"Aku harap kali nih aku berjaya" bisik Rauhah pelahan. Haritu Lailah kata dia berhenti kerja dan suruh diri dia ganti.Langkah Rauhah terus dimulakan sengan kaki kanannya. Dia terus menghala ke arah kaunter.
"Err..cik. Saya nak tanya. Dekat mana bilik CEO??" soal Rauhah dengan senyuman.
"Ouh, cik nih siapa? Boleh saya tahu dahulu??" soal pekerja di kaunter itu.
"Ouh, sebenarnya begini. PA kepada CEO kata dia dah berhenti dan minta saya ganti" ujar Rauhah. Pekerja itu tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.
"Cik boleh ke tingkat 10" ujar pekerja itu. Rauhah tersenyum dan terus berlalu pergi. Dia terus menuju ke arah lif lalu menekan butang bernombor 10.
TOK! TOK! TOK!
"Masuk!" arah suara dari dalam. Rauhah terus masuk ke dalam bilik tersebut. Sempat lagi dia membaca beberapa surah. Nampak sangat takutnya itu.
"Jadi kaulah Rauhah Nadia binti Sunalan??" soal Ammar. Dia memandang seketika wajah Rauhah. Pandangannya terus beralih ke arah lain. Tak berani nak memandang gadis itu disebabkan wajah gadis itu menyerupai seseorang.
"Ya saya" Rauhah memandang lelaki di hadapannya. Nampaknya wajah lelaki itu bergitu tampan juga. Mesti playboy fikirnya.
"Duduklah, tak lenguh ke kaki tu" ujar Ammar. Rauhah tersengih. Dia terus duduk di hadapan lelaki itu.
"Resume kau" gadis bermata kelabu itu terus menyerahkan profile tentangnya kepada lelaki itu.
"Not bad" ujar Ammar. Rauhah tersenyum. Aish, lelaki nih puji dia lah pulak dah.
"Okey kau boleh kerja sekarang. Mulai hari nih" ujar Ammar. Rauhah yang sedang mengelamun terus tersentak.
"Hah???" terkebil kebil gadis itu memandang lelaki itu. Ammar terus memandang ke arah lain dengan wajah yang berona merah sedikit akibat malu. Ish, kenapa dia malu pulak dengan gadis itu??
"Awak boleh kerja hari nih. Memandangkan saya dah lama tak ada PA" ujar Ammar sekali lagi. Rauhah terus tersenyum lebar. Alhamdulillah...
"Terima kasih bos. Kalau tak dah lama saya menganggur" ujar Rauhah. Senyuman manis dihadiahkan kepada Ammar sekali lagi. Lagilah berona merah pipi lelaki itu.
"Dah dah, kau boleh pergi buat kerja sekarang. Nih ambik jadual nih salin"arah Ammar. Dia tak boleh biarkan gadis itu berada di hadapannya terlalu lama.
"Okey boss. Kalau ada apa apa panggil saya tau. Saya sedia untuk bos. Saya keluar dulu" ujar Rauhah. Dia terus mencapai jadual harian Ammar di atas meja lelaki itu dan terus berlalu pergi.
"Anyway bos...bos nampak comel jer kalau malu. Okey tu jer. Bye!" sempat lagi gadis bermata kelabu itu mengusik Ammar. Terkebil kebil lelaki itu memandang pintu kacanya.
Pelahan lahan senyuman terukir di bibirnya sambil matanya tak lekang memandang gadis itu.
"Bos, dah masuk waktu zohor. Jom solat" ajak Rauhah tanpa mengetuk dahulu pintu bilik Ammar. Terkejut lelaki itu. Rauhah tersengih.
"Sorry bos. Tak sengaja" balas Rauhah. Ammar mencebik.
"Jom solat" ajak Rauhah. Terkebil kebil lelaki itu memandang Rauhah. Pelahan lahan Ammar menggaru keningnya yang tak gatal.
"Solat??" Rauhah menganggukkan kepalanya. Ammar mengeluh. Pensel yang dipegang terus diletakkan ke dalam satu bekas. Dia terus bangun dari kerusinya.
Okey... ni adalah kali pertama dia kalah dengan perempuan. Kalau ada yang ajak dia solat, pelbagai alasan yang akan diberikan. Sejujurnya dia masih ingat lagi cara solat. Bukan jahil sangat sampai tak ingat segala tentang solat. Akhirnya dia mengikut juga Rauhah ke surau.
