"Huarghh..." Rauhah terus bangun dari tidurnya. Sempat lagi dia mengucapkan syukur kerana masih diberikan nyawa di hari nih.Terus langkahnya dihayun menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Usai sahaja membersihkan diri dia terus menyarungkan baju dan juga seluar.
"Haih..bosanlah hari nih. Ruginya mintak cuti. Kalau tak bolehlah pergi kerja. Bos pulak bagi cuti 2 hari. Kalau bagi sehari kan cukup jer. Dahlah demam aku cepat kebah..." ngumam Rauhah. Dia terus menuju ke dapur. Dicapai beberapa keping roti lalu dibakar.
"Aleya pulak pergi kerja dah awal awal pagi tadi. Hurm..." ngumam dia lagi. Secara tiba tiba bibirnya mengukir senyuman.
Terus dia menghabiskan beberapa keping roti bakar. Langkahnya terus menuju ke biliknya lalu terus bersiap.
"Assalamualaikum!" laung Rauhah. Senyuman dilebarkan apabila kelihatan Puan Yasmin berada di halaman rumah."Mak long!" terus dia meluru memeluk Puan Yasmin. Terkejut wanita itu apabila dipeluk secara tiba tiba.
"Oit! Astagfirullah..." Puan Yasmin terus mengurut dadanya.
"Ish kamu nih. Kalau tak terkejutkan mak long memang tak sah" terus kepala Rauhah diketuk. Rauhah memuncungkan mulutnya.
"Huhuhu...sampai hati mak long ketuk kepala Rauhah" Rauhah menunjukkan wajah sedihnya. Puan Yasmin mencebik.
"Haih, ada adalah kamu nih. Ha datang sini nak apa??" soal Puan Yasmin. Rauhah tersengih.
"Nazifa ada tak??" soal Rauhah.
"Ada dekat dalam tu. Tengah buat apa mak long tak tau lah" balas Puan Yasmin. Rauhah tersenyum dia terus masuk ke dalam rumah.
"Nazifa!"
"Oiihh, ya allah. Kak!" terus Nazifa memandang Rauhah yang tersenyum kambing. Bibirnya terus dicebik.
"Jom keluar jalan jalan. Akak bosan" ajak Rauhah. Nazifa tersenyum.
"Kalau akak belanja Naz ikut" balas Nazifa. Rauhah terus mencebik.
"Hmm...yelah yelah. Cepatlah bersiap" balas Rauhah dengan wajah pasrahnya. Nazifa tersenyum. Terus laju dia menuju ke biliknya untuk menukar pakaian.
"Wei Am!" panggil Ikram. Terus diam menjeguk memandang Ammar yang berada di dalam bilik.
"Asal??" soal Ammar. Dia memandang Ikram yang sudah memasuki biliknya. Kawan dia yang sorang nih bukan tau malu pun.
"Jom keluar kejap. Teman aku pergi shopping mall. Ada barang sikit aku nak beli" ujar Ikram. Ammar mencebik.
"Keluar sendiri tak boleh eh??" soal Ammar malas. Haih, malas sebab apa pun dia tak tahu.
"Alooo...kau jer yang aku boleh ajak Am. Boleh lah boleh lah. Sekali nih jer...huhuhuhu" ajak Ikram. Dia mengerdip ngerdipkan matanya beberapa kali. Ammar membuat wajah gelinya.
"Nasib muka kau jambu. Kalau tak dah lama aku tumbuk. Yelah, jom" balas Ammar. Ikram terus tersenyum.
"Sayang kau. Meh aku nak kiss sikit""Woi! Kau gay ke??" Ammar terus menjauhkan dirinya dari Ikram. Terus meletus ketawa lelaki itu apabila memandang wajah curiga Ammar.
"Kau nih, kalau aku gay dah lama aku ngap kau. Tak adanya aku nak couple dengan perempuan cik abang oi. Kau nih IQ jer tinggi" balas Ikram. Ammar mencebik.
"Dah jom nanti lambat pulak. Nasib hari nih aku tak ada apa apa meeting. Nasib kau" ujar Ammar. Haih, sekarang nih dia sudah selamat bergelak CEO bagi syarikat Azzan Hidden Golding. Dan sekarang nih jugak Amier bergelar pemangku atau lebih kepada pembantu dia.
"Kak, lepasnih kita nak pergi mana pulak?" soal Nazifa. Excited dia hari nih memandangkan sudah lama dia tak keluar dengan kak sepupunya yang paling dia rapat nih. Heh..
