And I'll hold your hand untill we reach the gates of jannah..._____________________________________________
• • •
"HISH mana dia ni. Sampai pukul 12 malam tak balik balik lagi ni" omel Nasuha sendirian sambil mengerling jam di dinding. Cerita yang ditayangkan tak lagi menarik perhatiannya."Assalamualaikum" Nasuha memandang Farhana yang baru masuk dengan pandangan tajam. Farhana hanya memakai baju blaus labuh warna merah hati paras lutut.
"Apa?" soal Farhana dan terus menghampiri rakannya.
"Sekarang pukul berapa?" soal Nasuha sambil memandang Farhana yang berada di sebelahnya.
"Kau tahu tak yang Ammar tu bahaya. Dia tu jenis 'makan' perempuan tau tak. Bukan boleh percaya sangat dia tu" omel Nasuha. 'Dah mulalah mulut nenek dia dah keluar. Tak boleh ke kalau sehari dia tak beleter.
"Okey okey. Tadi kitorang pergi jalan jalan dekat tasik. Sorry" balas Farhana yang cuba menghentikan mulut Nasuha dari terus membebel.
"Tapikan dia mintak aku jadi kekasih dia. Weh sape nak tolak. Aku terus terimalah" beritahu Farhana sambil tersenyum lebar.
"Aku mintak kau berhati hati dengan dia" pesan Nasuha serius.
"Weh relakslah.Kau ni janganlah serius sangat" balas Farhana dengan nada dibuat buat gelak.
"Aku taknak apa apa jadi dekat kau" balas Nasuha dan terus menuju ke biliknya.
Nasuha menutup pintu pelahan lahan. Dia mencapai bingkai gambar sambil tersenyum. 'I miss you, dad' dipeluk gambar ayahnya dan tanpa dipinta air matanya menurun.
• • •
"Ammar pergi mana ni?" soal Tan Sri Azan. Dia memerhati Ammar yang berjalan terhuyung hayang menuju ke biliknya yang berada di tingkat 3. Amier yang baru keluar dari biliknya memerhati Ammar."Mier tak tidur lagi ke?" soal Tan Sri Azan bila memerhati Amier yang turun.
"Ouh, Mier tengah siapkan assignment yang Prof Fauziah bagi. Saja buat awal. Papa tak tidur lagi ke?" soal Amier. Tan Sri Azan menggeleng sambil tersenyum.
"Papa nak suruh Mier tolong tengok tengokkan Am tu. Makin teruk dah tu" pinta Tan Sri Azan.Amier mengganggukkan kepalanya.
"Takpa pa. Amier akan tengok tengokkan dia. Insyaallah Amier akan nasihat dia" balas Amier sambil tersenyum.
"Amier pergi dulu eh. Banyak lagi kerja ni" balas Amier dan terus menuju ke dapur untuk membancuh milo panas. Sedang membancuh dia tersenyum sendirian sambil memikirkan gadis yang dijumpanya.
"Astafirullah..." dia beristifar sambil menggelengkan kepalanya. Lalu dibawa mug menuju ke biliknya untuk menyambung kerjanya semula.
• • •
"Far, jom" mereka berdua terus menuju ke dewan kuliah. Secara tak sengaja Nasuha terlanggar seseorang.
"Maaf. Hish kau ni, Nas. Cuai jer kerja" omel Nasuha sendirian. Dia menunduk mengutip tapi ada sepasang tangan yang sudah mengutip bukunya. Dia mendongak memandang buku yang dihulur.
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...