"Sannah Helwah, Nasuha. Huish dah 24 tahun dah kawan kita ni. Nah hadiah untuk kau" Aleya terus menghulurkan sebuah kotak yang dibalut cantik."Wah, tak sangka ada gak hadiah untuk aku. Alhamdulillah" Nasuha tersengih. Dia membelek hadiah yang diberi itu.
"Apa ni?" soalnya. Dia mengoncang goncang hadiah tersebut.
"Eh, hadiah mana boleh beritahu. Kau kena bukak sendiri" balas Aleya. Dia menghirup sedikit jus tembikai di hadapannya. Nasuha tersenyum. Dia terus membuka hadiah tersebut.
"Wah, serious la beb. Buku tarbiah dgn novel keluaran terbaru Hadi Fayyadh la. Wei tak sangka aku. Thanks so much Aleya" balas Nasuha.
"Cuba kau tengok. Siap ada tanda tangan lagi" balas Aleya sambil mengakat ngakat keningnya.
"Wah, macam mana kau dapat tanda tangan Hadi Fayyadh ni?" soal Nasuha. Gembira bila mendapat hadiah.
"Itu rahsia" balas Aleya seakan akan berbisik. Nasuha mencebik. Bibirnya kembali menguntum senyuman.
"Okey, kebetulan hari ni hari lahir kau. So aku belanja kau makan. Kau oder je nak makan apa" balas Aleya. Nasuha tersenyum.
"Wei!" Izian yang sedang membelek biodata pesakit baharunya terus terkejut bila Nadia secara tiba tiba menyergahnya. Pen yang dipegangnya terus terpelanting masuk ke dalam tong sampah yang berada di penjuru kanan biliknya.
"Kau ni nak masuk bagi salam boleh tak" marah Izian. Dia terus mengambil pennya yang berada di dalam tong sampah. Nadia tersengih. Dia dengan muka selambanya terus duduk di hadapan Izian.
"Alah lek arh, apalah kau ni" balas Nadia.
"Wei!!" Nadia terus menepuk meja Izian. Izian yang sedang menulis terus tersentak.
"Apa lagi?!" marah Izian.' Hish minah ni, asyik nak buat tekejut ja' bisiknya sambil menjeling ke arah Nadia.
"Aku dengar kau nak kahwin dengan pengarah kita tu. Seriuslah. Uish tak sangka aku" balas Nadia. Izian berdehem beberapa kali.
"So?" soal Izian tanpa memandang Nadia. Biodata pesakit di hadapannya lebih menarik perhatian.
"Ish kau ni, tahniahlah wei. Untung dapat pengarah mix blood macam dia. Cina arab wei. Jarang nak ada" balas Nadia. Izian menganggukkan kepalanya tanpa memandang Nadia.
"Eh, kau datang bilik aku ni tak ada kerja ke. Bukan shif kau ke yang kena rawat pesakit. Dah dah, pergi balik bilik kau tu. Aish kau ni, doktor saja" marah Izian. Mukanya dibuat garang. Nadia mencebik.
"Yelah yelah" balas Nadia. Dia terus berlalu menuju ke biliknya. Izian tersenyum.
"Hah, penat nya. Hye Lissa. Ramai nampaknya hari ni" balas Izian. Lissa tersenyum.
"Ha ah, ramai lah jugak hari ni. Dengar kata ada kemalangan tadi. Tu yang ramai tu" balas Lissa. Izian menganggukan kepalanya.
"Ha, ni ada orang bagi bunga dekat kau. Entah dari sapa. Aku rasa mesti pengsrah kita ysng bagi tu" balas Lissa dan terus menghulurkan tiga kuntum bunga ros merah yang dibalut cantik beserta sekeping kad. Izian mengerutkan wajahnya.
"Ouh thanks" dia terus mengambil huluran Lissa dengan senyuman hambar. Pelik? itu yang difikirnya sekarang. Siapa yang beri kepadanya?
"Huh, siapa bagi ni?" soal Izian. Dia terus mengambil sekepimg kad yang berwarna merah hati. Terus dibuka dan dibacanya.
For my love, Izian Nabilah
Your love"Eeeiii, gelinya aku. Erh, sapa uang bagi ni. Eh kejap kejap. Tiga kuntum bunga ros..."
"Bermaksud I love you..."
"Wei sapa bagi ni" soalanya sendirian. Tanpa berfikir panjang dia terus memasukkan bunga tersebut ke dalam tempat khasnya iaitu tong sampah.
