BAB 35

1.7K 69 6
                                    


      "Hey, Leya bangun cepat. Pagi ni kita ada joging dekat hutan. Cepatlah bangun. Mandi dengan solat pon tak lagi" Nasuha terus menarik selimut Aleya. Aleya terus bangun dari tidurnya. Dia menenyeh matanya sambil mengeliat.

      "Dah pergi mandi. Aku keluar kejap. Nak pergi sungai depan tu kejap" Aleya menganggukan kepalanya. Dia terus bangun dari katilnya dan terus mencapai tualanya lalu menghilangkan diri di sebalik bilik air.

      Nasuha terus mencapai buku yang berwarna koko dan sebatang pen lalu dibawa menuju ke meja batu yang berdekatan sungai. Dia menghirup udara yang sagr sambil tersenyum.

      Dibuka pelahan lahan bukunya lalu ditulis sesuatu.

    "Anggaplah dunia ini seperti mimpi kamu. Dan hanya dengan mati kamu akan bangun dari mimpi mu"

      "Abi, Maira rindu sangat dengan abi" bisiknya pelahan. Dia menadah tangannya untuk mensedekahkan al-fatihah semoga allah mencucuri roh abinya.

      Tiba tiba matanya menangkap kelibat sesuatu di seberang sungai. Mulutnya terus membaca doa doa perlindung.

     Pantas dia bangun dan menuju ke biliknya semula.

      "Dah, jom wei. Kita ada taklimst hari ni. Kau dah bawak buku dengan pen dah?" soal Aleya. Nasuha menganggukan kepalanya. Mereka berdua terus menuju ke sebuah tapak yang akan dijadikan tempat untuk Ustaz Razif bertaklimat.

      "Huargghh....astagfirullah...." Aleya menutup mulutnya. Dia mendekati Nasuha yang kusyuk mendengar taklimat. Entah apa yang seronok sangat. Dia yang dengar pon dah rasa mengantuk.

      "Wei, dah nak dekat setengah jam ni. Kau tak rasa bosan eh?" soal Aleya. Nasuha beralih memandang Aleya sambil menggelengkan kepalanya dan kembali mencatat apa yang disampaikan oleh Ustaz Razif.

       "Akhirnya, dah jom makan wei. Perut aku dah buat konsert dah ni" Aleya terus menarik lengan Nasuha menunuju ke arah pasangan suami isteri tu. Siapa lagi kalau bukan Prof Nadia dan Prof Haziq. Seusai makan mereka terus menuju ke bilik. Ada yang mengambil peluang untuk mandi di sungai dan ada juga yang berbual bual.

     
      "Wei, Mier. Jom mandi sungai" ajak Fareez. Amier yang sedang duduk di atas sebuah batu terus beralih memandang Fareez.

       "Ha'ah wei, sambil sambil datang sini jomlah mandi sungai kan. Macam pepatah tu...apatah eh...pepatah tu, sambil menyelam sedut udara kot..." balas Naufal. Tiba tiba kepalanya diluku.

      "Wei, bodoh tu simpan sikit boleh tak. Apalah tanya adik aku yang darjah 6 tu pon boleh jawab. Sambil menyelam minum air lah. Apalah" bebel Iqwan. Naufal menggosok kepalanya.

      "Sampai hsti kau luku kepala aku yang bulat ni. Tidakkah kau kesian melihat wajahku yang comel ini?" balas Naufal. Iqwan menayangkan wajah geli.

       "Eeeiiwww...tak ingin aku kesian dekat kau ni" balas Iqwan. Dia terus menolak Naufal ke dalam air. Mereka terus tergelak melihat gelagat Naufal dan Iqwan.

         "Jom ar..." mereka semua terus terjun ke dalam air. Sapa yang nak tolak mandi dekat sungai yang sejuk lagi jernih ni.

       "Okey semua, sekarang dah pukul 5 petang. Korang dah tahukan apa aktiviti kita?" soal Prof Fauziah.

        "Tahu!!!" semua pelajar membalas serentak. Prof Fauziah menganggukan kepalanya.

        "Okey semua, ustaz nak korang duduk dengan partner masing masing. Setiap parter kitorang akan lepaskan dalam hutan. Korang semua akan ke seberang hutan menggunakan kain putih yang dah diikat di pokok. Faham semua?" soal Ustaz Razif.

