"Eh Amier" Nasuha melemparkan senyuman kecil kepada lelaki yang segak berkemeja di hadapannya.
"Lah Maira, tak sangka kita berjumpa dekat sini. Awak buat ada dekat sini??" soal Amier. Dipandang raut wajah yang sempurna di hadapannya itu.
"Ouh saya baru habis meeting dengan clien saya tadi. Awak??" soal Nasuha.
"Ouh saya saja datang singgah sini. Makan makan kejap" ujar Amier.
"Ouh ya tadi..." terus Nasuha berhenti memandang lelaki di hadapannya sebaliknya dia terus menyelongkar beg tangannya mencari telefon yang rancak berbunyi.
Terus sahaja dia menekapkan telefon di telingannya.
"Hello assalamualaikum ummi? Kenapa telefon Nas nih??" soal Nasuha.
Secara tiba tiba tangannya naik
menutup mulutnya. Dipandang wajah lelaki di hadapannya. Sedaya upaya dia cuba untuk tidak menitiskan air mata di hadapan lelaki ni.Amier memandang riak wajah Nasuha yang berubah itu. Ada apa apa ke??
"Awak saya kena pergi sekarang" ujar Nasuha. Amier memandang wanita itu. Jelas kelihatan tubir mata wanita itu sedikit bergenang.
"Mari saya hantar" Nasuha terdiam. Seingat dia, dia ke sini dengan kereta Encik Daud. Keretanya ditinggalkan di pejabat sahaja.
"Hmm...okey" terus mereka berdua melangkah menuju ke arah kereta.
Ya allah lindungilah anakku!
💐💐💐
"Sayang...bangunlah" rintih Nasuha sayu. Dipandang wajah anaknya itu. Ain yang berada di sebelahnya terus dicium."Dia koma, sebab ada darah beku dekat otak dia. Mungkin ambil masa yang lama untuk dia sedar" ujar Nazril.
"Mama rindu Mierul" terus Nasuha mengucup dahi anaknya itu. Sungguh dia sedih atas apa yang terjadi di anaknya. Hatinya bergitu sakit melihat wayar yang berselirat di tubuh kecil anaknya itu.
"Nas jom balik dulu, biar ummi pulak jaga" ujar Puan Yasmin. Simpati hatinya melihat keadaan anak dan cucunya itu.
"Takpa lah, Nas okey lagi biar Nas je yang jaga" ujar Nasuha sambil tersenyum kecil. Pandangan dia beralih pula ke arah seorang lelaki yang berkemeja itu.
"Awak baliklah dulu. Maaf sebab susahkan awak" ujar Nasuha. Amier tersenyum hambar. Sedikit hatinya pedih melihat anak kandungnnya yang terlantar di atas katil itu.
"Eh takpa. Awak tak menyusahkan saya pun." ujar Amier. Nasuha terdiam. Pelahan lahan dia menganggukkan kepalanya dan kembali menatap wajah anaknya itu.
"Kalau macam tu ummi balik dulu. Petang nih Yassin dengan Nazira datang" ujar Puan Yasmin.
Terus Nasuha mengucup tangan ibunya itu. Puan Yasmin tersenyum kecil. Diusap kepala anak perempuannya itu. Sungguh besar dugaan yang menimpa anaknya itu.
"Jaga diri" ujar Puan Yasmin dan terus berlalu pergi.
Amier terus memandang Ain yang masih senyap di sisi abangnnya itu. Senyuman kecil dihadiahkan kepada budak perempuan itu.
"Nas...er awak" ujar Amier pelahan. Nasuha tersenyum kecil sambil memandang ke arah lelaki itu.
"Saya balik dulu yea. Nanti kalau ada masa saya datang melawat" ujar Amier. Nasuha tersenyum kecil sambil menganggukkan kepalanya.
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...