"Alhamdulillah syukur. Akhirnya habis jugak sem akhir ni. Kau dapat jawab tak Leya?" soal Nasuha. Aleya mengakat ibu jarinya."Wei, prof Aina cakap lagi seminggu sebelum kem kan?" soal Aleya.
"Ha'ah. Seingat aku kita kena berkumpul dekat U dalam pukul 7, 8 pagi macam tu lah" bals Nasuha. Mereka terus memanggil pelayan untuk membuat pesanan.
"Assalamualaikum" Nasuha terus melangkah masuk ke dalam rumah dengan kaki kanannya. Langkahnya terus diatur menuju ke biliknya.
"Penatnya...hmm...mandi dululah. Lepastu tengok tv dekat bawah" Nasuha terus menuju ke arah ampaian yang berada di belakang rumahnya. Dia terus mencapai kain batik yang disidainya. Selalunya dia akan sidai kain batik di dalam bilik airnya. Tapi hari ni dia sidai kain batik di ampaian supaya kain batik itu cepat kering.
Belum pernahla lagi dia mandi tanpa kain batik. Waktu kecil kecil tu pernahlah tapi setelah cukup umur dia telah diajar untuk tidak mandi terbogel kerana syaitan suka perempuan yang mandi terbogel.
Dia terus menghilangkan diri di sebalik pintu bilik airnya. Tak sampai beberapa minit kedengaran bunyi pancuran air.
"Wei bro, jom petang ni bola keranjang. Kan exam dah habis. Jom arh. Lama dah kita semua tak main sekali" ajak Iqwan.
"Ha'ah kan. Lagipun dah 2 bulan kita tak main sekali" balas Naufal.
"Lagipun aku dah ajak dah ahli kita yang lain. Diaorang semua setuju tu pun kalau ketua kita ada sekalilah" balas Iqwan sambil mengerling ke arah Amier. Semua mata terus memandang ke arah Amier uang menghirup minuman.
"Apa? Aku ke?" soal Amier. Jari terlunjuknya ditunjukkan ke arah dirinya. Iqwan, Naufal dan Fareez terus menganggukan kepala.
"Okey okey aku join. Kita lawan dengan geng mana?" soal Amier.
"Hmm...seingat aku kumpulan yang ada Ammar tu. Alah geng geng playboy yang poyo semua" balas Fareez. Amier menganggukan kepalanya.
"Kul berapa?" soal Amier lagi.
"Pukul 3 kita kena ada dekat sana dah" balas Naufal.
"Okeyh bye aku balik dulu. Assalamualaikum" Amier terus menghabislan baki minumannya dan terus berlalu pergi selepas bersalam dengan rakannya.
"Pakai baju pasukan kita" pesan Naufal sebelum Amier pergi.
"Assalamualaikum" Amier terus melangkah masuk ke dalam rumah. Matanya terus menangkap kelibat Nasuha yang sedang menonton televisyen.
"Ha, waalaikumussalam" Nasuha terus menyalam tangan suaminya.
"Ouh ya, petang ni saya keluar dengan kawan. Awak okey ke kalau duduk sorang sorang?" soal Amier. Sejak kejadian di mana hujan lebat dan guruh yang kuat beserta kilat berlaku dia cukup risau nak tinggalkan Nasuha sendirian. (Bleh rujuk blik bab 23).
"It so okey lah. Mana nak ada apa pun. Ouh by the way awak nak pergi mana?" soal Nasuha.
"Keluar dengan kawanlah" balas Amier. Nasuha menganggukan kepalanya. Dia kembali menonton televisyen manakala Amier sudah berlalu menuju ke biliknya yang berada di tingkat atas.
"Hey, assalamualaikum bro. Semua dah sampai ke?" soal Amier. Dia menggosok rambutnya yang ke depan. Ni yang dia selalu memakai songkok. Tapi sekarang takkan nak pakai songkok time main pulak kan.
"Uish, Jimin melaya datang do" balas Haikal yang merupakan salah seorang ahli kumpulan mereka.
"Aish, mana adalah. Apalah kau ni" balas Amier. Dia terus meletakkan beg sandangnya di kerusi.
