BAB 20

1.9K 88 0
                                    

And I'll hold your hand untill we reach the gates of jannah...

_____________________________________________

•            •            •

  Hm, mana Aleya ni. Dah 5 minit ni dia tunggu menunggu gadis itu. Nasuha mengumam pelahan. Dia memerhati sekeliling bagi mencari kelibat Aleya yang sedari tadi masih belum nampak.

      "Oit!"
     
      "Astagfirullah...ish kau ni. Lagi sekali" marah Nasuha dan terus menampar lembut bahu Aleya. Gadis itu tersengih sambil menggaru keningnya.

    "Dah jom kita pergi. Kau kena teman aku tau hari ni. Banyak barang yang aku nak kena beli ni" Aleya terus menarik lengan Nasuha. Nasuha mempemerkan riak wajah yang pasrah. Nasib terselindung dengan purdah.

     "Kau nak beli apa?" soal Nasuha. Dia terus menolak troli mengikut langkah Aleya.

     "Jom kita tengok tempat bahan basah dulu" Nasuha dan Aleya terus menuju ke tempat menujual makanan laut.

     "Ha, kau nak beli apa ni?" soal Nasuha. Aleya terus membelek daging yang siap dibungkus di dalam bekas polystyrene.

    "Hmmm...yang mana yang fresh lagi eh?" soal Aleya. Dia memegang daging di kedua belah tangannya.

    "Rasanya dua dua fresh. Lagipun daging ni ada tarikh luput yang sama je Aleya" balas Nasuha.

    "Okeylah kita ambik yang ni la" Aleya terus memasukkan potongan daging yang dipegang di tangan kanannya ke dalam troli.

     "Oit, lepasni kita nak pergi mana pula??" soal Nasuha. Kepala Aleya berpaling memandang dirinya.

    "Hm, jom pergi jalan jalan la pula. Ha jom kita pergi restoran tu. Kebetulan perut aku tengah buat konsert rock ni. Lagipun dah nak masuk waktu berbuka ni" balas Aleya. Segera ditarik lengan Nasuha mengikutinya setelah dia selesai membayar barang barang dapurnya.

      Mereka terus menuju ke sebuah restoran yang berdekatan. Tempat yang kosong diambil.

     Pelayan datang mengambil pesanan, tidak mengambil masa kerana sudah hampir waktu berbuka. Jadi Nasuha dan Aleya hanya memesan makanan yang sering mereka pesan.

        "Macam mana??" Aleya bersuara.

        "Macam mana apa??" soalan sahabatnya dibalas kembali dengan soalan membuatkan Aleya mencebik kecil.

        "Alah, Ammier layan kau elok ke??" Aleya membalas.

       "Okey je lah, dia layan aku okey sangat Aleya. Tak pernah pun aku trngok dia naikkan suara dekat aku" Nasuha membalas.

        "Baguslah, nanti beritahu aku eh kalau dia buat apa apa benda buruk dekat kau" ketawa kecil Nasuha meletus. Dia terhibur dengan kata kata Aleya itu.

        "Ish orang tengah serius, boleh pula dia gelak gelak" wajah Aleya sudah cemberut.

         "Haha, okey maaf" kata kata Nasuha terhenti apabila satu pelayan datang menghantar hidangan mereka.

  Allahhuakbar...
  Allahhuakbar...

    "Dah cepat makan. Kejap lagi kita dah nak balik ni" Aleya terus menyuapkan nasi ke dalam mulutnya selepas selesai membaca doa membuka puasa.

   Nasuha menyelak sedikit purdahnya dan terus menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

•                •                •

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now