And I'll hold your hand untill we reach the gates of jannah...
_____________________________________________
• • •
"KAU dah hantar dah ke?" soal Farhana bila dia mengambil tempat duduk di meja makan.Nasuha diam. Hanya mulutnya sahaja yang bergerak mengunyah roti bakar. Farhana melambai lambai tangannya di hadapannya Nasuha.
"Ha, apa kau kata tadi?" soal Nasuha. Dia memandang Farhana.
"Kau kenapa?" soal Farhana. Pelik melihat sikap rakannya.
"Tak ada apa apa pun. Aku okey je. Asal?"
"Takpa lah"
"Weh jom. Class kita mula awal hari ni" Nasuha terus bangun dan membawa pinggan dan cawannya menuju ke singki.
"Jom" mereka berdua terus menuju ke ke U seperti biasa."Maafkan I, kem yang I cakap pada hari yang lepas ditukar tarikhnya. Kem itu akan diadakan selepas peperiksaan akhir sem" beritahu Prof Aina. Dia tersenyum memandang Amier dan Nasuha.
"Any question?" soalnya sambil memerhati pelajarnya.
"Oh ya, I akan berikan assignment groups. Tak boleh pilih sendiri. I yang akan pilih groups korang semua" kedengaran sesetengah pelajar mengeluh dan ada yang merungut.
"Aku harap kita group sekali weh" balas Farhana yang berada di sebelah Nasuha. Nasuha hanya memandang kosong.
"Insyallah" balas Nasuha pendek.
"Diam diam. Nama kau weh" Nasuha mengerling ke arah Farhana. Aku memang dah lama diam. Dia tu yang dari tadi bercakap, Nasuha mengeluh
"Okey. Akan ada partners yang mempunyai empat orang. Dalam group tu akan ada 4 orang pelajar cemerlang. Okey ini namanya. First, Rayyan Amier, Syed Fareed Naufal, Humaira Nasuha dan Aleya Irdirna. Okey jelas semua" semua menganggukkan kepala. Prof Aina tersenyum.
Nasuha mengeluh. Matanya memandang Amier sang jejaka yang sah bergelar suaminya malam semalam.
Zup!
Jantungnya berdegup. Pandangan mata mereka bertembung. Amier mengukirkan senyuman kepadanya.
Segera Nasuha mengalihkan matanya ke arah lain. Pipinya membahang.
• • •
"Nas, cepatlah"
"Kejaplah , sabar" Nasuha tenang mengemas barangnya.
"Aku tunggu dekat luarlah dulu" Farhana terus berlalu pergi.
"Hye, Leya" Aleya yang berada di sebelah Nasuha mengakat kepalanya dan tersenyum."Ha, eloklah. Alang alang semua ahli group ada dekat sini. Bila nak mulakan kerja assignment tu?" soal Amier.
"Humaira, awak rasa bila nak mulakan assignment kerja tu?" soal Amier. Sepasang tangan yang sedang mengemas barang terus terhenti mengikut kehendak Nasuha.
"Oh, awak yang tentukanlah tempat perjumpaan kita. Kan senang sikit" balas Nasuha pelahan tapi tetap didengari mereka.
"Lagi satu, don't call me Humaira. I hate" beritahu Nasuha dengan tegas. Dia terus keluar dari dewan kuliah.
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...