BAB 64

1.3K 62 6
                                    

    
    5 TAHUN KEMUDIAN....

       Nasuha tersenyum. Dia memandang permandangan yang luas terbentang di hadapannya. Udara nyaman terus dihirup sambil matanya ditutup menghayati betapa segarnya udara di situ.

     "Mama!" terus Nasuha memandang ke arah dua orang kanak kanak yang berlari ke arahnya.

     "Jangan lari nanti jatuh" balasnya. Tersenyum dia memandang gelagat kanak kanak itu.

     "Ain Insyirah! Asy' Amierul! Dah jom balik. Lewat dah nih" panggilnya. Terus dua kanak kanak itu berlari ke arahnya.

      "Ain sampai dulu" balas budak kecil bertudung itu. Tergelak dia memandang budak lelaki yang berada di belakangnya.

       "Mana aci! Ain lari dulu dari abang" balas Amierul. Mukanya dimasamkan. Ain tergelak kecil. Nasuha tersenyum. Terus dipimpin tangan Ain dan Amierul menuju ke keretanya.

         "Malam nih nak makan apa??" soal Nasuha kepada dua orang kanak kanak yang berada di seat belakang.

        "Hurmm....Ain nak sup ayam" Nasuha tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.

         "Hurmm...mama Am lapar. Boleh tak ummi buatkan meggi goreng" rengek Amierul. Terus mati senyuman Nasuha. Seketika kemudian dia mengukir semulanya senyuman.

          "Boleh sayang...untuk Ain dengan Am mama masak jer. Mintak jer apa apa pun" ujar Nasuha. Terus bersorak dua orang kanak kanak itu. Tergelak kecil Nasuha.

  
       "Dah sampai, jom masuk" terus berkerut wajah Nasuha. Dia terus memandang seat belakang. Tersenyum dia memandang anak anaknya yang sudah terlelap. 

       "Lah, tidur rupanya" bisik Nasuha pelahan. Dia terus keluar dari kereta.

       "Mak Imah!" terkecoh kecoh seorang wanita keluar lalu menuju ke arahnya.

      "Kenapa Nas??" soal Mak Imah. Nasuha tergelak.

     "Mak Imah nih. Kenapa lain muka? Tergelak Nas pandang" ujar Nasuha. Dia menahan gelaknya. Mak Imah tersengih.

     "Nih tolong Nas sekejap. Angkat Ain kejap. Nas nak angkat Amierul" ujar Nasuha. Mak Imah terus membuka seat belt lalu terus mengakat Ain yang tertidur. Nasuha menuju ke arah Amierul. Dibuka seat belt lalu terus mengakat Amierul. Mengeliat kecil budak lelaki itu.

     "Tidur tidur..." ujar Nasuha sambil menepuk pelahan lahan belakang Amierul agar anak lelakinya tertidur.

     "Rauhah, esok aku ada apa apa meeting tak??" soal Nasuha sambil membawa satu muk menuju ke arah sofa. Terus dilabuhkan punggungnya di sebelah Rauhah.

     "Ouh, esok kau ada meeting dengan Syarikat yang akan bekerjasama dengan kita dalam sebuah projek di sini. So esok kau kena bertolak pergi kuala lumpur. Don't worry sebab tiket aku dah beli" ujsr Rauhah. Nasuha menganggukkan kepalanya.

      "Wei nak bawak Am dengan Ain jugak ke??" soal Rauhah.

       "Hurmm rasanya ya kut. Sebab esok Mak Imah balik kampung dia. Katanya anaknya nak bersalin. Gembira jer aku tengok muka dia" ujar Nasuha sambil tersenyum. Rauhah turut tersenyum.

      "Lagipun diorang tak pernah pergi luar dari serawak. Setakat London dengan Perth mereka pernahlah. Cuma Kuala Lumpur aku tak bawak diorang lagi" ujar Nasuha. Rauhah turut menganggukkan kepalanya.

       "Bolehlah lawat ummi aku sekali" balas Nasuha sambil tersenyum.

       "Ouh ya, macam mana dengan syarikat dekat sana??" soal Nasuha lagi. Rauhah terus membuka ipadnya lalu mencari sesuatu.

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now