"Hye Asy, Ain" terus Amierul dan Ain mencium kedua dua pipi Nasuha."Macam mana hari nih??" soal Nasuha. Tersenyum dia memandang dua orang anaknya itu.
"Seronok hari nih. Boleh lah gitu" ujar Amierul. Tergelak Nasuha dengan gelagat Amierul.
"Amboi pandainya anak mama yang sorang nih" terus dicuit hidung mancung milik Amierul.
"Padan muka abang" balas Ain sambil tersenyum mengejek.
"Anak mama yang sorang nih pun pandai yea mengejek" terus dicubit kedua dua pipi milik anak perempuannya.
"Dah jom balik" ujar Nasuha. Terus Amierul dan Ain masuk ke dalam keretanya."Mama, boleh tak kalau kita tinggal di sini?" soal Ain. Amierul turut menganggukkan kepalanya.
"Hurmm...nanti mama fikir dulu yea sayang" balas Nasuha dan terus membuatkan suasana di dalam kereta kembali sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi DJ berceloteh di corong radio sahaja.
"Haih" terus Amier merebahkan dirinya ke atas sofa. Dicapai remote lalu terus menekan satu butang. Skrin televisyen yang tadinya hitam terus mempaparkan satu siaran.
Ditekan berkali kali butang di remote untuk mencari siaran yang seronok untuk ditonton.
"Hai, Mier. Tak pergi mana mana ke hari nih??" tegur Puan Sri Rina. Dilabuhkan punggungnya di sebelah Amier.
"Ouh ma, tak pergi mana mana pun. Petang nih Mier cadang nak pergi kubur kejap. Nak pergi melawat dia" ujar Amier.
"Ouh, macam mana dengan Nas??" soal Puan Sri Rina pelahan.
"Mier dapat tahu, Nas hilang ingatan" ujar Amier. Dia tersenyum hambar.
"Macam mana dia boleh hilang ingatan??" soal Puan Sri Rina.
"sebab kemalangan jalan raya" ujar Amier.
"Hye good morning!" terus mereka beralih ke arah Ammar yang baru turun dari biliknya. Pantas Puan Sri Rina mencapai satu bantal lalu dibaling tepat ke arah anak lelakinya itu.
"Banyaklah kamu good morning. Dah nak masuk pukul 1 petang dah ni" balas Puan Sri Rina. Ammar terus tersengih.
"Alah ma, semalam Am balik lewag sebab nak siapkan lakaran. Jangan lah marah" balas Ammar. Terus dia mencapai tempat di sebelah Puan Sri Rina.
"Nih Am, umur pun dah nak cecah 30 tapi still tak kahwin kahwin lagi. Sampai bila?? Sepatutnya umur macam Am nih dah jadi ayah untuk budak umur 3 tahun dah. Balik kerja lewat malam. Lepastu terus tidur macam tu. Waktu cuti buang masa dekat rumah je" bebel Puan Sri Rina. Terus Ammar merampas rimote di tangan Amoer. Ditukar ke siaran yang lebih seronok. Mamanya yang membebel di sebelah diendahkan.
"Am dengar tak apa yang mama cakap nih??" soal Puan Sri Rina. Terus telinga Ammar menjadi sasarannya.
"Arh! Adoi mama, sakitlah...huhuhu. Lepaslah mama. Am janji minggu depan Am bawak datang calon menantu mama. Mama bengkak telinga Am nanti tak ada sapa dah yang nak" rayu Ammar. Dipandang wajah mamanya.
"Minggu depan yea...okey mama setuju. Minggu depan juga. Muktamad!" balas Puan Sri Rina dan terus berlalu pergi. Ammar terus menggosok telinganya yang sudah merah.
"Wei, aku nak bawak siapa??" dipandang wajah Amier di sebelahnya. Lelaki itu hanya mengakat kedua dua bahunya dan kembali menonton televisyen.
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...