BAB 26

1.7K 72 5
                                    


     Nasuha menghembuskan nafasnya. Dia memandang langit yang dihiasi bintang bintang. Bibirnya menguntum senyuman. Sungguh indah ciptaan allah.

       "Mana pergi buku dakwah aku eh. Aku rasa semalam dah letak dah dalam beg. Takkan tertinggal kut. Habislah, dahlah dalam tu ada dakwah yang selalu aku tulis dengan aku punya biodata" balas Nasuha sendirian.

       "Ha, buat apa tu?" soal Amier. Nasuha beralih memandang Amier. Sebuah senyuman dihadiahkan. Amier terus duduk di sebelah isterinya.

       "Lagi sebulan je kan. Gementar gak ni. Sebab final exam" beritahu Nasuha. Matanya tak lekang memandang langit.

     "Ha'ah kan. Lepastu dapat ijazah pulak" balas Amier sambil tersenyum.

      "Eh esok ada kelas. Dah pergi masuk tidur tu" arah Amier. Nasuha memandang suaminya sambil mencebik.

      "Cepat pergi masuk tidur" arah Amier lagi bila isterinya masih tak berganjak.

      "Alah, kejaplah" balas Nasuha. Dia masih tak puas memandang langit.

     "Saya gi masuk dulu. Nanti kalau baju putih rambut baru lepas pergi salon datang duduk sebelah awak saya tak tahu. Bye" Amier terus berlari menuju ke biliknya.

     "Amier!" Amier tergelak. Dia terus merebahkan dirinya ke atas katil yang bersaiz queen. Dia terus membaca 3 qul, ayat kursi dan doa tidur sebelum tidur. Tak sampai beberapa minit dia terus tergelam ke dalam lautan mimpi.

      "Dah jom" Nasuha terus menuju ke arah kereta milik Amier. Amier terus menghidupkan enjin dan pedal minyak ditekan. Kereta Honda vios itu terus meluncur laju membelah jalan.

     "Assalamualaikum Nas" Nasuha terus beralih memandang Aleya. Dia tersenyum.

     "Rauhah dah balik sana ke?" soal Nasuha sambil mereka berdua berjalan menuju ke kelas.

     "Ha'ah. Dia kena balik awal katanya. Tetiba sahaja cuti dia tak boleh dipanjangkan" beritahu Aleya.

    "Jom duduk situ" mereka terus menuju ke arah kerusi yang kosong. Nasuha terus mengeluarkan sebuah buku memandangkan profesor mereka belum datang.

    "Eh kau baru beli ke buku tu?" soal Aleya.

     "Eh tak aku pinjam dekat Amier. Memandangkan dia banyak buku macam ni. Tu yang aku pinjam" beritahu Nasuha sambil tersenyum.
    
      "Untunglah ada suami yang pandai" balas Aleya pelahan. Nasuha tersenyum. Dia terus membuka buku tersebut. Tiba tiba matanya menangkap sekeping note berwarna pink.

   Rajin2 belajar ye
                                Amier

Pelahan lahan bibirnya mengukir senyuman. Note tersebut terus diambil lalu disimpan di dalam buku notanya.

 
    "Ha, bro amacam hari ni okey?" soal Iqwan. Dia terus menarik kerusi yang berada di hadpapan Amier dan terus duduk.

       "Alhamdulillah. Setakat ni aku okey ja. Asal?" soal Amier. Iqwan tersengih sambil menggelengkan kepalanya.

      "Wei, sorry sebab aku tak dapat beraya dengan kau. Aku terpaksa balik kampung sebab tahun ni aku beraya dekat kampung" jelas Iqwan.

      "Eh, aku dengan Fareed okey ja" balas Amier

      "Eh Naufal mana?. Tak nampak pun" soal Amier.

      "Apa lagi kalau bukan date dengan si Tania tu" balas Naufal selamba. Amier menganggukkan kepalanya. Bukan dia tak nasihat si Fareed dengan si Naufal tu. Tapi tulah, kalau nasihat pun masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Berbuih mulut dah dia nasihat. Tapi tulah tak serik serik.

      "Biarkanlah, kalau nasihat pun tak dengar gak. Si Fareed tu, kalau dia punya kekasih hati merajuk mulalah nak berkepit dengan kita" balas Amier. Dia mengeluh.

       "Hmm..."Nasuha mula mencari tempat yang sedikit tersorok dari pandangan orang lain. Dia tersenyum bila menjumpai tempat yang diinginkan. Terus langkahnya laju menuju ke tempat tersebut. Pelahan lahan kerusi ditarik lalu dilabuhkan punggungnya. Beg sandangnya diletakkan di kerusi di sebelahnya.

     Laptop terus dikeluarkan dari begnya. Dia terus mengulang kaji tanpa menghiraukan sesiapa di sekelilingnya.

    " Ehem ehem..." Nasuha yang ralit mengulang kaji terus memandang ke srah empunya suara.

      "Err...awak Humaira Nasuha kan?" soal pemuda yang berkaca mata di hadapannya.

      "Ha'ah kenapa yea?" soal Nasuha. Matanya terus bertembung dengan lelaki di hadapannya. Sepantas kilat dia melarikan anak matanya sambil ber istigfar di dalam hati.

      "Ermm, ni buku awak" balas lelaki itu dan terus menghukurkan buku tersebut. Nasuha terus mengambil buku yang berada di tangan

      "Ouh terima kasih. Dah lama dah saya cari buku ni. Er, awak jumpak dekat mana buku saya ni?" soal Nasuha. Nadanya sedikit lembut dari sebelum ni.

      "Ouh saya jumpak dalam dewan kuliah semalam" beritahu lelaki tersebut.

     "Ermm, saya Rafieq Haikal" balas Rafieq sambil tersenyum. Nasuha menganggukan kepalanya.

     "Ouh ya, saya pergi dulu. Assalamualaikum" Rafieq terus berlalu pergi. Nasuha kembali menyambung kerjanya. Dia tersenyum sendirian. Seronok apabila bukunya dijumpai semula.

********************
Akhirnya siap jugakkkkkkk!!!. Rasanya author patut buat lagi berapa bab eh?.Rasanya dalam 60 bab. Okey tak. Ermm..takpalah esok atau lusa author akan update bab seterusnya. Bye assalamualaikum.

P/S: Abaikan typo

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now