Ammar memandang sejadah yang terbentang di hadapannya. Sejujurnya sudah berbelas tahun dia tak sujud pada Yang Satu itu. Sungguh pada hari nih dia sedar segala galanya.
Dia memandang Rauhah di sebalik kain yang menghalang. Senyuman terukir di bibirnya lagi. Selesai sahaja niat, takbir terus diangkat. Pada hari nih, dia kembali sujud pada Sang Pencipta.
"Er..Rauhah" panggil Ammar. Rauhah terus beralih memandang Ammar sambil tersenyum.
"Boleh tolong saya tak??" soal Ammar. Kening Rauhah terus diangkat.
"Ada apa bos??" soal Rauhah polos. Ammar menggaru keningnya.
"Tolong ajar saya balik tentang agama" pinta Ammar pelahan lahan. Rauhah tersenyum.
"Ya allah bos. Saya boleh jer ajar bos. Tapi lebih elok kalau bos cari seorang ustaz. Saya bukan ustazah atau sesiapa. Diri ni tak sempurna lagi macam mana" jawab Rauhah lembut. Ammar menganggukkan kepalanya.
"Tapi alhamdulillah lah, bos dah sedar sekarang. Semoga terus istiqamah yer. Saya akan sokong bos! Fighting!" ujar Rauhah dan terus kembali ke mejanya manakala Ammar kembali semula ke biliknya.
"Rauhah, tolong masuk sekejap" arah Ammar selepas menekan interkom di mejanya. Seketika kemudian pintu biliknya diketuk. Gadis itu terus masuk ke dalam bilik Ammar.
"Ye bos??" soal Rauhah. Pandangannya diarahkan ke arah wajah Ammar.
"Erm...saya nak tanya...awak dengan Nasuha sepupu eh??" soal Ammar. Pelahan. Rauhah tersenyum.
"Lah, nak tanya yang tu jer ke. Saya ingat apalah tadi. Ha'ah, saya dengan Nas sepupu" jawab Rauhah.
"Awak ingat apa tadi??" soal Ammar.
"Saya ingat bos nak ajak saya kahwin ke" usik Rauhah. Dia tergelak kecil. Ammar tersenyum malu. Pipinya kembali berona merah.
"Eh, saya gurau jer. Okeylah bos. Dah tak ada apa kan. Saya mintak diri dulu" balas Rauhah. Sempat dia menunjukkan mini love kepada Ammar sebelum berlalu pergi.
Ammar tersenyum. Aih, Rauhah Rauhah. Ada ada ja minah sorang tu.
"Assalamualaikum" Ammar terus masuk ke dalam rumah. Matanya terus mencari kelibat seseorang.
"Pa, Am nak cakap sikit boleh tak??" soal Ammar lembut. Tersentak Tan Sri Azan sambil memandang anak lelakinya itu. Anak aku ke nih???
"Am nak cakap apa?" soal Tan Sri Azan. Ammar tersenyum manis. Seperti senyumannya yang dulu.
"Boleh tak? Boleh tak papa tolong ajar Am semula tentang agama?" pinta Ammar. Terkaku Tan Sri Azan. Dia memandang setiap inci wajah anaknya itu.
"Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Nampaknya doa papa untuk lihat Am yang dulu dah termakbul. Ya allah terima kasih" terus tubuh Ammar dipeluknya erat. Sungguh dia cukup rindu Ammar yang dulu. Anak lelakinya yang dulu.
Ammar, anak lelakinya yang sorang itu dahulunya seorang yang sangat baik. Hobinya melukis. Selain itu menghafal al-quran. Sungguh dia lelaki yang cukup sempurna. Selalu tahajud. Selalu melakukan solat sunat. Tak pernah ditinggal solat berjemaah mahupun solat 5 waktu ini. Baginya solat berjemaah nih seperti dia mendapat duit sebanyak Rm 27, 000.
Lelaki ini juga sejak kecil bercita cita ingin menjadi ustaz. Sungguh Tan Sri Azan gembira dan bersyukur mempunyai anak seperti Ammar. Tapi disebabkan satu peristiwa segalanya terus berubah. Semua ni terjadi 10 tahun yang lepas. Apabila wujudnya seorang budak lelaki yang sangat memerlukan kasih sayang...
Heyyooo😊 setelah sekian lama menyepikan diri author kembali semula!😅 semoga gembira dengan perubahan Ammar yg skarang
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...