"Alhamdulillah, setelah seminggu kita berhempas pulas akhirnya esok adalah ujian terakhir" balas Nasuha. Dia tersenyum.
"Ha ah, esok final exam kan. Syukurlah" balas Aleya. Dia menghirup sedikit minuman di hadapannya.
"Ha, korang buat apa dekat sini?" soal Fareez tiba tiba. Entah muncul dari ceruk mana.
"Hoi, kalau yer pun bagilah salam. Apalah kau ni" balas Amier dan terus meluku kepala Fareez. Fareez menggosok kepalanya.
Nasuha terus bangun dan duduk di sebelah Aleya. Amier dan Fareez terus duduk di hadapan mereka berdua.
"Ha, amacam exam hari ni?" soal Aleya. Amier dan Fareez terus mengakat ibu jari mereka sambil tersenyum lebar. Aleya mencebik.
"Alah, diorang kan PELAJAR CE.MER.LANG kan" balas Aleya. Nasuha tersenyum.
"Eh, perut aku dah lapar ni. Jom ambik oder" Amier terus mengakat tanganya memanggil pelayan.
"Ye, nak makan apa?" soal pelayan.
"Nak makan apa?" soal Amier.
"Aku tembikai susu dengan nasi goreng" balas Fareez.
"Aku pun" Aleya tersenyum.
"Orenge juice dengan nasi goreng" tiba tiba Amier denga Nasuha menyebut serentak. Dua dua kaku.
"Erh...aku nak pergi tandas kejap" Nasuha terus berlalu menuju ke tandas.
"Fuh, apahal boleh pesan serentak. Apa dah jadi dengan aku ni" bisiknya. Dia menanggalkan purdah. Air paip dibuka lalu di membasuh mukanya.
"Sekejapnya, kau buat apa dalam tandas tu?" soal Aleya."Bersenam" balas Nasuha selamba. Aleya terus mencubit lengan Nasuha.
"Sakitlah, apa kau ni" balas Nasuha. Dia menggosok gosok tempat cubitan Aleya.
"Terima kasih" Amier memberikan senyuman kepada penghantar makanan. Gadis yang menghantar makanan hanya tersipu malu.
Nasuha mencebik.' Suami aku tu' bisiknya pelahan. Dia terus mengambil nasi yang dipesannya. Dia terus membaca doa makan dan terus menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya. Masing masing mendiamkan diri menjamu selera masing masing.
"Wei, cepatlah" Izian tersentak. 'Mamat ni kan, masuk bilik aku tak boleh ke kalau ketuk dulu. Aish, kalau dia bukan bos aku dah lama aku bunuh dia ni', bisik Izian.
"Yelah, yelah" Izian terus mencapai beg tangannya. Dia membetulkan tudung bawal yang tersarung elok di kepalanya. Mereka berdua terus menuju ke arah kereta milik Nazril.
"Assalamualaikum, umi oh umi" Nazril tersenyum. Dia terus mananggalkan kasutnya. Izian memandang sekeliling. 'Boleh tahan besar jugak rumahnya' bisik Izian. Dia terus mananggalkan kasutnya dan mengikuti langkah Nazril.
"Ha, sampai pun kamu Ril. Eh calon menantu umi ke?" bisik Puan Yasmin di telinga Nazril. Nazril tergelak.
"Assalamualaikum mak cik. Saya Izian Nabilah. Mak cik nak panggil Iz atas Ilah pon boleh. Tapi Ilah tu nama manja saya mak cik. Jangan beritahu Nazril pulak tau" bisik Izian. Puan Yasmin dan Izian terus tergelak.
"Kalau macam tu Ilah nak panggil mak cik umi pun boleh" bisik Puan Yasmin. Izian mengakat ibu jarinya. Mereka berdua terus tergelak. Nazril memandang pelik ke arah mereka berdua.
"Eh, sejak bila umi pandai berbisik bisik ni?" balas Nazril.
"Eh, umi ada kucing eh. Apa nama dia?" soal Izian dan terus mengambil kucing tersebut.
"Nama dia Tompok sebab buluk dia bertompok tompok. Eh Ril. Mai la belai kucing ni" usik Puan Yasmin. Nazril menggelengkan kepalanya sambil tersengih.
"Ril, nak pegang. Kucing awak kan" balas Izian. Terpaksalah dia membahasakan dirinya saya awak dengan Nazril.
"Eh takpe lah. Awak main sajalah kucing tu" balas Nazril dan terus duduk. Izian kembali membelai kucing tersebut. Beberapa minit kemudian dia berhenti membelai. Dia memandang Nazril.
