"Apa semua nih??" soal Nasuha. Langsung dia tak mengerti apa yang didengar olehnya tadi.
"Ini papa, mama" ucap Amierul pelahan.
"Apa yang Amierul cakap tu awak?" soal Nasuha. Matanya terus beralih menatap lelaki itu.
"Nih papa, mama. Papa masih hidup" ujar Amierul lagi.
"Saya tak berhak bercakap. Tanyalah keluarga awak sendiri" ujar Amier dan terus berlalu pergi.
💐💐💐
"Why!!" terhinjut bahu Rauhah mendengar jerkahan dari Nasuha sendiri. Sungguh dia tak menyangka bahawa rahsia ini terbongkar terlalu cepat."Nas...de..."
"Along diam! Biar Nasuha dan Rauhah sahaja bercakap" belum sempat Nazril menghabiskan ayatnya. Laju sahaja Nasuha memotong. Dia mengeluh.
Belum pernah dia melihat Nasuha semarah bergini. Mungkin disebabkan perubahan akibat kemalangan.
"Maafkan Rauhah, Nas" ucap Rauhah. Dicapai tangan Nasuha. Malangnya wanita itu pantas menarik tangannya dari disentuh Rauhah.
"Sungguh Nas kecewa dengan Rauhah..." uar Nasuha pelahan. Sungguh dia terkilan dengan sikap sepupunya yang sanggup menyembunyikan perkara yang sebenar.
Bertapa selama nih dia terseksa...dia sedih kerana wajah suaminya sendiri tak dapat dia ingati.
Dia rasa seperti seorang wanita yang cukup kejam kerana tak dapat mengingati wajah suami sendiri. Malah kenangan bersama suaminya pun dia masih kabur kabur."Nas sangat sangat kecewa..." tanpa memandang langsung wajah Rauhah Nasuha terus berlalu pergi. Tak dihiraukan langsung semua yang berada di situ.
"Nas!" Panggil Rauhah. Dipandang kelibat Nasuha yang sudah hilang dari pandangannya. Terus jatuh terduduk dia.
"Rauhah...sabar yea" pelahan lahan Puan Yasmin memeluk tubuh gadis itu. Menyalurkan sedikit kekuatan.
Puan Yasmin tersenyum kecil. Dia tahu anaknya itu marah tak lama. Tapi hatinya sedikit risau memandangkan anaknnya bukan Nasuha yang dulu.
Anaknya Humaira.
Humaira yang berlainan sifatnya dengan Nasuha. Cuma sejak abinya meninggal dia banyak berubah. Nama panggilan Humaira ditukar kepada Nasuha. Dilarang semua memanggilnya Humaira.
'Nas...maafkan umi' bisik hati kecil Puan Yasmin.
🌹🌹🌹
"Macam mana??" soal Puan Yasmin Dipandang satu persatu wajah di hadapannya. Hatinya mula bertambah bimbang apabila terpandang wajah wajah yang semakin muram itu.
"Along still tak jumpa Nas. Along pun tak tahu dah nak cari dekat mana lagi. Semua tempat yang along pergi tak ada pun" ujar Nazril.
"Rauhah pun tak jumpa Nas langsung. Rauhah tak tahu lagi nak cari dekat mana" ujar Rauhah pula. Ditekup mukanya dengan kedua dua telapak tangannya. Ammar hanya menggelengkan kepalanya.
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...