"Yo, bila sampai wei Jimin?" soal Fareez. Dia menepuk bahu Amier.
"Wei aku bukan Jimin lah. Aku baru sampai je. Korang bila sampai?" soal Amier dan terus duduk di salah satu kerusi. Baju tanpa lengan yang dipakainya telah menyerlahkan otot otot nya yang terbentuk di kulit putih melepak itu.
"Wei, dah nak mula dah jom" mereka semua terus masuk ke dalam.
Mereka semua bermain dengan penuh tenaga.
"Wei, tu Amier kan?" soal Laila. Izrin terus memandang ke arah Amier yang baru sahaja menjaringkan bola."Ha'ah la wei. Beza gila wei dari yang sebelum ni. Sebijik macam Jimin" balas Mimi.
"Eh eh eh, korang jangan ambik dia. Dia aku punya" balas Izrin. Mimi dan Laila mencebikkan mulut.
"Tapikan, haritu aku ada pergi satu cafe ni. Lepastu aku tengok minah purdah tu duduk seblah kau punya jejaka tu" balas Mimi.
"Yelah. Sejak sejak ni. Dia asyik dengan minah purdah tu" tambah Laila.
"Wei tak sangka kita menag wei. Tapi diorang pun boleh tahan hebat jugak" Fareez tersenyum.
"Hmm, boleh tahan jugaklah diorang tu. Kita pon masih macam dulu gak" balas Amier. Dia terus mengusap peluh di mukanya. Dia mengusap hujung rambut depannya yang basah dek peluh. Langkahnya diatur menuju ke arah kerusinya. Tiba tiba hujung bajunya ditarik.
"Abang Amier hebatlah hari ni. Abang dah ada girlfriend tak?" soal seorang perempuan. Amier tersengih dan pelahan lahan dia menarik kembali hujung bajunya. 'Arh sudah' bisik hatinya.
"Abang Amier selalu ke main dekat sini?"
"Abang, abang mesti penatkan. Ni saya ada air untuk abang. Ambiklah" seorang perempuan pulak muncul menghulurkan air.
"Abang berpeluhlah. Meh saya lap kan peluh abang"
"Excuse me, tepi tepi" satu suara mencul dari belakang dan satu lalu terus dibuka untuk pemilik suara tu. 'Arh, mampus aku. Minah ni ada dekat sini pulak' balas Amier. Dia menggaru rambutnya.
"Hey you. Sejak bila you pandai main bola keranjang ni. I tak pernah tahu pun" Izrin memandang Amier yang berada di hadapannya.
"Memang you tak pernah tahu sebab you tak rapat dengan I" balas Amier dan terus berlalu pergi. Seketika kemudian dia berpatah balik ke arah Izrin.
"Oh ya, ni untuk I ke?" soal Amier. Dia mengambil kain tuala kecil yang dipegang Izrin. Izrin tersenyum dan pantas menganggukan kepalanya.
"Thanks" balas Amier dan terus berlalu pergi. Anak mata hezelnya terus memandang tepat ke arah tong sampah yang berada berdekatan dengan mereka. Dia terus memasukkan kain tuala kecil itu ke dalam tong sampah sambil memandang ke arah Izrin.
"Kain tuala ni sesuai untuk tong sampah ni" balas Amier. Dis terus menuju ke arah rakannya.
"Hey bro ramai peminat nampaknya" usik Iqwan. Dia tersenyum sambil mengakat ngakat kedua belah keningnya."Apalah kau ni. Ish tak teringin aku" balas Amier dan terus membaling kain tuala kecilnya tepat mengena muka Iqwan. Iqwan tergelak dan terus membaling semula ke arah Amier.
"Wei wangi kau punya tuala" balas Iqwan. Amier tersenyum. Dia memandang kain tuala yang bewarna biru lembut yang diberi oleh Nasuha kepadanya. Warna kegemarannya dan Nasuha. Tak sangka dia dan Nasuha mempunyai warna kegemaran yang sama.
"Wei aku balik dululah. Dah nak masuk mangrib ni. Bye assalamualaikum" Amier terus berlalu pergi.
P/S: abaikan typo
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
रोमांसBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...