BAB 24

1.9K 77 0
                                    


      Nasuha terus bangun. Dia meraup wajahnya. Rambutnya yang sedikit terjuntai diselit ke belakang telingannya. Dia terus mengucapkan rasa syukur terhadap illahi kerana masih memberi peluang kepadanya untuk bernafas di dunia ni.

     Nasuha terus mencapai kain tualanya selepas membaca doa bangun tidur. Langkahnya terus berhenti. Dia memegang perutnya.

     "Takkanlah hari ni" cakapnya sendirian. Dia terus menuju ke almarinya dan terus mencapai pad yang memang sedia ada di dalam almarinya.

 
      Nasuha terus turun ke bawah selepas terjaga dari tidurnya. Kebetulan hari ni kelasnya  dibatalkan jadi dia sengaja bangun lambat.

   Nasuha mencari kelibat Amier dekat bawah. Dia terhendap hendap mencari kelibat suaminya di luar.

   "Awak cari saya ke?"

   "Astagfirullah'azim...ya allah terkejut saya. Awak ni kan. Ter reti ke bagi salam ke apa ke. Kalau saya meninggal kat sini macam mana" marah Nasuha. Tak terlalu marah sangat. Cuma geram dengan Amier. Amier tersengih.

    "Kenapa plak nak bagi salam. Kan kita dekat dalam rumah sekarang ni. Oh ya, kalau awak meninggal saya tanam je lah. Apa masalahnya" jawab Amier. Nasuha terus mencubit lengan Amier. Dia terus menuju ke dapur.

     "Awak. Lambatnya bangun tadi. Maklumlah kelas dia kan dibatalkan. Hmm" Amier terus duduk di atas kerus menanti Nasuha siap memasak.

    "Of couse la, kelas dibatalkan oleh itu pelajar tak boleh lepaskan peluang untuk tidur sepuas puasnya" jawab Nasuha.

    "Skemanya ayat awak" Amier terus tergelak. Nasuha terus mencedok mi goreng ke dalam pinggan lalu dihulurkan kepada Amier. Amier tersenyum.

   Mereka terus menjamu selera. Masing masing hanya diam.

     "Abang, saya tengok Ammar tu makin teruk la. Dah pandai balik malam malam lepastu berfoya foya dah. Saya tak tahulah nak buat apa. Pening" balas Puan Sri Rina. Dia memandang suaminya yang telah melipat surat khabar yang dibaca. Tan Sri Azan terus menghirup kopi yang dibuat isterinya.

     "Tulah, abang pun tak tahulah nak buat macam mana. Macam manalah abang nak serahkan syarikat Azzan Hidden Golding kat dia. Abang takut nanti dia tak boleh uruskan syarikat tu pulak. Sesak kepala abang ni. Kita dah tua, Ina. Susahla macam ni" balas Tan Sri Azan. Puan Sri Rina menganggukan kepalanya tanda setuju dengan apa yang dicakap oleh suaminya.

    "Asslamualaikum" Amira terus melangkah masuk ke dalam rumah. Dia terus mendapatkan kedua ibu bapanya lalu dicium tangan kedua ibu bapanya. Dia terus melabuhkan punggungnya di sebelah ibunya.

    "Sya pergi mana tadi?" soal Puan Sri Rina.

    "Jogging dengan kawan tadi" jawab Amira.

    "Nur Risya Amira binti Azan akan naik ke kamar untuk beradu. Bye ma, assalamualaikum" balas Amira dan terus menuju ks biliknya dengan ketawa yang tak henti.

     Nasuha terus begegas menuju ke ruang tamu saat kedengaran lagu Deen Assalam dari Nissa Sabyan. Dia terus menekan simbol telefon yang bewarna hijau.

      "Assalamualaikum..." Nasuha diam. Dia kembali melihat nombor yang tertera. 'Nombor siapa ni?' soalnya sendirian. Dia kembali menekapkan telefon di telingannya.

     "Waalaikumussalam saudari. Ni Rauhah" Rauhah tersenyum.

    "Ya allah, Rauhah. Dari mana awak dapat nombor Nas ni?" soal Nasuha. Dia terus duduk di atas sofa.

    "Rauhah ada simpan nombor Nasuha selama ni. Rauhah ingat Nas dah tukar nombor telefon. Tu yang Rauhah takut takut nak telefon" beritahu Rauhah. Dia tersenyum. Sungguh dia rindukan sepupunya yang memerangkap sahabatnya sejak kecil. Dia terputus hubungan saat dia membawa diri ke luar negara bagi menenangkan diri yang bersedih atas kehilangan sekali gus keluarganya dalam satu tragedi.

    "Sekarang Rauhah dekat malaysia. Rauhah baru sampai. Ni pun Rauhah tak tahu nak ke mana" beritahu Rauhah. Sungguh lembut tutur bicaranya. Mereka berdua rapat sejak kecil kerana sifat mereka yang seakan sama. Cuma Rauhah tak memakai purdah seperti Nasuha. Dia juga mempunyai sepasang mata yang berwarna kelabu.