"Bye Aleya. Assalamualaikum. Nanti jumpak lagi" balas Nasuha sambil tersenyum. Dia terus keluar dari kereta Aleya. Dia terus menolak pagar selepas kelibat kereta sahabatnya hilang dari pandangan.
"Erh, apasal seram sangat ni. Gelap semacam jer" jantungnya terus berdegup laju. Matanya liar mencari kelibat Amier dari luar rumah.
"Apasal macam tak ada orang jer ni. Hmm..." Nasuha terus melankah masuk dengan kaki kanannya selepas selesai membaca doa.
"Assalamualaikum" tangannya pantas memetik lampu suis. 'Alhamdulillah' lafaznya dari dalam hati.
"Amier?Awak?" Nasuha masih memanggil suainya. Tapi tiada sahutan. Bahagian kolam renang dan dapur kelam kerana suis ruang tamu tak diletakkan bersama dengan suis kolam renang dan dapur. Dia terus menuju ke arah kolam renang.
"Sannah Helwah Ainur Humaira Nasuha. Wah dah 24 tahun dah isteri saya ni" ucap Amier. Di tangannya terdapat sebiji kek. Cantik. Nasuha terkedu. Dia memandang sekeliling. 'Ya allah cantiknya' bisiknya. Di setiap sisi kolam dihiasi dengan lilin dan beberapa belon yang bewarna warni.
"Awak yang buat ke semua ni?" soal Nasuha seakan tak percaya.
"Ye lah, saya yang buat semua ni. Awak fikir saya tak seromantik macam lelaki lain. Ni Amier la, lelaki romantik yang tak diketahui wanita lain. Hehehehe" balas Amier dan terus tergelak bersama Nasuha.
"Macam mana awak tahu hari ni hari lahir saya?" soal Nasuha.
"Err...sebenarnya saya ter, TERperiksa awak punya beg dompet hari tu" balas Amier sambil tersengih.
"Eh, tiuplah lilin ni dulu. Dah pendek dah lilin ni. Cepatlah" Nasuha terus meniup lilin.
"Jom makan kek cepat. Saya lapar dari tadi tau. Punyalah nak tunggu awak habis kelas malam ni. Penat tau suami awak ni. Huhuhuhuhu" balas Amier sambil mengerdipkan matanya. Nasuha tersenyum. Dia terus menuju ke dapur untuk mengambil pinggan dan garfu.
"Nas" Nasuha terus mengakat kepalanya memandang Amier. Secara tiba tiba dahinya dicalit krim. Nasuha memegang dahinya.
"Ouh, okey awak dah calit saya. Kali ni biar saya calit awak pulak. Meh sini" Amier sudah berlari apabila melihat krim kek di jari Nasuha. Nasuha terus mengejar Amier. Langkah Nasuha terus berhenti. Sebelah tangannya memegang dadanya. Wajahnya berkerut seperti menahan sakit.
"Awak...sakittt" seru Nasuha pelahan. Dia terus terduduk. Amier terus menuju ke Nasuha. Jantungnya berdegup kencang. Risau melihat isterinya. Dia terus menyambut tubuh isterinya yang hampir ingin jatuh
"Awakkk...nah" Nasuha terus mencali krim kek di hidung Amier. Dia terus bangun dari pangkuan Amier sambil tergelak. Amier terkedu.
"Mari sini Nasss!!" Nasuha terus mengambil beg yang berada di sofa dan terus berlari menuju ke bliknya sambil tergelak. Dia terus mengunci pintu biliknya. Amier mencekak pinggangnya.
"Pandai jer dia ni kenakan aku. Haish, nasib sayang" ngumam Amier tanpa sedar dan terus menyimpan lebihan kek ke dalam peti ais. Belon dan lilin yang berada di kolam renang dikemaskan.
Dia tersenyum selepas siap mengemas. Hidung mancungnya yang masih ada krim kek disentuhnya pelahan. Dia tersenyum lagi. Pelahan lahan langkahnya diatur menuju ke biliknya selepas lampu di ruang tamu ditutupnya.
**********************
Hey, assalamualaikum readers. Wah, Amier sambut birthday Nasuha. Sweetnya. Tak sangka author. Hohohohohoh. Siap main calit calit krim lagi. Arghhh, author rasa jelous la pulak. Hahahahahaha.....
Bye assalamualaikum semua.P/S: abaikan typo.
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...