BAB 39

1.6K 68 3
                                    

       "Assalamualaikum, Nas ni saya..." langkah Amier terus berhenti. Dia memandang seorang wanita berada di sebelah Nasuha.

      "Nas, ni bukan..." Puan Yasmin memandang Nasuha meminta penjelasan.

       "Dialah suami Nas,Rayyan Amier Nazhan" balas Nasuha sambil menundukkan kepalanya.

      "Aunty Yasmin...saya Amier yang aunty tak dapat jumpa hari tu" balas Amier sambil tersenyum. Dia terus tersenyum ke arah Puan Yasmin. Songkok di atas kepala dibetulkan sedikit.

       "Ouh, Amier kembar Ammar tu kan. Lah dulu kecik jea aunty tengok sekarang ni dah besar dah. Makin hensem plak tu" balas Puan Yasmin dengan ramahnya. Amier tersengih sambil menggaru keningnya.

      "Umi, dah kenal lama dah ke?" soal Nasuha yang berdiam diri sejak tadi.

       "Lah, Nas...kamu tak ingat ke?" Nasuha menggelengkan kepalanya dan membuatkan senyuman kecil terbit di bibir Puan Yasmin.

      "Kamu, Amier, Ammar, Nazril dengan Amira selali main sekali. Kamu dengan Amira selalu buli Amier dengan Ammar" beritahu Puan Yasmin. Nasuha dan Amier menganggukan kepala. Nasuha tersengih.

      Nasuha POV

     Aku menggaru keningku yang tak gatal sambil menunduk.

       "Umi lusa ni Nas boleh keluarkan?" soalku kepada umi ku yang tersayang. Eh mana ada anak yang tak sayang ibu sendiri kan? Kan?. Author pon sayang ibu ayah author kan?

Semestinya sayang ^.^

  
     "Ha'ah. Eh, Amier, ibu Mier belum tahu lagi ke?" soal umi ku. Aku hanya diam memandang Amier di hadapanku. Apasal tertiber aku rasa dia segak hari ni. Kejap kejap...baju kurta warna krim...songkok yang memang wajib di atas kepala...hmm...seluar slack warna hitam...tak ada apa apa yang berbeza pon. Hmm...

      "Ibu tak tahu lagi. Nanti waktu Nas keluar hospital baru Mier terus terang dengan ibu" balas suami ku. Aku memandang anak matanya yang berwarna hazel...ha, baru aku perasan yang anak matanya berwarna hazel. Cantik.

     Tertiber terasa cubitan di lengan aku. Aku terus mengaduh kesakitan lalu berpaling memandang umi ku yang berada di sebelah ku.

       Aku tersengih lalu menggaru pipiku yang tidak gatal. Entah kenapa aku tak berasa janggal bila membuka purdah di hadapan suamiku. Dulu aku rasa segan, janggal, malu...macam mcam lagi lah.

End...

      "Err...awak saya nak kena balik pulak ni. Ada hal sikit dekat rumah." Amier terus menyalam tangan Puan Yasmin. Dia terus beralih ke arah Nasuha dan terus menghulurkan tangan untuk disalam. Nasuha terus menyalam tangan Amier.

       "Nih, jaga diri tu. Dengar cakap umi. Tak elok melawan cakap umi Plus SUAMI" balas Amier sambil mengusap kepala Nasuha dan terus berlalu pergi. Sempat lagi dia menghadiahkan senyuman kepada Nasuha.

      "Amboi, bukan main sweet sungguh" balas Puan Yasmin. Nasuha terus ketawa sambil menutup mulutnya.

      "Apalah umi ni. Mana ada" nafi Nasuha.

     Puan Sri Rina POV

      Aku perasan Amier sudah berubah. Dia macam dah jarang mahu pulang ke rumah. Tak macam dulu. Ada sesuatu kah yang dia sembunyikan dari aku selama ini?...

   Aku perlu menyelokar biliknya memandangkan hari ni dia tak ada di rumah.

    
     Aku terus memulas tombol pintu biliknya dan terus melangkah masuk. Langkah ku pelahan lahan menuju ke arah meja belajar dia. Aku terus membuka laci meja tersebut lalu menyelongkarnya. Mataku terus terancap pada kertas yang tersorok di dalam fail peribadinya. Pelahan lahan aku membuka fail tersebut. Mataku terus membulat.

