BAB 28

1.8K 64 5
                                    

      "Ermm...awak, kelas awak esok mula pukul berapa?" soal Nasuha lalu menghampiri suaminya yang sedang menonton televisyen.

       "Dalam pukul 10 pagi. Kenapa?" soal Amier. Nasuha menganggukan kepalanya sambil tersenyum. Seketika kemudian dia tersengih.

       "Tak ada apa apa pon. Saja tanya. Lah, kan kelas kita sama ja. Apalah" balas Nasuha sambil menggaru kepalanya.

      "Meh teman saya tengok televisyen. Bosan sorang sorang dekat sini" balas Amier. Nasuha terus mencapai bantal yang berada di sebelah Amier dan terus duduk. Bantal tersebut diletakkan di pahanya. Amier tersenyum.

      "Cerita apa ni?" soalnya sendirian setelah sekian lama mendiamkan diri. Dia memandang Amier yang ralit menonton televisyen. Pelahan lahan dia mencapai remote lalu menekan OK untuk melihat tajuk cerita.

     "Ouh cerita ni" ngumamnya sendirian. Dia kembali menonton televisyen.

      "Sedih gak cerita ni. Kesian dekat ibu dia" balas Nasuha. Tiba tiba dia terasa bahu sebelahnya berat. Terus dia beralih memandang bahu kanannya. Pelahan lahan bibirnya menuntum senyuman.

     "Tidur rupanya. Patutlah senyap dari tadi" balas Nasuha. Matanya terus memerhati raut wajah suaminya. Memang tak dinafikan Amier memang mempunyai raut wajah yang kacak. Pelahan lahan dia mengelus rambut suaminya.

    Pelahan lahan dia mengakat kepala suaminya lalu diambil batal dan diletakkan di sofa. Dia terus membaringkan Amier pelahan lahan supaya suaminya tak terjaga.

   Nasuha pantas menuju ke atas dan turun semula dengan selimut di tangannya. Dia terus menyelimutkan Amier sambil tersenyum.

      "Selamat malam Amier. Good Night" Nasuha sempat mengelus rambut Amier sebelum dia menuju ke biliknya.

     "Arh penatnya. Jika dikira. Lagi 3 minggu. Aku kena buat persediaan" bisik Nasuha. Dia terus menanggalkan tudung dan purdahnya. Dia terus menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk sebelum tidur. Sudah menjadi rutin hariannya sejak kecil.

    Nasuha menepuk nepuk bantalnya. Dia terus berbaring.

       "Macam mana nak beritahu umi. Mesti dia sedih. Abi, maafkan Nas" visiknya pelahan. Dia terus membaca 3 qul, ayat kursi dan doa sebelum tidur. Tak sampai beberapa minit dia terus terlelap.

      "Oit, amacam dah study untuk exam esok?" soal Aleya. Dia terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan Nasuha. Kampus pada hari ni ramai sedikit berbanding kemarin. Mungkin disebabkan esok exam.

     "Ni tengah study la ni. Ha kau tu study ke tak lagi. Esok exam dah" balas Nasuha. Dia kembali menatap buku di hadapannya.

     "Nak study dengan kau lah ni" balas Aleya. Nasuha tersenyum. Mereka berdua terus mengulang kaji pelajaran memandangkan esok sudah exam sem akhir.

      "Yo korang, rajinnya" Nasuha dan Aleya terus memandang Fareez dan Amier.

      "Yelah, kan esok exam. Takkan tak study pulak" balas Aleya. Amier terus menarik kerusi di sebelah Nasuha dan terus duduk. Nasuha memandang Amier.

     "Apa?" soal Amier dengan muka tak bersalahnya.

     "Nasib tempat ni tersorok sikit" balas Nasuha. Dia kembali menatap buku di hadapannya.

     "Erm, semalam saya tertidur dekat sofa eh?" bisik Amier. Nasuha memandang suaminya sambil menganggukkan kepalanya.

     "Awak..." Amier beralih memandang Nasuha sambil mengakat kedua dua keningnya.

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now