"Kita akad nikah dekat masjid. Hantaran biasa biasa ja" ujar Amier. Dia memandang wajah Qalisya."Kan mak ayah kau dah meninggal setahun yang lepas. Jangan ingat aku tak selidik tentang kau dulu" balas Amier. Qalisya terdiam sambil bermain dengan jarinya.
"Baju kahwin semua aku dah beli. Tunggu akad nikah jer" ujar Amier.
"Aku malas nak buat majlis apa segala bagai nih" balas Amier lagi.
"Tapi...takkan akad nikah jer??" soal Qalisya. Amier menganggukkan kepalanya.
"Akad nikah jer. Malas nak buat majlis lain" ujar Amier.
"Dah lah aku ada hal lagi. Assalamualaikum" Amier terus menyedut baki airnya dan terus berlalu pergi.
"Nas" Aleya terus mencuit lengan Nasuha. Gadis itu nampaknya hanya termenung dari tadi. Dia memandang ke arah Rauhah yang hanya menyedut air.
"Nasuha" pantas Rauhah menampar lengan sepupunya itu.
"Ha?? Apa???" soal Nasuha terpinga pinga. Terus Rauhah dan Aleya menggelengkan kepala.
Sudah...
"Kau dah kenapa??" soal Aleya. Nasuha tersenyum.
"Aku rasa aku dah fikir secara mendalamlah" ujar Nasuha tiba tiba. Terus dipandang dua wajah sahabatnya itu.
"Aku cadang aku nak pindah pergi Sabah" ujar Nasuha. Terkebil kebil Rauhah dan Aleya memandangnya.
"Asal pulak dah??" soal Aleya. Nasuha tersenyum.
"Aku nak tenangkan fikiran dekat sana. Lagipun rumah tinggalan ayah Rauhah masih ada lagi. Dan syarikat ayah aku pun ada dekat sana" ujar Nasuha. Mereka berdua terus terdiam.
"Dah bincang dengan Amier??" soal Aleya membuatkan dia terdiam. Nasuha terus mengeluh.
"Dia semestinya tak kan benarkan. Aku mintak cerai pun dia tak nak" luah Nasuha. Fikirannya kembali mengimbas semula kenangan beberapa hari yang lalu.
"Kalau abang nak kahwin lain, tinggalkan Nas..." ujar Nasuha sebaik sahaja Amier masuk ke dalam bilik. Terus Amier tepat memandang isterinya.
"No! Aku takkan sesekali ceraikan walau apa pun. Aku akan kahwin tapi aku takkan ceraikan kau" ujar Amier. Memang musnahlah hidup dia kalau dia ceraikan Nasuha. Nasuha lah ratu di hatinya.
"Tapi abang tak cintakan Nas. Buat apa masih simpan yang lama kalau nak hidup dengan baru" ujar Nasuha. Amier kembali menatap Nasuha. Dia tak berani dekati isterinya. Tak boleh! Nanti dia akan mengubah fikirannya.
"Aku takkan sesekali ceraikan kau. Muktamad!" terus Nasuha memandang ke arah suaminya yang sudah meloloskan diri ke dalam bilik air.
"Aku tak faham. Apa dah jadi sebenarnya??" soal Aleya membuatkan Nasuh kembali ke realiti. Rauhah turut menganggukkan kepalanya.
"Amier nak kahwin lain" ujar Nasuha cukup menyentakkan Rauhah dan Aleya.
"What!!!" jerit Aleya. Rauhah terus menutup mulut gadis itu.
"Weh, nak buat opera bukan dekat cafe okeyh. Berdesing telinga aku tau tak" balas Rauhah. Aleya tersengih.
"Jantan tu nak kahwin lain, wah wah. Memang tak cukup satu nampak gayanya. Perempuan macam kau dahlah payah nak jumpa. Senang senang jer dia nak kahwin lain. Bahagia hidup kau Mier. Kau tahan aku Rauhah" omel Aleya. Terus Nasuha menampar lengan gadis itu.
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...