"Okey semua dah hadir" soal peguam yang bernama Zulaikha."Ya" jawab Puan Yasmin. Dia memandang adik beradiknya iaitu dia dan Yassin. Mereka hanya dua beradik.
"Sila mulakan" balas Dato Azfar. Abang kepada Ahmad Lee, ayah Nasuha.
"Okey, saya akan bacakan wahsiat Datuk Ahmad Lee" balas Zulaikha
P/S: sebenarnya author lupa. Ayah dengan ibu Nasuha nih berpangkat Datuk Datin. Author terlupa. Sorry againn...
"Datuk telah mewariskan hospital miliknya kepada anak sulungnya dan adik iparnya iaitu Muhammad Arill Nazril dan Muhammad Fareed Yassin. Mereka berdua akan menguruskan Hospital AhLee" semua yang berada di situ terus menganggukan kepalanya.
"Dia juga mewariskan 20% sahamnya kepada Dato Azfar supaya abangnya dapat menguruskan syarikat sendiri. Dia juga mewariskan 20% lagi kepada adik perempuannya Puam Azrina untuk menguruskan Rumah Nur Kasih. Jelas?" semua terus menganggukan kepala.
"Baik saya teruskan lagi?"
"Silakan" balas Fayyadh. Anak kepada Dato Azfar. Dia mengerling memandang Nasuha yang tekun mendengar.
"Okey, Datuk Ahmad Lee juga menyerahkan rumah dan segala keretanya kepada isteri tercintanya, Datin Nurul Yasmin" balas Zulaika. Puan Yasmin menganggukan kepalanya. Rasanya kalau dia tak dapat apa apa pun tak apa. Rumah yang didukinya sekarang nih ialah rumah arwah ibu bapanya. Rumah dia bersama suami terlalu besar untuknya, ditambah lagi dengan beberapa buah kereta.
"Dia juga menyerahkan syarikatnya kepada anak perempuannya, Ainur Nasuha Humaira. Ouh ya sebelum saya terlupa. Fayyadh akan membantu Nasuha menguruskan syarikat. 20 % lagi sahamnya diserahkan kepada anak sulungnya. Maknanya, anak sulungnya boleh menguruskan syarikat itu juga" balas Zulaikha.
"20% lagi akan diserahkam kepada Nasuha juga sekiranya anaknya berkahwin dan mempunyai anak. 10% seterusnya akan diserahkan kepada Rauhah Nabila. Dan 10% lagi diserahkan kepada Fayyadh. Okey jelas semua?" soal Zulaikha. Semua menganggukan kepala lagi.
"Kahwin..??" ngumam Nasuha sendirian. 'Rasanya aku dah kahwin. Tapi anak??'soal Nasuha sendirian.
"Okey itu sahaja. Semua nampaknya berpuas hati" balas Zulaikha sambil tersenyum. 'Pandai Datuk agihkan harta' puji Zulaikha dalam hati.
"Okey, kalau macam tu. Saya pulang dulu. Terima kasih untuk air ni, Datin Yasmin" Puan Yasmin tersenyum. Dia tak suka sangat orang memanggilnya dengan gelaran datin.
"Err...sebelum itu cik Zulaikha. Saya nak tanya sesuatu" Zulaikha yang sedang mengemas barang terus memandang empunya suara.
"Eh, cik Nasuha. Yea ada apa?" soal Zulaikha.
"Boleh tak, kalau saya tak uruskan syarikat ini buat sementara waktu. Saya akan uruskan syarikat bila saya dah bersedia. Boleh tak macam tu?" soal Nasuha. Sejujurnya dia tak berminat dengan kerja syarikat.
"Menurut wahsiat Datuk Ahmad. Ya, cik Nasuha boleh uruskan syarikat apabila cik sudah bersedia" balas Zulaikha.
"Terima kasih cik Zulaikha" balas Nasuha dan menyalam tangan Zulaikha.
"Sudah menjadi tugas saya" balas Zulaikha dan terpandang cincin di jari manis Nasuha.
"Kalau ada apa apa boleh call saya" balas Zulaikha dan menyerahkan kadnya. Dia terus berlalu pergi.
"Hye, Nasuha" Nasuha yang sedang memandang telefonnya terus memandang gerangan yang menegurnya.
"Ya, Fayyadh. Ada apa?" soal Nasuha. Fayyadh tersengih.
"Awak apa khabar?" soal Fayyadh.
"Ouh, alhamdulillah saya sihat wal afiat" balas Nasuha sambil tersenyum sejujurnya dia rasa segan apabila bercakap dengan Fayyadh walaupun sepupunya. Ya, walaupun sepupu dia segan disebabkan Fayyadh boleh berkahwin dengannya. Ada dua jenis sepupu, satu yang tak boleh berkahwin dengan kita manakala satu lagi yang boleh berkahwin dengan kita.