"Hurmm..aiskirm sudah. Wayang pun sudah. Jom tengok baju baru" cadang Rauhah. Dia terus memeluk tengkuk Nazifa. Nasib adik sepupunya nih tinggi. Kalau tengok dah nampak macam Nazifa nih muda beberapa tahun jer.
"Kalau yer pun, lepaslah tengkuk Naz kak. Lemas nih oi" balas Nazifa. Terkinja kinja dia cuba melepaskan dirinya dan akhirnya berjaya. Tersenyum senget dia memandang Rauhah.
"Kak, tu bukan adik ipar kak Nas ke??" soal Nazifa. Jari terlunjuknya terus ditunjukkan ke arah Ammar yang sedang berjalan dengan seseorang lelaki.
Terus Rauhah memusingkan 180° darjah badannya. Terus ditarik tangan Nazifa.
"Mampuslah aku hari nih. Masaklah gaji gaji aku" bisik Rauhah pelahan.
"Rauhah!" terus langkahnya dilajukan. Okey dia kenal sangat dengan satu suara itu. Tu suara Ammar!
"Ha! Awak nak pergi mana??" terus Rauhah memberhentikan langkahnya dengan tiba tiba. Kus...nasib dia sempat brek. Kalau tak mesti langgar Ammar dah.
"Er..hye, assalamualaikum bos. Buat apa d...dekat sii..sini??" soal Rauhah. Dia tersengih sambil menayangkan barisan giginya yang putih itu.
Ammar tersenyum senget.Dia tunduk memandang wajah Rauhah. Nasib lah gadis itu hanya tinggi paras bahunya.
Terkedu Rauhah apabila Ammar bergitu dekat dengannya.
"Sihat dah ke??" soal Ammar. Lebih kepada sinis. Rauhah menelas air liurnya. Dia membayangkan bagaimana dirinya kena sembelih. Oih, tak lah sampai ke situ gamaknya.
"Ouh, bos. Alhamdulillah makin sihat. Cuma bersin bersin batuk batuk macam tu lah. Uhuk uhuk!" Rauhah mengurut tengkuknya sambil senyuman kecil dilemparkan.
Uish tak berani nak pandang mata bos dia yang tajam tu. Boleh buta mata dia nanti.
"Bos kenapa pandang saya macam tu??" soal Rauhah. Ammar terus kembali tegak sambil berehem. Terus matanya memandang ke arah lain. Rauhah tersenyum.
"Bos tau tak. Orang tua tua katakan, jangan pandang lama lama takut nanti jatuh cinta" kening Rauhah diangkat berkali kali. Ammar memandang ke arah Ikram yang sudah tersengih.
Aduh, dia pulak yang kena dengan gadis ini. Tengkuknya terus digaru.
"Ke bos dah tangkap cintan saya nih??" soal Rauhah dan terus tergelak apabila menyedari wajah Ammar yang sudah merah padam. Heh, nak kenakan dia sangat.
"Okeylah bos. Sakit perut gelak. Itulah bos bagi cuti 2 hari. Demam saya cepat kebahlah. Okeylah esok saya masuk office ye. Don't miss me. Okeyh!. Byoee byee" ujar Rauhah sempat lagi dia menunjukkan mini love.
"Amboi kau, yang baru ke?? Lepasnih siapa pulak??" soal Ikram. Terus kepalanya diketuknya. Dia terus menggosok kepalanya.
"Apa nih sakitlah ngok!" marah Ikram. Ammar tersenyum.
"Kau fikir aku macam dulu ke?? Aku rasalah kan. Mungkin dia yang terakhir kot. Well...we don't know" balas Ammar dan terus berlalu pergi. Senyuman di bibir masih tak lekang.
"Oit! Kalau ye pun tunggulah aku babe!" balas Ikram. Terus semua memandang mereka berdua. Ammar terus melangkah. Mengendahkan panggilan sahabatnya itu.
"Arh! Buat tak kenallah~" balas Ammar dan terus berlalu pergi.
"Hish, tak pasal pasal kena cop gay. Jatuh maruah aku" ujar Ammar sendirian. Ikram yang memang di belakang dihiraukan.
Heyyo!! Assalamualaikum syemua. Syemuga syi at syelalu.Sorry klau author lambat update. Hoh hoh hoh..apa pun isyaAllah author tak janji sbb author nih cepat lupa. Heh...
Mungkin malam lusa nih kot. Auhtor akan update bab baru. Byeeeeooo....!!!!
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...