      "Sejak bila...dia kahwin..." Aku terus mengeluarkan sijil perkahwinannya. Why dia tak beritahu aku.

   End

    Amier terus keluar dari keretanya. Dia terus masuk ke dalam rumah dengan kaki kanannya. Matanya liar mencari kelibat Puan Sri Rina. Dahinya berkerut tanda pelik kerana kelibat Puan Sri Rina tiada dekat situ.

      "Ibu, ouh ibu. Mier dah balik!" laung Amier. Dia terus memandang ke arah Puan Sri Rina yang baru turun.

      "Eh bila balik? Ibu tak dengar pon bunyi kereta Mier" balas Puan Sri Rina yang baru disalam oleh Amier.

     "Baru jer. Mier baru balik dari lawat kawan dekat hospital tadi" beritahu Amier. Puan Sri Rina menganggukan kepalanya.

      "Eh, ibu. Mier naik dulu lah yea. Penat sangst hari nih" Amier terus menuju ke arah lif dan terus menekan butang yang bernombor 3. Malas nak gunakan tangga.

       "Arh penatnya" Amier terus merebahkan dirinya ke atas katil. Dia terus meletakkan lengan di dahinya sambil mata memandang syiling biliknya.

       "Tidurlah dulu. Kejap lagi aku bangun mandi. Nasib dah solat dekat surau hospital tadi" Amier terus melelapkan matanya selepas membaca doa tidur. Dia terus terlelap.

        "Wei bro" Ammar terus memandang Haykal di sebelahnya. Kedua dua keningnya diangkat.

          "Apa hal wei?" soal Ammar. Dia terus menghirup minuman di hadapannya. Matanya terus menangkap kelibat seorang gadis bertudung bawal yang di pin bersilang baru masuk ke dalam cafe. Mata gadis itu menarik perhatiannya.

        "Wei, kau tengok apa tu?" soal Haykal. Dia terus memandang ke arah gadis yang dipandang Ammar.

         "Wei, cun gila. Kalau dapat ni comfirm aku tak lepas" balas Haykal.

         "Takkan punya. Cer kau tengok tudung dia. Boleh tahan labuh. Pakai pulak handsock dengan skaf yang tutup dagu tu. Takkanlah perempuan macam dia nak dengan lelaki macam kita ni" balas Ammar. Dia terus memandang ke arah lain.  

       "Kau asal wei?" soal Haykal. Pelik melihat kawannya yang sorang ni. Kalau jumpak gadis cun mesti dia terus pergi pikat. Tapi hari ni tak pulak.

       

        "Awak, jom main dengan saya" dia tersenyum sambil memandang gadis kecil yang dipujanya dalam diam. Ditarik tangan gadis kecil itu sambil tersenyum

         "Tapi, kembar awak tengah nangis tu. Kesianlah tinggal dia sorang sorang" jawab gadis kecil itu dan terus menuju ke arah seorang budak lelaki yang sedang menangis. Dia memandang coklat yang dibelinya. Digenggam coklat itu sehingga hancur.

      "Wei kau dah kenapa?" Haykal melambai lambai tangannya di hadapan muka Ammar.

       "Ha? Apa kau cakap?" soal Ammar. Haykal menepuk dahinya. So selama 15 minit dia bercakap pasal girlfriend barunya tu, kawan di hadapan dia ni tengah mengelamun lah.

      "Kau dah kenapa wei?" soal Haykal. Ammar menggelengkan kepalanya.

      "Dah jom wei. Zayrin dengan Khatty dah tunggu. Diorang kata dah tak sabar nak jumpa kita. Bila bayangkan tubuh badan si Zay tu boleh buat aku ngap terus wei. Tergugat aku" balas Haykal. Ammar dan Haykal terus menuju ke arah kereta mereka.

      "Haih..." Ammar terus menyeluk poketnya dan terus mengeluarkan kunci keretanya. Dia terus masuk ke dalam kereta Lamborghini warna biru Highlight miliknya. Enjin kereta dibuka dan kereta itu terus memecut laju membelah jalan.

        

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now