BAB 13

2.1K 97 4
                                    


And I'll hold your hand untill we reach the gates of jannah...

_____________________________________________

•            •            •

        "AWAK, padamlah gambar tu" Nasuha yang baru ingin menyuapkan bihun goreng ke dalam mulutnya terus memandang Amier yang berada di hadapannya. Jejaka itu menayangkan  wajah comelnya.

    Ketawa kecil Nasuha meledak, wajah Amier benar benar menghiburkan dirinya.

       "Hmm, gambar apa eh?" soal Nasuha yang berpura pura tak tahu.

       "Gambar semalamlah" jejaka itu membalas. Wajahnya crmberut apabila Nasuha menayangkan wajah tidak tahunya itu.

       "Sudahlah, malas nak cakap dengan awak" Amier terus berlalu pergi. Nasuha terus ketawa.

       "Saya dah padam" Nasuha menahana ketawanya. Sorot mata naik menatap wajah masam mencuka Amier, terus ketawa yang ditahannya meledak.

   Aduh duh, dia benar benar tidak pandai dalam menipu.

       "Saya tak percaya awak lagi!" rajuk Amier sudah datang, Nasuha masih lagi ketawa.

   Ha sudah, Amier dah merajuk. Segera gadis itu menyudahkan kerjanya.
      
       "Eh kejap" Nasuha terus keluar selepas mengemas dapur.

       "Saya tumpang awak, boleh?" soal Nasuha. Amier menjeling isterinya. Wajah isterinya dipandang sekilas.

       "Alolololo...buruk tau muka awak kalau macam ni" pujuk Nasuha. Ketawanya sekali lagi meledak, dia benar benar terhibur dengan riak wajah Amier.

      "Huh!"

      "Okey okey, sorry sorry. Betul, saya dah padam. Ni cuba tengok" Nasuha menunjukkan bukti bahawa dirinya sudah memadam gambar buruk suaminya itu.

       "Boleh tak saya tumpang awak?" leembut suarannya meminta. Bahu Amier dicuit cuit, jarinya ditepis pelahan oleh Amier.

       "Yelah, yelah. Jom. Dah lewat dah ni" jejaka itu segera meroboskan diri ke dalam kereta, hatinya luluh dengan pujukan Nasuha itu.

        "Baik, tuan" sekali lagi Nasuha ketawa lalu segera melangkah masuk ke dalam kereta apabila Amier sudah menayangkan wajah marahnya itu.

      Aduh, cik abang kita sudah marah lah

•            •            •

       "Awak nak parking dekat dalam tu terus ke?" soal Nasuha. Amier menganggukan kepalanya.

       "Eh, boleh tak berhentikan dekat dengan pondok menunggu teksi tu. Saya tak nak orang syak apa apa bila saya tumpang awak" terang Nasuha.

      "Okey" Amier terus memberhentikan kereta di hadapan pondok menunggu teksi.

       "Bye, assalamualaikum" tangan Amier diraih dan dicium seperti yang selalu dibuatnya setiap hari.

       "Waalaikumussalam, sayang. Take care. Nak kiss" Nasuha menayangkan wajah berkerutnya.

       "Ha, nak mula dah tu" bahu Amier ditampar. Ketawa jejaka itu meledak, seronok mengusik Nasuha.

       Nasuha segera turun dari kereta suaminya itu. Gadis itu melambai lambaikan tangannya sebelum kereta Amier meluncur laju menghilang dari pandangannya.

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now