Sepupu yang boleh berkahwin, aurat dia dengan kita sama macam aurat kita dengan berlainan jantina.
"Ouh ya, lama dah tak jumpa awak. Lain dah sekarang ni" balas Fayyadh. Nasuha tersenyum. Nampaknya lelaki di hadapnnya macam mahu memikat dia.
"Ha'ah. Lama dah. Time kita jumpak tu awak dengan saya kecil lagi" balas Nasuha.
"Ouh...awak makin cantik" balas Fayyadh.
"Semua ciptaan Allah cantik dan hensem belaka. Tak ada pun yang hodoh" balas Nasuha. Ha, ambik kau. Kang dah kena tazkirah ringkas.
"Eh, saya ada hal. Suami saya tengah tunggu dekat rumah" bohong Nasuha. Padahal Amier tak tunggu pun dekat rumah. Berubah riak wajah Fayyadh.
"Awak dah kahwin ke?" soal Fayyadh. Nasuha menganggukkan kepalanya sambil menunjukkam cincin di jari manisnya.
"Saya pergi dulu. Assalamualaikum, Fayyadh. Nanti kalau umur panjang kita berjumpa lagi" balas Nasuha dan terus berlalu pergi.
"Bye, umi. Ha sebelum tu, dioarang ada jemput umi pergi rumah. Nak bincang tentang majlis Nas. Kirim salam dekat adik dengan abang yea. Nas pergi dulu. Assalamualaikum" balas Nasuha. Dia mencium kedua dua pipi Puan Yasmin.
"Hurmm...ye lah. Nanti umi datang. Jaga diri tu. Dengar cakap suami. Kirim salam dekat diorang" balas Puan Yasmin. Nasuha tersenyum dan terus berlalu pergi.
"Assalamualaikum" Nasuha terus melangkah masuk ke dalam rumah.
"Baru balik?" soal Puan Sri Rina. Nasuha menghadiahkan senyuman lalu menyalam tangan Puan Sri Rina.
"Ha'ah. Nas baru habis jer tadi" balas Nasuha dan melabuhkan punggungnya di sebelah Puan Sri Rina.
"Datin Yasmin macam mana?" soal Puan Sri Rina.
"Alhamdulillah, umi sihat. Umi kirim salam" balas Nasuha.
"Waalaikumussalam..." jawab Puan Sri Rina.
"Ha, umi nak datang bila?. Ouh ya, papa ada beritahu, Amier mintak majlis tu dirahsiakan dari pejabat. Nas okey tak?" Nasuha menganggukan kepalanya. Lebih baik dirahsiakan. Nanti apa kata mulut orang pulak. Tertiba ja ada majlis kahwin. Nikah bilanya??. Tulah masalah mulut orang.
"Nas okey jer. Tak kisah pun. Nas rasa rahsiakan pasal majlis tu okey sebab nanti kalau buat apa kata mulut orang. Nikahnya bils tup tap tup tap dah buat majlis" omel Nasuha. Puan Sri Rina tersenyum.
"Okeylah kalau macam tu. Nas, sebenarnya...mama teringin sangat nak cucu... Ye lah kan. Umur macam mama nih dah tak panjang. Kubur tu, dah memanggil manggil dah" balas Puan Sri Rina sambil mengenggam tangan Nasuha. Nasuha menelan air liurnya.
Nasuha memandang anak mata Puan Sri Rina yang penuh berharap.
"Mama, Nas bukan tak nak. Insyaallah, Nas dan Amier akan usaha. Kalau ada rezeki adalah tu" balas Nasuha sambil tersenyum. Dia membalas genggaman Puan Sri Rina.
"Terima kasih sebab terima Amier seadanya. Kalau Nas nak tahu. Dulu dia tak macam yang sekarang nih" baeritahu Puan Sri Rina sambil memeluk Nasuha. Nasuha membalas pelukkan Puan Sri Rina. 'Tak macam yang sekarang??...apa maksud mama??' soal Nasuha dalam hatinya.
"Okeylah, mama. Nas naik dulu. Nak mandi. Nanti kita masak sama sama eh" balas Nasuha dan menyalam tangan Puan Sri Rina dan terus berlalu pergi.
"Haih" Nasuha terus merebahkan dirinya ke atas katil.
"Pemintaan mama macam berat sangat. Memanglah aku dah mula cintakan dia...tapi..." ngumam Nasuha sendirian.
Ya, dia sedar dia mula cintakan Amier sejak lelaki itu banyak ambil berat tentangnya.
"Kalau aku cintakan dia. Belum tentu dia cintakan aku" ngumam Nasuha lagi.
"Ya, aku nih taklah baik mana pun. Dia terlalu sempurna. Dapatkah dia terima aku seadanya" balas Nasuha sendirian. Kemudian dia bingkas bangun dari baringannya dan terus menanggalkan purdah dan tudungnya. Dia terus mencapai kain tuala lalu terus ke bilik air.
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...