuk menghidangkan makanan.
"Sampai pun abang. Lama dah Qal tunggu abang" balas Qalisya. Dia melemparkan senyuman manis buat lelaki itu. Amier terus duduk.
"Ada apa nak jumpak abang hari nih?" soal Amier. Matanya langsung tidak memandang mata anak gadis itu.
"Jomlah kita makan dulu" pelawa Qalisya. Dia tersenyum lebar apabila Amier sanggup datang.
"Tak apalah Qal. Abang dah kenyang makan dengan kawan tadi" bidas Amier. Dia malas nak berjumpa dengan Qalisya. Tapi mengenangkan permintaan gadis itu dia terpaksa turutkan.
"Nah" balas Qalisya lalu menghulurkan sebuah kotak. Pantas anak mata hazel itu memandang wajah gadis itu sambil mengerutkan wajah.
"Ingat tak lagi, nih kotak yang kita tanam dekat pokok besar sesama dulu. Segala impian, cita cita dan diari kita ada dalam nih" balas Qalisya lembut. Matanya jatuh pada kotak itu. Dia tersenyum.
"Kenapa bagi dekat abang?" soal Amier. Dia memandang kotak itu. Dulu kotak ni menyimpan kenangan manis yang penting baginya tapi sekarang ia kosong. Langsung tak penting baginya.
"Qal dah ambik yang Qal punya. So, Qal bagi semula segala yang abang punya" balas Qalisya. Amier menganggukan kepalanya.
"Ouh" balas Amier pendek.
"Apapun, Qal doakan semoga abang bahagia dengan isteri tercinta abang" ujar Qalisya. Sekali lagi anak mata hazel itu menikam wajahnya. Tajam.
"Macam mana Qal tahu?" soal Amier. Soalan lelaki itu membuatkan Qalisya tersenyum lebar. 'Aih, lelaki nih masih lagi macam dulu' bisik Qalisya.
"Apalah abang nih, kan Qal ni kawan abang. Mestilah Qal tahu...haha" tawa Qalisya terus meletus. Amier beriak selamba.
"Dah lah, abang kata abang ada hal" ujar Qalisya menyentakkan Amier.
"Walaupun abang tak sudi jumpak Qal tapi Qal bersyukur sangat sebab Allah aturkan kita berjumpa jugak dalam pertemuan singkat ni" balas Qalisya.
"Abang pergi dulu, assalamualaikum" ujar Amier dan terus keluar dari restoran itu. Dia memandang langin yang nampaknya nampak lebih gelap. Adakah nak hujan?
"Qal balik naik apa?" soal Amier. Dia memandang Qalisya di sebelahnya.
"Sekarang kereta Qal rosak dan tengah tunggu nak siap baiki. Buat masa nih Qal naik teksi" jawab Qalisya.
"Ouh, abang pergi dulu" balas Amier lalu terus menuju ke tempat parking.
"Tolong!!!!" Amier terus beralih ke arah suara itu. 'Asal macam kenal jer suara itu???' soal hatinya. Matanya terus tertumpu ke arah 3 orang lelaki dan seorang wanita.
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
Roman d'amourBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...