4 Tahun sebelumnya...."Nas cepatlah! Nanti lambat" gesa Rauhah.
"Ye kejap, aku nak turunlah nih" ujar Nasuha. Terus dia tersenyum memandang anaknya yang berada di atas katil. Terus didukung bayi yang berusia 3 bulan itu.
"Jom" balas Nasuha. Pipi anaknya terus dicium.
"Alololo, anak saper lah nih yang comel sangat nih. Ish geramnya aku. Rasa nak gigit gigit jer pipi pau dia tu" balas Rauhah. Dia terus mencuit pipi
pau milik Amierul. Comelnya!"Eh tak boleh, lebam nanti pipi anak aku. Tak comel dah nanti" ujar Nasuha. Rauhah mencebik.
"Tapi mata dia cantik" ujar Rauhah. Dipandang mata milik Amierul yang berwarna kelabu. Cantik.
"Eleh, kau pun ada" balas Nasuha. Rauhah terus tergelak."Dah jom jom. Nanti lewat" ujar Rauhah. Mereka terus menaiki kereta menuju ke airport.
"Rauhah, aku takutlah" ujar Nasuha dan terus memberhentikan langkahnya. Dia memegang lengan Rauhah."Sabar Nas, kita pergi lawat lawat macam tu saja lepastu kita blah lah. Berdoa semoga kau tak jumpalah dengan Amier tu" ujar Rauhah. Dia memandang Nasuha. Terus sebelah tangan Nasuha digenggam. Berharap semoga gadis itu sedikit tenang.
"Jomlah" ujar Nasuha. Mereka terus melangkah masuk ke dalam majlis yang meriah diadakan di dewan besar itu.
"Nas, Rauhah!" terus menjerit keriangan Aleya apabila terpandang dua sahabat baiknya itu."Ya Allah! Ni Amierul yang kau katakan tu ke?" soal Aleya. Terus di cuit cuit pipi Amierul. Bayi itu hanya tergelak kecil.
"Comelnya!!" ujar Aleya. Nasuha tersenyum.
"Eh Nas" terus Nasuha tersenyum memandang Fareed di sebelah Aleya.
"Anak kau ke?? Ya Allah comelnya" balas Fareed dan terus menciut pipi Amierul yang berada di dukungan Aleya. Nasuha menganggukkan kepalanya pelahan lahan.
"Amier mana??" soal Nasuha.
"Dia ada datang jugak tadi dan terus blah. Mungkin tadi kau ada selisih dengan dia jugak kot. Tapi tak tau lah. Katanya dia ada hal lagi" ujar Fareed. Nasuha mendiamkam dirinya.
"Jangan beritahu Amier ye pasal anak nih" pinta Nasuha. Dia memandang Fareed. Fareed tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Terus gadis itu menarik nafas lega.
"Eh kitorang pergi dulu. Ada hal lagi nih. Maaf Aleya, kitorang tak boleh lama lama dekat sini. Assalamualaikum" ujar Nasuha. Terus dia mencium kedua dua pipi Aleya.
"Mintak diri dulu" balas Rauhah dan terus mencium kedua dua pipi Aleya. Mereka berdua terus berlalu pergi meninggalkan majlis itu.
"Eh jom singgah kedai makan dulu. Laparlah. Dari pagi tadi aku tak makan apa lagi nih" ujar Rauhah. Nasuha menganggukkan sahaja kepalanya tanpa berkata apa apa. Diusap pelahan lahan kepala Amierul yang tertidur di atas ribanya.
"Dah jom kau nak oder apa??" soal Nasuha. Diletakkan Amierul di sebuah kerusi bayi yang sudah disediakan di situ. Tergelak kecil Amierul."Urm, mi goreng lah. Malas nak makan nasi" ujar Rauhah.
"Nasi goreng ayam dengan orange juice dua" ujar Nasuha. Tersenyum dia memandang pelayan yang mengambil oder.
"Nas!" terus Nasuha beralih memandang belakangnya. Terkejut dia memandang gerangan yang baru memanggilnya itu."Farhana??" soal Nasuha. Farhana tersenyum. Terus tubuh Nasuha dipeluk erat. Nasib Amierul didukung oleh Rauhah.
"Nas tolong aku.." rayu Farhana. Terkebil kebil Nasuha memandang Farhana.
"Kenapa nih?? Cuba cerita??" soal Nasuha. Dia terus mengelap air mata yang mengalir di pipi Farhana.
"Aku mengandung anak luar nikah. Aku tak tau siapa ayah dia. Bantu aku, Nas. Ayah aku dah buang aku" rayu Farhana. Nasuha terus memandang ke arah Rauhah.