       "Faham!!" balas kesemua pelajar. Ustaz Razif tersenyum. Dis memandang Prof Razif yang mudah 5 tahun darinya sambil menganggukan kepalanya.

   
    Satu persatu pasangan dilepaskan ke dalam hutan sampailah giliran Amier dan Nasuha. Mereka terus masuk ke dalam hutan. Amier memandang jam di pergelangannya tangannya yang menunjukan pukul 8 malam.

     Matanya liar mencsri lagi kain berwarna putih yang diikat di batang pokok. Sudah 10 minit mereka mencari kain putih tapi tak kelihatan.

        "Psttt...awak saya rasa kita dah sesatlah" bisik Nasuha. Amier memandang Nasuha di sebelahnya.

        "Hari dah lewat dah, sepatutnya kita ambik masa 30 minit sahaja tapi sekarang ni dah nak dekat 2 jam kita cari kain putih tapi tak jumpak lagi. Baru jumpak satu jer tadi" balas Amier. Nasuha pelahan lahan mencapai hujung baju Amier lalu digenggamnya dengan erat.

        Nasuha terus berhenti dan melepaskan hujung baju Amier. Dia terus duduk untuk mengikat tali kasutnya yang terbuka sambil memerhsti Amier di hadapannya. Seusai mengikat tali kasut. Dia terus berlari menuju ke arah Amier.

     Tiba tiba kakinya terpijak kayu dan terus terjatuh. Dia mengaduh kesakitan. Pelahan lahan dia menyelak seluarnya apabila merasakan sakit di betis kaki kanannya.

     "Aduh..." dia memandang betisnya yang tertusuk kayu sehingga hampir menembusi betisnya.

     "Nas" Amier terus menghampiri Nasuha. Nasuha pantas menutup betisnya.

      "Nas, are you okey?" soal Amier. Risau apabila melihat Nasuha.

       "Okey jer" balas Nasuha.

       "Boleh bangun?" soal Amier. Nasuha menganggukan kepalanya. Dia cuba bangun tapi kesakitannya terlalu sakit.

          "Auch..." Nasuha memejam matanya. Dia menahan sakit di betisnya.

         "Are you okey?" soal Amier. Dia memandang tangan Nasuha yang memegang betis. Dia terus menyelak betis kiri Nasuha.

        "Ya Allah, kenapa tak cakap?" marah Amier. Nasuha menggelengkan kepalanya.Amier terus memegang pinggang Nasuha. Disuruh Nasuha meletakkan tangan di tengkuknya.Pelahan lahan mereka berdua bangun. Mereka terus menuju ke suatu temoat sehinggalah hari semakin malam dan menyebabkan Amier dan Nasuha tak dapan meneruskan perjalanan. Amier terus meletakkan Nasuha di satu pokok yang besar. Manakala di mengeluarkan mancis dari poketnya lalu dinyalakan api.

       "Meh, saya tengok luka tu" Amier terus mendekati Nasuha. Dia memandang luka dan kayu di kaki Nasuha.

         "Awak gigit sapu tangan ni" Amier terus menyerahkan sapu tangan yang digulung kepada Nasuha. Nasuha terus menggigit kain tuala yang diberi Amier. Amier terus memegang kayu yang tertusuk di betis Nasuha. Dia terus menarik pelahan lahan kayu tersebut.

     "Erhhh........" Nasuha memejam matanya pelahan lahan menahan sakit yang teramat. Pelahan lahan pandangannya mula kabur dah terus menjadi gelap.

   
     Dia membuka matanya pelahan lahan.

       "Eh, dah terjaga. Meh saya tukar pembalut luka awak tu" balas Amier. Nasuha memandang sekeliling. Dia terus memandang matahari yang berdiri tegak di langit.

       "Hmmm...teruk jugak eh" balas Amier sambil membelek luka tersebut. Dia terus memegang hujung bajunya untuk dikoyak tapi dihalang oleh Nasuha.

        "Eh tak payahlah, ni ambik purdah saya jer" balas Nasuha. Tangannya terus membuka pelahan lahan ikatan purdahnya.

    Amier memandang Nasuha. Jantungnya terus berdetak laju.

***********************

   Heyyoooo....author kembali. Heh heh heh sorry sebab lambat update. Bab seterusnya author update hari Rabu nih. Tu pon insyaallah la. Hahaha...apapon mesti Amier teringin nak tgok muka Nasuha kan...kan... Bye semua assalamualaikum..

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now