"Ke awak takut kucing?" soal Izian.
"Memang dia takut kucing pun. Trauma katanya. Sebab waktu dia kecil dulu dia pernah kena cakar sampai menangis. Sampailah sekarang ni dia tak pernah lagi sentuh kucing" beritahu Puan Yasmin sambil mendatang dulang. Dia terus meletakkan gelas ysng berisi air oren di atas meja.
"Eh umi tak payahlah susah ni" balas Izian.
"Ril pegang kucing ni kejap" Izian terus menyerahkan kucing ke arah Nazril. Kucing tersebut terus diletakkan ke atas riba Nazril. Nazril kaku.
"Alah, belailah elok elok. Comfirm tak kena cakar dan comfirm tak menangis dah" usik Izian dan terus ketawa. Nazril terus membelai badan kucing itu.
"Bulu dia lembutlah" balas Nazril.
"Memanglah lembut takkan keras pulak" balas Izian. Puan Yasmin sudah ke dapur. Hanya mereka berdua sahaja yang tinggal di ruang tamu.
"Ilah, macam mana kamu boleh kenal dengan Ril ni?" soal Puan Yasmin. Izian memandang Nazril. 'Aduh apa yang aku nak jawab ni. Takda lah pulak tulis dalam dialong aku ni' bisik Izian.
"Ermm...macam ni umi. Kami jumpak waktu Ril tergesa gesa sebab Ril ada pembedahan. Tiba tiba Ril terlanggar dia. Dia dengan Ril pun mintak maaflah sesama sendiri. Dan ditakdirkan dia ni jadi pembantu Ril" balas Nazril. Izian tersengih sambil menganggukkan kepalanya. Puan Yasmin menganggukan kepalanya.
"Dah, dah ada dekat sini jomlah makan sekali. Umi masak banyak tu" ajak Puan Yasmin. Izian dan Mazril menganggukkan kepalanya. Mereka bertiga terus menuju ke meja makan.
"Assalamualaikum" Nazira terus melangkah masuk dengan kaki kanannya.
"Umi oh umi" matanya liar mencari kelibat Puan Yasmin. Tiba tiba telinganya dapat menangkap bunyi orang makan di dapur. Langkahnya terus diatur menuju ke dapur.
"Ha Zira. Baru balik ke?" Nazira menganggukan kepalanya.
"Ni along balik" beritahu Puan Yasmin. Nazira memandang alongnya sambil mencebik.
"Tu siapa umi?" bisik Nazira sambil menunjuk ke arah Izian.
"Tu kak Izian Nabilah. Zira panggil Kak Ilah" balas Puan Yasmin. Nazira menganggukan kepalanya.
"Hye akak, akak boleh panggil adik ataupun adik Zira" balas Nazira sambil tersenyum.
"Eleh" Nazril mencebik. Dia terus menghabiskan nasi yang berbaki di dalam pingannya.
"Apa, along jangan sibuk arh. Hish penyibuk jer kerja. Akak nanti ajar along tu. Suka buli adik" balas Nazira. Dia terus menjelirkan lidahnya dan terus berlalu pergi.
"Terima kasih umi untuk makanan tengah hari tu" balas Izian dan terus menyalam tangan Puan Yasmin. Puan Yasmin tersenyum."Ouh ya, pokok pokok bunga dekat belakang tu siapa yang tanam?" soal Izian.
"Ouh tu Nasuha. Adik pertama Nazril. Sekarang ni tengah belajar dekat UITM" beritahu Puan Yasmin. Izian menganggukan kepalanya.
"Okeylah umi, kitorang pergi dulu. Sebab malam ni kitorang ada pembedahan sikit" balas Nazril dan terus menyalam ibunya.
"Asal kau tak beritahu aku?" bisik Izian. Nazril mengakat bahunya dan terus masuk ke dalam kereta. Izian melambai lambai tangannya ke arah Puan Yasmin sehinggalah rumah banglo itu lenyap dari pandangannya.
"Pandainya kau belakon" puji Nazril.
"Well ni kan Izian" balas Izian sambil menabik dadanya.
"Yelah tu. Menyesal lah pulak aku puji kau" balas Nazril. Izian tersenyum senget.
**********************
Heyoooo, assalamualaikum semua. Sorry sebab tak update kemarin. Lusa insyaallah author akan update bab baru. Tu pun insyaallah lah. Bye semua.
P/S: Abaikan typo.
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...