BAB 68

1.3K 60 2
                                    


     Nasuha terus melangkah menuju ke sebuah kedai makan. Terus matanya liar mencari meja yang kosong. Tersenyum dia apabila terpandang sebuah meja yang kosong. Terus langkahnya diatur menuju ke meja tersebut.

    Hari nih dia hanya mengenakan blause warna biru langit beserta seluar berwarna putih dan juga tudung bawal yang sedondon warna dengan seluarnya. Dan muka dia hanya dikenakan lipbam dan bedak sahaja.

      "Eh Nasuha" terus padangannya beralih ke arah gerangan yang baru sahaja menegurnya dengan satu nama miliknya.

      "Encik Amier kan??" soal Nasuha. Amier tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.

      "Nas makan sorang je ke??" soal Amier.

     "Maira. Ha'ah saya makan sorang sebab kawan tak dapat teman hari nih. Encik Amier makan sorang jugak ke??" soal Nasuha. Amier tersengih.

     "Nampaknya macam tu lah. Lagipun Ammar ada kerja hari nih. Saya selalu makan dekat sini sebab Nasi ayam dekat sini sedap" ujar Amier. Nasuha tersenyum.

     "Eh, nih restoran kegemaran saya jugak. Sebab Nasi Ayam dekat sini sedap juga" balas Nasuha dan terus tergelak kecil. Amier tersenyum.

   'Memang restoran kegemaran kita Nas' bisikAmier pelahan. Dipandang wajah Nasuha di hadapannya. Sama seperti dulu.

      "Jemputlah duduk. Kita makan sekali" ujar Nasuha. Amier tersenyum. Terus dilabuhkan punggungnya di hadapan Nasuha. Tak sangka dia akan berjumpa dengan isterinya di restoran ini.

     "Bye the way, macam mana dengan syarikat Encik Amier??" soal Nasuha sementara menunggu makanan mereka sampai.

    "Ouh, okeylah. Semakin berkembang. Tambahan lagi kitorang baru dapat projek baru" ujar Amier. Nasuha menganggukkan kepalanya.

    "Macam mana pula dengan syarikat cik Humaira??" soal Amier walaupun terasa janggal di situ.

    "Ouh alhamdulillah semakin berkembang. Tambahan lagi syarikat dekat luar negara dapat projek tambahan. Untung pun lumayan juga" ujar Nasuha.

     "Wah, tahniah. Semakin berjaya yea cik Humaira" balas Amier.

     "Er...cik Maira.."

     "Panggil Maira sahaja. Lagipun kita dah kenal kan" ujar Nasuha. Amier tersenyum.

    "Er, Maira boleh tak saya tanya sesuatu??" soal Amier. Dipandang wajah wanita di hadapannya.

    "Ouh tanyalah. Tapi jangan tanya soalan yang tak masuk akal sudah" gurau Nasuha. Amier tersenyum.

      "Err...maaf lah kalau soalan nih peribadi sikit tapi macam mana suami awak boleh meninggal?" soal Amier pelahan. Nasuha tersenyum.

      "Suami saya meninggal dalam kemalangan 4 tahun yang lepas setahun sebelum saya kemalangan" ujar Nasuha.

      "Dan saya hilang ingatan seketika. Doktor kata kemungkinan saya akan ingat semuanya. Atau kemungkinan juga akan ada serpihan ingatan yang saya akan lupa langsung" ujar Nasuha.

      "Tapi saya nak tanya?? Macam mana awak kenal saya??" soal Nasuha. Amier tersenyum.

      "Ouh saya dengan Ammar kembar. Kan waktu kecil awak berkawan dengan Ammar. Ada saya juga di situ. Mungkin awak tak ingat. Macam yang doktor awak cakap. Mungkin ada serpihan ingatan yang awak takkan ingat langsung" jawab Amier tenang. Nasuha menganggukkan kepalanya.

     "Maaf sebab saya tak dapat ingat awak. Inikan pula suami saya. Mesti dia tersakiti kan? Sebab saya langsung tak ingat macam mana rupa dia? Macam mana saya dengan dia berkahwin?  siapa penyebab kemalangan dia? Dan kenangan indah saya dengan dia" ujar Nasuha. Dia tersenyum hambar. Dipandang wajah lelaki di hadapannya.

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now