"Kalau macam tu jomlah ikut aku. Balik Sabah" ujar Nasuha. Terus Farhana menganggukkan kepalanya. Mereka kembali semula ke airport.
"Masuklah Farhana. Buatlah macam rumah kau sendiri" ujar Nasuha sambil tersenyum. Farhana tersenyum hambar. Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah banglo 2 tingkat itu."Okey sekarang cuba kau cerita betul betul apa yang jadi??" soal Nasuha. Di pandang wajah sugul Farhana itu.
"Aku banyak dosa Nas. Aku berzina, aku minum arak dan bermacam macam lagi. Dan sekarang aku mengandung. Aku cadang aku nak gugur tapi ada satu sifat yang larang aku buat" ujar Farhana sayu. Nasuha terus memeluk bahu gadis itu.
"Rauhah, bawak naik Asy' ke dalam bilik. Letak je atas katil ye" ujar Nasuha sambil memandang Amierul yang sudah tertidur di atas dukungan Rauhah. Rauhah tersenyum dan terus berlalu pergi.
"Lepastu, ayah aku tau aku mengandung dan terus dia halau aku dari rumah. Aku tak ada tempat langsung nak pergi. Aku cuba cari kau tapi tak jumpa aritu. Aku buntu Nas. Time tu aku bersyukur sangat sebab aku dapat jumpa kau" ujar Farhana.
"Berapa bulan anak kau??" soal Nasuha. Dia memandang perut Farhana yang sudah besar.
"Dah nak masuk sembilan bulan" ujar Farhana. Nasuha menganggukkan kepalanya."Esok kita pergi check ye. Takut songsang. Susah nanti" ujar Nasuha. Farhana menganggukkan kepalanya.
"Jom aku tunjuk bilik kau" balas Nasuha lalu terus membawa Farhana ke biliknya."Nas, aku nak minta tolong" balas Farhana. Terus Nasuha beralih memandang sahabatnya.
"Ye??" soal Nasuha lembut. Dihadiahkan sebuah senyuman mekar kepada Farhana.
"Bantu aku ke jalan yang betul semula" ujar Farhana. Nasuha tersenyum. Terus tubuh sahabatnya itu dipeluk erat erat.
"Syukurlah ya Allah, akhirnya aku dah dapat semula sahabat aku yang sebenar" ujar Nasuha. Farhana tersenyum lalu membalas pelukan sahabatnya yang dia pernah buang dahulu.
"Nas kalau aku....kalau aku tak ada lepas nih...tolong...tolong jaga anak aku" pinta Farhana. Dia mengengam erat tangan Nasuha."Ya aku akan jaga anak kau. Tapi tolong...aku tak nak lagi kehilangan kau" ujar Nasuha. Diusap kepala Farhana pelahan lahan.
"Ain Insyirah...sedap...aku teringin nak...namakan a...anak aku nama tu" ujar Farhana. Nasuha menganggukkan kepalanya.
"Cik, sekarang nih bukaan dia dah 10 cm. Minta maaf, kami kena kena bawak dia sekarang" beritahu seorang jururawat di situ. Nasuha menganggukkan kepalanya.
"Tolong aku yea?" balas Farhana dan terus hilang di sebalik bilik bersalin. Nasuha terus duduk di kerusi. Menanti kelibat Farhana. Dipandang penuh kasih sayang Amierul yang sedang berada di dukungan Rauhah.
"Maaf, siapa waris Nur Farhana??" soal doktor perempuan yang baru keluar."Maaf doktor saya adik kepada Farhana. Kenapa doktor??" soal Nasuha. Dia menanti dengan penuh debaran.
"Kami minta maaf, Cik Farhana meninggal dunia sebaik sahaja selamat melahirkan bayinya. Alhamdulillah, nih bayi perempuan yang selamat" ujar doktor tersebut lalu menyerahkan bayi yang berada di dukungannya kepada Nasuha.
"Ya Allah, tenanglah kau di sana Farhana. Sungguh indah kematianmu" bisik Nasuha dan tersenyum.
"Comelnya" bisik Rauhah. Dipandang wajah bayi perempuan itu. Nasuha tersenyum.
"Bau syurga" bisik Nasuha. Rauhah terus menganggukkan kepalanya.
"Mulai saat ini, Ain akan jadi anak mama" bisik Nasuha. Diusap pelahan lahan pipi bayi perempuan itu. Terus dicium ubun ubun bayi perempuan itu. Putih bersih dan tiada cacat cela.
"Nur Ain Insyirah" bisik Nasuha.
"Anak mama selamanya"
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...