And I'll hold your hand untill we reach the gates of jannah..._____________________________________________
• • •
"BERAPA lama lagi kita perlu rahsiakan semua ni?" soal Nasuha. Dia mengambil tempat di hadapan Amier.
"Entah lah, Nas" jawab Amier.
"Hmmm...oh ya, kerja assignment groups tu nak buat dekat mana?" soal Nasuha. Mata yang berwarna kelabu memandang tepat ke dalam mata suaminya.
"Petang ni. Saya dah maklumkan kepada yang lain. Kita buat dekat libary" balas Amier seraya tersenyum manis.
"Saya rasa sekarang nak dekat pukul 1 dah. Awak nak buat pukul berapa?" soal Nasuha.
"Pukul 2 kut" jawab Amier. Kelihatan Nasuha menganggukkan kepalanya.
"Eh awak, terima kasih tau hiburkan saya kemarin" Nasuha membalas.
"Eh, no problem lah Nas. Awak kan isteri saya" Amier membalas seraya ketawa kecil.
"Ha, jangan nak mula usik saya balil yea" mata kelabu itu mengecil memandang wajah Amier. Dicubit bahu suaminya. Tak usik dia sehari tak sah la!
"Eh, aduh duh. Sian dengan suami hensem awak nih. Sakit tau, kalau lebam macam mana??" bahu digosok gosok. Amier ketawa kecil apabila Nasuha sudah menjelingnya dengan jelingan yang tajam.
• • •"Assalamualaikum" Aleya dan Naufal terus beralih ke arah Nasuha dan Amier.
"Kenapa korang datang sekali?" soal Naufal yang berasa hairan bila melihat Amier dan Nasuha datang serentak. Mata Nasuha beralih ke arah Aleya dan mengisyaratkan supaya mengubah topik.
"Eh, jom kita mulakan" Aleya yang tahu pandangan Nasuha bersuara.
Nasib la Naufal di bodoh sikit, terus jejaka itu melupakan pertanyaannya yang ditak dijawab itu. Senang betul nak urusakan Naufal ni, Aleya tersenyum sinis apabila ajakan nya terus menutup kehairanan Naufal.Nasuha dan Amier terus mengambil tempat duduk. Mereka membuat kerja yang jauh sedikit dari pandangan orang lain kerana Amier tidak berasa selesa dengan pandang orang lain manakala Nasuha berasa tak selamat bila para pelajar lelaki asyik memerhatinya.
• • •
"Assalamualaikum" Yassin terus melangkah masuk ke dalam rumah bila kedengaran suara kakaknya dari dapur. Dia menjenguk memandang Puan Yasmin.
"Assalamualaikum akak" Yassin terus menyalam Puan Yasmin.
"Kenapa datang?" soal Puan Yasmin.
"Saja, lagipun hari ni free sedikit. Kalau ada tu pun perempuan yang buat buat sakit" balas Yassin.
"Kenapa mereka buat buat sakit?" Puan Yasmin menyoal polos. Yassin mencebik.
"Cuba kak tengok muka Yassin ni, hidung mancung, mata warna kelabu, rambut warna hitam dan muka dah arab. Memang ramailah nak dekat Yas. Yas rimaslah" rungut Yassin. Puan Yasmin tersenyum. Memang adiknya itu digilai ramai.
"Ril sibuk ke?" soal Puan Yasmin. Yasmin menganggukkan kepalanya.
"Ni datang sini nak melantak makan la ni" Puan Yasmin membalas. Sengihan Yassin kelihatan.
"Eh, macam tahu tahu je akak ni" Yassin ketawa.
"Makanla, lagipun akak makan sorang je. Nanti tolong bawak bekal bagi dekat Ril tau. Akak dengar dia kerja sampai 5 pagi hari ni" Puan Yasmin membalas.
"Haah, alah akak sunyi ler tu. Itulah, Yas minta akak kahwin lain tak nak"
"Eh, tak nak la akak. Taste akak tinggi" Puan Yasmin membalas.
Yassin mencebik. Ye ye je la tu.
"Taste yang macam mana tu?? Manalah tahu, Yas ada kenal orang yang macam taste yang akak nak" Yassin menongkat dagunya. Tertarik untuk mendengar taste kakaknya itu.
"Hmm, akak nak yang macam kim min kyu oppa" wajah Yassin yang tampak tertarik mula mencebik. Puan Yasmin ketawa kecil.
Seronok dia mengusik adiknya itu.
"Yas pergi dulu eh, assalamualaikum akak" Yassin terus menyalam Puan Yasmin selepas dia makan tengah hari di situ. Dia terus menuju ke arah keretanya.
"Hati hati" Yassin tersenyum sambil melambai lambaikan tangannya sebelum keretanya meluncur laju sehingga hilang dari pandangan Puan Yasmin.
"Tolong jaga hospital ALee dengan Nur Kasih bersama Nazril. Itu sahaja yang abang mintak"
Yassin memejamkan matanya. Dia meraup wajahnya dengan tangan kiri. Tiba tiba tanpa disengaja dia terlanggar kereta di hadapannya.
Yassin cepat cepat memberhentikan keretanya. Dia terus keluar dari keretanya untuk memerhati keadaan kereta yang dilanggarnya.
"I'm so sorry" ucap Yassin. Gadis di hadapannya terus beralih.
"Eh, it's so okey, sir" balas gadis yang bertudung di hadapannya.
"Saya mintak maaf ye. Saya terlalu mengelamun sikit. Awak okey??" gadis di hadapannya beralih memandang wajahnya dengan mata yang terkebil kebil. Eh kenapa nih, ada sesuatu ke dekat mula dia ni?? Ada nasi terlekat di pipi ke?? Kening Yassin bergerak.
"Encik boleh cakap melayu ke?" soal gadis di hadapannya. Yassin tersengih.
"Saya memang boleh cakap melayu. Cuma saya keturunan arab" balas Yassin. Dia meraup rambutnya ke belakang.
"Kereta cik okey ke?" soal Yassin.
"Tak apa kereta saya okey jer. Calar sikit je ni" balas gadis di hadapannya sambil memandang ke arah bahagian kereta yang sedikit kemik dan calar.
"Boleh saya mintak telefon awak kejap" gadis itu memberikan telefonnya kepada Yassin dengan rasa was was.
"Ni nombor saya, kalau ada apa apa yang rosak, awak boleh call saya. Apapun, saya Farred Yassin" balas Yassin sambil tersenyum.
"Saya Raisya Amira " balas Amira. Dia tersenyum.
"Oh ya, saya dah lambat. Saya pergi dulu. Assalamualaikum" Amira terus memboloskan dirinya ke dalam kereta.
Yassin kembali ke arah keretanya. Dia memerhati keadaan keretanya yang sedikit kemik. Jejaka itu kembali masuk ke dalam keretanya. Kereta itu terus meluncur laju menuju ke arah hospital.
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...