BAB 54

1.4K 56 12
                                    


        "Arh..." Nasuha terus memandang gerangan yang berada di sebelahnya. Pandangannya yang kabur terus menjadi jelas. Terkebil kebil dia memandang susuk tubuh di sebelahnya.

      "Am..mar??" soalnya. Dia memegang wajahnya. Nafas lega terus dilepaskan apabila menyedari dia masih lagi berpurdah.

     "Hmm...aku...asal??" soal Ammar. Dia memandang Nasuha tanpa reaksi. Pantas matanya dihala ke arah yang lain. Tidak mahu menatap mata gadis itu.

     "Ya Allah, Nas!" pantas tubuh Nasuha dipeluk oleh Rauhah. Entah bila gadis itu datang dia pun tak tahu. Tiba tiba jer tubuh dia dipeluk.

      "Oit, lemas aku nanti" balas Nasuha. Dia menepuk bahu Rauhah. Rauhah terus melepaskan pelukkan. Dia tersengih memandang Nasuha.

       "Eh, tak perasan ada orang" balas Rauhah. Dia melemparkan senyuman kecil kepada Ammar. Ammar menayangkan wajah selambanya dan terus berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.

       "Adik ipar kau memang sombong eh?" soal Rauhah. Dia menayangkan wajah menyampahnya. Nasuha tersenyum.

       "Biarlah, dia memang macam tu" balas Nasuha. Dia memandang kelibat Ammar yang makin hilang dari pandangannya. 'Am, kenapa awak berubah..?' bisiknya pelahan. Dia tersenyum hambar.

      "Oit, apa pun. Congratulation!! Nanti aku dapat baby sepupu" Nasuha terus terperanjat sebaik sahaja Rauhah menepuk bahunya.

      "Hah? Kau cakap apa tadi??" soal Nasuha. Rauhah terus mencebik.

      "Kau nanti akan dapat anak" balas Rauhah. Terkebil kebil gadis berpurdah itu memandangnya.

      "Anak??" soal Nasuha. Senyuman terus menghiasi bibirnya. Dia memegang perutnya yang masih kempis. Pelahan lahan dia mengusap perutnya. Zuriat dia dan Amier. Tanda cintanya bersama si suami.

      "Ha, sedar pun kau" Aleya terus masuk ke dalam bilik. Senyuman kecil dihadiahkan kepada sahabat baiknya itu. Terus diletakkan sebungkus nasi ke atas riba Nasuha.

     "Nah, makan nasi aku beli dekat kau. Dah, kalau kau tak jaga diri macam mana dekat yang dalam tu" balas Aleya.

      "Amier dah tau?" soal Aleya. Nasuha tersenyum hambar.

      "Dia tak tau lagi. Aku nak buat suprise dekat dia nanti" balas Nasuha.

      Secara tiba tiba Ammar kembali masuk ke dalam bilik. Dia terus duduk ke atas sofa. Pandangannya terus beralih ke arah Aleya. Gadis itu menayangkan senyuman kepadanya.

       "Bil kau aku dah bayar" ujar Ammar tanpa nada. Dia langsung tidak memandang mata berwarna kelabu itu.

       "Tapi..."

       "Tak payah bayar balik" potong Ammar. Nasuha terus terdiam.

    Aleya terus memandang lelaki itu. Dia tahu segalanya yang terjadi sebentar tadi. Sedari diperhatikan, Ammar terus memandang Aleya. Lelaki itu melemparkan senyuman kecil.

     Aleya terus membuat isyarat 'aku akan simpan rahsia kau'. Ammar menganggukkan kepalanya. Biarlah rahsianya itu dia simpan. Dia akan tanggung sendiri.

      "Am, saya nak cakap dengan awak?" soal Nasuha. Ammar terus memandang gadis berpurdah itu.

      "Aku ada hal lagi..."

     "Saya nak cakap dengan awak. Tak lama pun" balas Nasuha. Nada suaranya kedengaran tegas. Ammar terpaksa akur.

     "Kitorang keluar dulu. Bye" balas Aleya. Dia terus berlalu pergi bersama Rauhah. Kini tinggallah Ammar dan Nasuha.

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now