BAB 51

1.6K 62 2
                                    


      "Arh, penatnya" Amier terus merebahkan dirinya ke atas katil. Nasuha turut merebahkan dirinya jugak. Penat seharian melayan tetamu. Aihh....

     "Awak, kalau saya nak tanya sesuatu boleh tak?" soal Nasuha membuatkan kening Amier sedikit terangkat. Dia terus beralih memandang isterinya.

      "Kalau saya buang purdah awak izinkan tak?" soal Nasuha. Sengaja dia menguji Amier.

      "Hmmm...saya okey sahaja kalau awak buang purdah. Lagipun benda ni sunat. Tak apa. Jika ditakdirkan satu hari nanti awak tanggalkan purdah, saya..." Nasuha terus beralih memandang suaminya.

      "Saya apa?" soal Nasuha. Amier tersenyum. 'Saya dapat lihat lagi wajah awak kalau kita berpisah' bisik Amier.

      "Saya...tak ada apa apa. Lupa dah nak cakap apa tadi Hihihihihi.." Amier terus mengaru kepalanya sambil tersengih. Nasuha terus mencebik. Dia terus menarik hidung mancung milik Amier.

     "Ooo...pandai buat orang yea" balas Amier. Nasuha terus tergelak. Amier terus mengeletek pinggang Nasuha membuatkan gadis itu mengeliat kegelian.

     "Okey dah dah...saya dah penat. Saya kalah" balas Nasuha dan mengakat tangannya. Amier tersenyum.

      "Tahu pun. Padan muka" balas Amier. Nasuha mencebik.

       "Ceh, tengoklah nanti...awal pagi makan laksa, makan hingga pukul sebelas, ada masa, saya akan balas" balas Nasuha. Amier menepuk tangannya.

        "Wah, cik ustazah kita pandai berpantun lah" balas Amier dengan wajah kagumnya.

       "Tengoklah siapa nih, eh nanti kejap. Kenapa awak panggil saya cik ustazah?" soal Nasuha.

       "Sebab awak uztazah yang akan mengajar anak kita nanti" balas Amier.

       "Pick up line lah nih. Cia...cia...cia" balas Nasuha dengan wajah menyampahnya. Amier tersenyum. Seronok melihat wajah di hadapannya.

       "Saya seriuslah nih" jawapan Amier membuatkan Nasuha diam. Dia memandang anak mata Hazel itu mencari kejujuran.

       "Yea ker??" soal Nasuha. Dia menghampiri Amier. Sengaja ingin menduga suaminya itu.

      "Awak...awak ddd...dah kee...kennaa..kenapa ni??" soal Amier. Sepatutnya dia yang takutkan Nasuha. Tapi sekarang ni dia yang takut.

      "Hahaha...lawaknya muka awak. Okey ni sumpah lawak" balas Nasuha. Dia terus tergelak dan terus tergelak. Amier tersenyum. Dia terus menghampiri Nasuha dan terus mengucup bibir milik Nasuha. Terus gadis itu diam.

       'Apakah nih???' bisik Nasuha. Dia memandang Amier yang terlalu dekat dengan dirinya. 'Kalau tolak berdosa lah pulak. Lagipun aku belum bersedia' bisik Nasuha. Akhirnya dia relakan sahaja.

    "Eh, Nasuha awal bangun hari nih" tegur Puan Sri Rina. Nasuha hanya tersenyum. Ya kini dia dah menjadi milik yang sah buat suaminya, Amier.

      "Biasalah mama, Nas dah terbiasa bangun awal" balas Nasuha. Dia terus meletakkan mi goreng di meja makan.

      "Mak Som mana?" soal Nasuha. Sejak dia bangun tadi tak kelihatan langsung kelibat Mak Som.

     "Ouh dia balik kampung. Anaknya nak bersalin" jawab Puan Sri Rina.

     "Alhamdulillah" balas Nasuha pelahan dan terus mengukir senyuman.

     "Amier mana?" soal Puan Sri Rina. Nasuha menguntum senyum.

    "Ada dekat atas. Dia tengah bersiap" balas Nasuha. Puan Sri Rina menganggukkan kepalanya.

     "Hai, awal bangun" sapa Tan Sri Azan. Nasuha dan Puan Sri Rina tersenyum.

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now