    "Lah, kenapa tak beritahu awal awal. Bolehlah Nasuha ambil Rauhah. Rauhah tinggal dengan Aleya. Kenalkan yang dulu dulu main sama sama dengan kita" balas Nasuha. Sungguh dia rindu akan sepupunya itu.

    "Ha'ah, Aleya yang comel comel tu kan?"

    "Ha'ah, Rauhah dekat mana sekarang ni?" soal Nasuha.

    "Dekat airport" jawab Rauhah.

   "Tunggu tau kat sana. Nasuha datang dengan Aleya. Bye assalamualaikum" Nasuha terus memutuskan talian sebaik sahaja Rauhah menjawab salamnya.

    Nasuha pantas mendail nombor Aleya. Dia terus meberitahu akan kedatangan Rauhah di malaysia. Nasuha terus mengajak Aleya menuju ke airport.

 
     "Assalamualaikum, Nasuha oi Nasuha" Aleya melaung dari luar. Cepat sunggu dia datang.

    "Saya gi dulu. Jags rumah ni elok elok. Bye assalamualaikum" Nasuha terus menyalam tangan Amier. Amier pantas mencium dahi Nasuha.

    "Suka ambik kesempatan" balas Nasuha dan terus menuju ke kereta Aleya. Amier tersenyum. Dia terus masuk ke dalam rumah sebaik sahaja kereta yang dipandu Aleya hilang dari pandangannya.

  
     "Wei, Rauhah duduk sini terus ke?" soal Aleya. Nasuha menggelengkan kepalanya.

    "Dia masih belajar kat sana. Dia duduk sini 2 bulan jer. Pastu balik sana. Lepas tamat belajar baru dia duduk sini terus" beritahu Nasuha.

    "Rauhah Nadia!" Aleya pantas memeluk sahabatnya. Rauhah membalas pelukkan Aleya sambil tersenyum.

    "Kenapa tak duduk sini terus?" soal Aleya. Mereka terus menuju ke kafe yang berdekatan.

    "Sorry la, Rauhah masih belajar. Tahun depan eh?" balas Rauhah sambil tersenyum. Dis menghirup nescafe yang dipesannya. Nasuha hanya tersenyum.

    "Hmm...boleh tak Rauhah tinggal dengan kau?" soal Nasuha kepada Aleya. Aleya tersenyum sambil menunjukkan ibu jarinya. Mereka bertiga terus tergelak.

      "Wei Nas, Far dah pindah keluar" bisik Aleya sewaktu Rauhah meminta diri untuk ke tandas. Nasuha terdiam.

      "Habistu rumah tu?" soal Nasuha.

      "Dia bagi kat aku terus. Kata dia dah ada rumah baru. Gila beb, balik rumah sampai lewat malam dengan terhuyung hayang lagi" balas Aleya.

      "Aku rasa bersalah la pulak" balas Nasuha.

     "Entahlah" mereka berdua kembali terdiam bila Rauhah kembali ke tempat duduknya.

     "Jom" ajak Aleya sebaik sahaja Nasuha selesai membuat bayaran. Katanya mahu belanja minum sahaja tetapi makan tak. Takut duit habis. Mereka bertiga terus menuju ke rumah Aleya.

     "Assalamualaikum" mereka bertiga terus melangkah masuk sebaik sahaja selesai membaca doa.  Nasuha terus melabuhkan punggungnya di atas sofa.

    "Aleya tinggal sorang ke?" soal Rauhah. Aleya menganggukan kepalanya.

    "Rauhah pilihlah bilik mana yang Rauhah nak" balas Aleya sambil tersenyum. Rauhah menganggukkan kepalanya.

    "Wei, aku nak kena balik sekarang. Bye Aleya Rauhah. Assalamualaikum" Nasuha terus menyalam Aleya dan Nasuha. Dia terus menuju ke pondok menunggu teksi. Mujurlah ada sebuah teksi yang berhenti tak sampai beberapa minit.

       "Assalamualaikum" Nasuha terus melangkah masuk ke dalam rumah dengan bacaan doa. Matanya liar mencari kelibat suaminya yang sedari tadi tiada.

     "Ha!"

     "Ya Allah" Nasuha mengurut dadanya sambil mengucap panjang. Dia memandang tajam wajah suaminya. Amier tersengih.

     "Mari sini awak" Nasuha terus mengejar Amier yang sudah lari. Nasuha pantas mencapai bantal yang berada di sofa lalu dibaling ke arah Amier. Amier terus menangkap bantal.

     "Tak kena" balas Amier sambil ketawa. Nasuha menjeling tajam dan terus ketawa.

P/S: abaikan typo

   
  

  

   
   

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now